Informasi

Khasiat Pegaga Untuk Wanita

Khasiat pegaga untuk wanita, sudah dibuktikan dan menjadi amalah nenek moyang kita. Pegaga diamalkan bukan sahaja  untuk menjaga kecantikan,  malah untuk  kesihatan diri. Walaubagaimanapun, amalan ini semakin dilupakan kerana masyarakat kini lebih tertarik dengan sumber makanan luar negara yang lebih popular dan yang mendapat liputan yang lebih meluas. Contohnya, dalam kehidupan harian  lebih gemar dengan sayuran seperti brokoli dan salad. Jika ingin mendapatkan sumber antioksida pula lebih gemar memilih buah seperti kranberi, strawberi dan anggur.

Image: vineveracosmetics.com

Jangan begini. Hal ini kerana sumber makanan kita tidak kurang hebatnya. Adakalanya ianya lebih bermanfaat dari sumber makanan dari luar negara. Contohnya pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica telah mendapat perhatian kajian saintifik kerana manfaatnya. Dan Dr. Jamu percaya jika anda mengetahui sedikit sebanyak mengenai manfaat pegaga ini yang dibuktikan dengan kajian saintifiknya. Pastinya anda akan cuba mengamalkannya dalam kehidupan harian.

Khasiat Pegaga Untuk Wanita

1. Khasiat pegaga untuk Kecantikan wanita

Kredit: http://www.sickchirpse.com

Apa yang paling menariknya dengan pegaga untuk wanita ialah kebolehanya meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan [1-3]. Jika konsisten mengamalkanya, InsyaAllah akan melewatkan proses penuaan dan mengekalkan keremajaan kulit.  Malahan, pegaga juga kaya dengan antioksida seperti yang dapat menghalang kerosakan sel-sel kulit [4,5]. Jadi kulit anda semakin cantik dan hilang kusamnya.

2.  Khasiat pegaga untuk wanita-Luka bersalin cepat sembuh

masalah besar ketika berpantang Luka pun cepat sembuh dan rahim juga, cepat kecut.  Salah satu cara yang Dr. Jamu amalkan ialah minum air pegaga atau pegaga dibuat sebagai ulaman. Ini dibuktikan melalui  kajian yang juga menunjukkan pegaga mampu mempercepatkan penyembuhan luka dan ulser [6,7].

3. Tingkatkan Hb darah

Kredit: momjunction.com

Pegaga sesuai di amalkan oleh ibu hamil yang mengalami masalah Hb yang rendah. Ini kerana bukan sahaja pegaga kaya dengan zat besi, dimana penting untuk membentuk sel darah merah. Ianya juga kaya dengan vitamin C yang dapat berfungsi membantu penyerapan zat besi dalam badan [8]. Malah pegaga juga disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk diamalkan bagi mengelakkan anemia di kalangan ibu hamil [9].

4. Kesihatan mata

Pegaga juga kaya dengan phytonutrient seperti carotene, lutein, neoxanthin dan zeazanthin. Di mana akan mengelakkan sel mata anda dari rosak, lebih-lebih lagi yang disebabkan oleh penuaan [10].

5. Elakkan tumor dan kanser

Kajian juga menunjukkan pegaga boleh bertindak untuk mengelakkan tumor dan kanser [11,12]. Bagi Dr. Jamu tidak rugi jika anda, mengamalkan pengambilan pegaga ini. Ini adalah salah satu usaha untuk kita mengelak daripada terkena tumor dan kanser . Tambahan pula makin ramai wanita yang muda-muda lagi, sudah terkena cyst/ fibroid (ketumbuhan) terutamanya di kawasan sekitar vagina.

6. Untuk minda dan ingatan

Menurut kajian pegaga juga boleh menambah daya ingatan dan dapat meningkatkan aktiviti intelektual anda [13,14]. Ini penting untuk Dr. Jamu juga untuk lebih berdisplin mengamalkan pengambilan pegaga.  Dr. Jamu sendiri pun, apabila semakin meningkat umur (walaupun tak lah tua mana). Lagi- lagi selepas mempunyai anak dan banyak komitmen perlu dilakukan. Rasa diri semakin, cepat lupa dengan ilmu yang baru dipelajari. Kadang-kadang kerja  pun ambil masa untuk berfikir. Nak buat artikel ilmiah pun terkedek-kedek.

7. Sumber Kalsium

Jika sebelum ini, selalunya kita hanya memikirkan susu sebagai sumber kalsium yang utama. Kini tidak lagi. Khasiat pegaga juga boleh memberi sumber kalsium untuk anda [15]. Apa yang lebih menarik sumber kalsium ini boleh dikatakan lebih murah daripada susu. Sumber kalsium ini,  penting bagi wanita untuk mengelakkan osteoporosis.  Jadi tidak heran lah jika pegaga sering diberi kepada kanak-kanak di negara kurang membangun untuk mengelakkan kekurangan nutrisi [16].

Rujukan

[1] Maquart et al. 19 390. Stimulation of collagen synthesis in fibroblast cultures by a triterpene extracted from Centella Asiatica. Connective Tissue Research: 107-120

[2] Bonte et al. 1994. Influence of asiatic acid,madecassic acid, and asiaticoside on human collagen I synthesis. Planta Medica: 60, 133–135.

[3] Bonte et al. 1995. Comparative activity of asiaticoside and madecassoside on type I and III collagen synthesis by cultured human fibroblasts. Annales Pharmaceutiques Francaise: 53 (1),

[4] Gupta, R. & Flora, S.J. 2006. Effect of Centella asiatica on arsenic induced oxidative stress and metal distribution in rats. Journal of Applied Toxicology: 26 (3), 213-222

[5] Hamid et al. 2002. Characterisation of antioxidative of Centella asiatica. Food Chemistry: 77, 465-469.

[6] Liu, et al. (2008).Madecassoside isolated from Centella asiatica herbs facilitates burn wound healing in mice. Planta Medica, 74, 809–815.

[7] Shukla et al. In vitro and in vivo wound healing activity of asiaticoside isolated from Centella asiatica. Journal of Ethnopharmacology, 65, 1–11.

[8] Hashim et al. 2011. Composition and bioactivities of Centella asiatica. Molecules, 16, 1310–1322.

[9] Rekod Kesihatan Ibu (Pindaan 2012): Panduan pemakanan ibu hamil anemia

[10]  Chandrika et al. 2015. Centella asiatica: Nutitional Properties and Plausible Health Benefits. Advances in Food and Nutrition Research; 76, 125-157.

[11] Hussin et al. 2014.  The Centella asiatica juice effects on DNA damage, apoptosis and gene expression in hepatocellular carcinoma (HCC).  BMC Complementary and Alternatives  Medicene. 14

[12] Jing et al. 2015. Synthesis, anti-tumor and anti-angiogenic activity evaluations of asiatic acid (Centella asiatica) amino acid derivatives, Molecules 20: 7309–7324.

[13] Gray et al. 2017. Centella asiatica attenuates induced neurodegenerative spine loss and dendritic simpification. Neuroscience Letters; 646, 24-29.

[14] Shinomal et al. 2011. Exploring the role of ” Brahmi” (Bocopa monnieri and Centella asiatica) in brain function and therapy. Recents patents on endocrine, metabolic & immune drug discovery; 5(1)

[15] Chandrika et al. 2015. Centella asiatica: Nutitional Properties and Plausible Health Benefits. Advances in Food and Nutrition Research; 76, 125-157.

[16] Cox et al. 1993.  Problems encountered in the community based production of leaf concentrate as supplement for pre-school children in Sri-Lanka. International Journal of Nutrition and Food Sciences, 44, 123–132.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top