blog

Dah cuba pelbagai cara untuk hilangkan keputihan? Tetapi ianya masih terjadi. Cuba cara ini pula…

Masalah keputihan ataupun kegatalan dan bau Miss V (kawasan genital) sering berlaku kepada golongan wanita. Adakalanya, walaupun sudah  mencuba pelbagai cara untuk hilangkan keputihan, tetapi pelik ianya masih terjadi. Begitu jua dengan Dr. Jamu, bila leka sedikit menjaga genital area. Mula lah keputihan datang kembali. Walaupun sudah mengambil tindakan seperti tips sebelum ini, kadang kala ianya tidak dapat menghilangkan keputihan sepenuhnya.  Malah Dr. Jamu juga ada menggunakan pembersih wanita seperti Brand Eubos atau Sebamed. Selalunya dengan cara ini boleh membantu menghilangkan keputihan tetapi kali ini TIDAK.

 

Pencuci bahagian intim wanita

 

Dr. Jamu mudah sahaja, bila tak menjadi. Terus jumpa Dr di klinik dan ambil ubat. Senang sahaja, selalunya bila pakai ubat ini memang hilang keputihan dan bau. Hampir 3-4 tahun juga mengambil ubat ini. Purata Dr. Jamu mengambil ubat ini setahun sekali atau dua kali sahaja. Di cadangkan oleh doctor, guna untuk tiga hari berturut. Tiga hari pakai sahaja, masalah Dr Jamu sudah selesai. Mudah!!!!!! Tak perlu lagi ambil risiko dengan menggunakan jamu-jamu yang tidak diketahui asal usul atau pun spray pewangi yang sering dijual di media social. Jika difikir kembali, kalau kita membeli spray-spray pewangi pewangi di pasaran pun. Hampir tiap hari kena pakai, tak ke menyusahkan. Betul tak? Lebih baik ambil ubatan dari doctor kesihatan ataupun ahli farmasi. Lepas hilang kembali keputihan, hanya perlu maintain sahaja kebersihan dan cara penjagaan yang betul seperti pastikan kawasan genital di lap dengan kering selepas membuang air.

Jenis ubat yang Dr. Jamu pakai

 

Cara Penggunaan

Guna sebelum tidur, really sebelum tidur. Siap-siap dahulu buang air semua. Sebab ubat perlu dimasukkan ke dalam vagina dengan menggunakan “ applicator”. Kalau dapat masukkan ubat ini, lagi jauh ke dalam vagina ianya lebih bagus.

Masukkan ubat dengan ‘applicator’ yang diberi

Kandungan

Clotrimazole sebagai major komponen, dan methyl & proplyl paraben sebagai pengawet. Walaupun paraben boleh memberi kesan negative pada kesihatan, tetapi ianya masih pada jumlah yang selamat untuk digunakan. Lagipun, kita bukan nak ambil selalu. Sekali-sekala sahaja.

Farmakologi

                   Clotrimazole  has a wide spectrum of activity against Dermatophytes (Trichophton, Microsporum, Epidermophyton), Yeast (Candida sp., Torulopsis sp.), Mould fungi and other fungi (Aspergilus sp, Malassezia furfur, Nocardia sp. etc). It also has action against Trichomonos and some strains of Gram-positive bacteria (Streptococci, Staphykococci and Corynebacrerium minitissimum and Gram-negative bacteria (Bacteroides and Haemophilus vaginalis). * Copy paste dari kotak ubat *

* Senang untuk difahaminya ialah clotrimazole boleh membunuh pelbagai jenis mikroorganisma yang selalunya menyebabkan masalah pada kulit. Yang biasa Dr. Jamu dengar ialah candida yang selalunya menyebabkan jangkitan pada ‘genital area’.

Riview

Bagi Dr. Jamu menggunakan ubat seperti clotrimazole ini sangat mudah. Semudah ABC. Hehe. Penggunaanya pula bukannya untuk tiap hari, bila perlu sahaja. Jika anda mempunyai masalah keputihan, kegatalan dan bau. Jangan segan untuk minta nasihat doktor atau ahli farmasi. Buat apa nak hidup dalam kegatalan dan panties yang selalu kotor kerana keputihan, betul tak?

Semoga bermanfaat. TQ

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top