Review

Kedai Barber Terbaik di Bangi

Kedai Barber Terbaik di Bangi 2022, adalah Joe’s BarberShop yang terletak di seksyen 9. Harga berpatutan dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan menjadikan Joe’s Barber Shop adalah Kedai Barber Terbaik di Bangi.

Kedai ini adalah milik Joe Flizzow. Walaupun Joe Flizzow ini tiada rambut pun, tapi boleh berjaya dalam dunia barber. Yang penting pelanggan berpuas hati dengan apa yang dibayar.

Selama 7 tahun bersama suami, kalau bab potong rambut adalah part yang sukar juga. Suami jenis yang malas nak bergunting rambut, atas faktor selalu tak kena dengan barber. Yang dia suka pula selalu penuh dan perlu menunggu. Adakala nak tunggu balik kampung, baru nak gunting rambut. Sebab suka barber Thailand di kampung. Jadi,  Ratu lah yang perlu menyeret suami ke kedai barber. Sebab Ratu pula jenis rimas melihat benda yang tak terurus dan ayat yang selalu ungkapkan kepada barber “Bagi hensem2 yer“. Hee

Anak lelaki Ratu pun sama, tak tahulah mengapa kalau dipotong jadi rambut anak orang Sabah. Walaupun sudah dipesan sebelum potong rambut. Lepas potong sahaja, anak laki Ratu akan mengadu ” Saya tak hensem”. Kiranya dua-dua ini memang selalu bermasalah potong rambut.

Pandangan Ratu mengenai dunia barber. Silap sekali, mungkin pelanggan tidak datang lagi. Itulah yang dapat simpulkan dalam dunia “barber” sama ada perempuan atau lelaki. Masih teringat, suami Ratu tidak berpuas hati dengan satu kedai ini. Di kawasan perumahan tempat tinggal kami, dan tuan milik sudah bertukar. Apa yang boleh dikomen, tuan milik atau barber baru ini tidak mesra, tidak boleh berkomunikasi dengan baik, malah agak kasar. Sehinggakan waktu shave, ada sedikit luka dan berdarah. Terus lelaki Ratu bersumpah untuk tidak kembali lagi. Begitu sekali yer. Hee.

Ratu sendiri boleh lihat, walaupun kedai barber itu dahulunya ramai orang, beratur juga. Sekarang sudah lenggang. Walaupun tuan kedai mungkin insaf, tapi mungkin kebanyakan pelanggan sudah berikrar untuk tidak kembali lagi.

Tetapi dengan Joe’s Barber Shop kedua-dua iaitu suami dan anak tersenyum gembira dengan hasilnya. Walaupun mahal sedikit daripada kebiasaanya, agap sahaja ini adalah harga “KEGEMBIRAAN”

Kedai Barber Terbaik Di Bangi

1.Faham apa yang pelanggan mahukan

Bagi Ratu ini adalah kriteria paling penting yang perlu diambil kira oleh seorang barber atau tukang gunting. Iaitu paham apa kehendak pelangggan. Adakalah kita rasa lebih cantik potongan seperti itu dan ini, tapi pelanggan rasa tidak. Cantik di mata barber, tidak semestinya cantik di mata pelanggan. Jadi jalan yang paling mudah, fahami dan turuti kehendak dan minat pelanggan. Barber di Joe’s Barber shop juga profesional dalam memberi pandangan gaya rambut yang sesuai untuk anda.

2. Hasil Tip Top

Semua manusia, suka dirinya kelihatan lebih cantik ataupun kemas. Tapi kalau ada yang tersilap potong rambut tu rasa tak keruan juga di buatnya. Di Joe’s Barbershop, anda akan berpuas hati dengan hasil mereka.

