Petua

Penjagaan Harian Vagina

Penjagaan harian vagina, penting untuk keselesaan diri dan mengurangkan risiko jangkitan kuman yang akan membawa kepada kegatalan, iritasi dan keputihan. Kebanyakkan wanita lebih prihatin dengan penjagaan muka berbanding dengan bahagian tubuh yang lain seperti vagina (alat sulit).

Risiko Vaginitis

Jika penjagaan vagina diambil mudah, risiko anda lebih tinggi untuk menghidapi vaginitis. Iaitu keadaan dimana vagina anda mengalami iritasi, kegatalan, radang, berbau dan keputihan [1].  Segelintir yang mengalaminya pula merasakan ini adalah penyakit atau keadaan yang normal bagi seorang wanita. Ia sememangnya keadaan yang kerap berlaku dan dianggap normal bagi kebanyakan  wanita, tetapi tidak bermaksud tidak boleh mencegah atau mengubati vaginitis ini daripada berlaku.

americanpregnancy.org

Kesan buruk vaginitis kepada wanita [2,34]

Kurang penjagaan kepada vagina akan memberi kesan negatif terhadap kebersihan dan sekaligus akan meninggikan risiko untuk penyakit vaginitis.

Kualiti hidup

Kegatalan, iritasi dan melecet sedikit sebanyak akan mempengaruhi kualiti hidup anda. Nak pula yang mengalami keputihan vagina akan cepat berbau. Malah, hendak dibawa solat, mungkin  diragui  kebersihannya.  Tidak selesa bukan? Jadi kerbersihan diri dan penjagaan vagina dengan betul, sedikit sebanyak boleh membantu anda.

Kesihatan mental

Sememangnya, sedikit sebanyak  boleh mempengaruhi kesihatan mental. Di mana, faktor ketidakselesaan akan memberi kesan terhadap kesihatan diri.

Hubungan intim suami isteri

Kajian juga menunjukkan vaginitis seperti vulvovaginal candiasis dikesan mempunyai lebih banyak simpton untuk mengalami disfungsi seksual berbanding mereka yang tidak mengalaminya [5].  Nampak seperti lebih penting untuk orang yang sudah berkhawin bukan? Tetapi takkan yang belum berkhawin ingin hidup dengan vagina yang selalu gatal, melecet, berbau dan mengalami keputihan sehinggakan mengotorkan seluar dalam anda

Tips Penjagaan Harian Vagina

Penjagaan harian vagina, bukanlah suatu yang sukar untuk di amalkan. Ianya mudah semudah ABC. Amalkan setiap hari, supaya ini akan menjadi kebiasaan untuk anda.

1. Pastikan Seluar Dalam Sentiasa Kering

Pastikan seluar dalam anda sentiasa kering, tukar sekiranya terbasah atau lembap. Persekitaran yang lembap akan memudahkan kuman membiak.

2. Selepas buang air, cuci dan lap kering vagina

Selepas membuang air, pastikan Miss V dicuci dengan air bersih dan dilap sehingga kering. Jika tidak dilap dengan kering, seluar dalam anda akan menjadi lembap (Ingat: kelembapan akan memudahkan pembiakan kuman.

3. Selepas buang air besar, cuci dengan cara yang betul

 

Image: killermovies.com

Nampak seperti masalah kecil. Tapi tahukah anda mencuci dengan cara yang salah boleh meninggikan risiko Miss V anda untuk terkena infeksi. Arah yang betul untuk memcuci selepas buang air besar adalah dari arah depan ke belakang [6]. Yang pastinya arah cucian ini tidak terkena pada Miss V anda. Cuba anda bayangkan jika Miss V anda terkena najis? Pastilah ada infeksi bukan.

4. Potong pendek bulu ari-ari 

Image: www.informationng.com

Potong pendek bulu ari-ari anda untuk memudahkan menjaga kebersihan diri.  Bulu yang panjang, susah untuk dibersihkan atau dikeringkan dan ini akan menjadi tempat pembiakan kuman.