3. Kedai Barber Terbaik Di Bangi – Pastilah harus bersistematik

Walaupun nampak pelanggan seperti ramai, tapi tak sampai 2-3 minit pun menunggunya. Di Joe’s Barber shop mereka menggunakan sistem nombor giliran dan pekerja pun agak ramai pada hujung minggu.  Pantas dan efisien itulah yang Ratu boleh gambarkan. Suami Ratu, bukan jenis yang suka menunggu. Sekali dia mencuba terus jatuh hati dengan Joe’s Barber Shop ini sebab cepat sampai turn suami.

4. Harga berpatutan

Harga ini adalah antara kriteria paling utama. Kalau potongan dah tip top tapi harga tidak mamu milik. Sukar juga mengambil perkhidmatan tersebut. Nak pula kebanyakan kaum lelaki ini bukan lah jenis kisah sangat. Masa mula mencuba rasa risau lah juga takut mahal. Sebab selalunya bayar potong rambut untuk lelaki hanya RM 10 sahaja.

Bila tengok alah, RM 20 sahaja. Apalah sangat dengan RM 20, dengan kepuasan potongan rambut yang anda dapat.

5. Kedai Barber Terbaik di Bangi harus punyai Identiti sendiri

Joe’s Barber Shop mempunyai identiti sendiri untuk diketengahkan. Setiap cawangannya berdinding batu bata dan berlantai hitam putih. Joe Flizzow dapat mencetus fenomena barbershop yang berkonsep hipster di Malaysia.

6.Rasa lebih dekat-Pekerja Melayu

Tidak dapat dinafikan kita cenderung untuk lebih selesa dengan orang yang sekufu dengan kita. Dengan orang yang boleh memahami budaya, bahasa dan tingkah laku kita. Pastilah yang lebih memahami itu kaum kita sendiri. Nak cakap pun selesa, cakap bahasa Melayu pasar sahaja.

Tidak seperti kedai Barber yang kaum bukan Melayu, adakalanya mereka ini tidak faham apa yang Ratu cakapkan dan tidak fasih berbahasa Melayu. Tidak semua, tapi ada sebahagian. Ini menyukarkan komunikasi dua hala.

7. Beri sokongan kepada saudara Islam sendiri

Kalau kita boleh cari perkhimatan yang lebih baik dan diuruskan saudara Muslim, siapa lagi yang akan beri sokongan selain kita sendiri. Berpuas hati dengan hasil potongan rambut, harga berpatutan, kedai  unik dan nampak eklusif. Jadi apa lagi? Berilah sokongan PADU, untuk menjana ekonomi dikalangan orang Islam  kita sendiri. Kebanggaan Ratu adalah melihat masyarakat Islam terutamanya Melayu boleh berdiri sendiri mencari rezeki tanpa bergantung kepada orang lain.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud ” Harta yang baik untuk orang yang baik” (Hadis Riwayat Ibnu Majah). Apabila harta benda di tangan orang baik maka ia akan mengalir dalam bentuk zakat, sedekah, wakaf, jihad fisabilillah dan tujuan lain untuk kemaslahatan umat Islam. Seorang Muslim wajib faham betapa penting setiap sen dan ringgit itu wajib sampai ke tangan golongan fakir miskin dalam kalangan umat Islam. Dalam firman Allah SWT yang bermaksud “Setiap mukmin wajib tolong menolong antara satu sama lain untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran (Surah al-Taubah, ayat 71).

Petikan Harian Metro

 

MAKLUMAT JOE’S BARBER SHOP BANGI

Alamat: No 13-G ,Jalan Medan PB2A,Seksyen 9,Pusat Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Malaysia

Koordinat:  2.9615361, 101.7524006

Telefon: +60389200544

Waktu beroperasi :
Isnin: 12:00 – 22:30
Selasa: 12:00 – 22:30
Rabu: 12:00 – 22:30
Khamis: 12:00 – 22:30
Jumaar: –
Sabtu : 12:00 – 22:30
Ahad: 12:00 – 22:30

Kesimpulan Kedai Barber Terbaik Bangi

Kedai Barber terbaik di Bangi iaitu Joe’s Flizzow Barbershop dapat memberi keselesaan dan kebahagian kepada pelanggan.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top