5.Tukar seluar dalam setiap hari

Tukar seluar dalam setiap hari

Tukar seluar dalam setiap hari

Saran tukar seluar dalam sekurang-kurangnya dua kali sehari.  Iaitu tukar selepas mandi awal pagi dan selepas mandi petang. Ini bukan sahaja untuk menjaga kebersihan diri, malah dapat memberi kesegaran yang berpanjangan untuk anda.

6. Guna seluar dalam jenis “cotton”

Seluar dalam

                                Seluar dalam jenis “cotton” 

Sarankan anda menggunakan seluar dalam daripada fabrik kapas (cotton), yang boleh membenarkan pengaliran udara. Jad, vagina anda boleh bernafas, tidaklah terkumpul udara lembap, panas dan menyebabkan kulit di kawasan genital berpeluh-peluh. Elakkan menggunakan seluar dalam yang membuatkan vagina anda tidak boleh bernafas dan ketat

7. Elakkan menggunakan sabun mandi untuk membersihkan vagina

Elakkan menggunakan sabun mandi atau apa-apa sabun feminin yang tidak diketahui formulasinya, agar anda dapat mengekalkan pH yang normal untuk vagina anda. Jika pH vagina berubah, menjadi lebih daripada pH 4.5 spesis Lactobacillus (spesis baik)  yang hidup semulajadi di vagina akan digantikan dengan anaerobic bakteria (spesis jahat) yang akan membuatkan anda keputihan dan berbau (fishy odor) [7,8].

Kesimpulan

Penjagaan harian vagina dengan kaedah yang betul penting untuk diri daripada risiko jangkitan kuman dan keputihan.  Setiap wanita perlulah mengambil berat tentang kebersihan vagina, lebih-lebih lagi wanita yang sudah berkhawin. Sekiranya, anda mempunyai masalah keputihan, ambil tindakan seperti meningkatkan kebersihan atau berjumpa doktor. Amalan pengunaan pantyliner kerana keputihan hanya akan membuatkan diri  semakin mengambil mudah penjagaan vagina dan membina satu amalan seperti tidak kisah dengan keputihan.

Rujukan

1.Hainer, B. L., Gibson, M.V. 2011.  Vaginitis: Diagnosis and Treatment. American Family Physician; 83(7): 807-815

2. Giraldo, P.C., Polpeta, N. C., et al. 2012. Evaluation of sexual function in brazilian women with recurrent vulvovaginal candidiasis and localized provoked vulvodynia. The Journal of Sexual Medicine; 9(3): 805-11

3. Ehrström, S., Kornfeld, D., Rylander E. 2007. Perceived stress in women with recurrent vulvovaginal candidiasis. Journal of Pyschosomatic Obstetrics & Gynecology Psychosom Obstet Gynaecoly; 28: 169-76.

4. Aballéa, S., Guelfucci, F., et al. 2013. Subjective health status and health-related quality of life among women with Recurrent Vulvovaginal Candidosis (RVVC) in Europe and the USA. Health Qual Life Outcomes; 11, 169

5. Giraldo, P.C., Polpeta, N. C., et al. 2012. Evaluation of sexual function in brazilian women with recurrent vulvovaginal candidiasis and localized provoked vulvodynia. The Journal of Sexual Medicine; 9(3): 805-11

6. Cemek, F., Odabas, D., Senel, U. & Kocaman, T. 2014. Personal hygiene and vulvovaginitis in prepubertal children. Journal of Pediatric and Adolesscent Gynecology.

7. Hainer, B. L., Gibson, M.V. 2011.  Vaginitis: Diagnosis and Treatment. American Family Physician; 83(7): 807-815

8. Anderson, M. R., Klink, K. & Cohrssen, A. 2004. Evaluation of vaginal complaints. The Journal of the American Medical Association; 291 (11); 1368-1379.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top