Tips untuk buang tahi lalat ini, adalah pengalaman Walaubagaimanapun tips yang ingin kongsikan adalah rawatan moden, bukannya rawatan tradisional. Sehingga sekarang Dr. Jamu tidak menjumpai lagi rawatan tradisional atau produk-produk yang berkesan tanpa kesan sampingan. Sarankan anda terus ke rawatan moden kerana MURAH, BERKESAN dan SELAMAT. Yang paling penting tiada kesan sampingan dan memudaratkan. Bawa-bawa bertenang dan fikir semula, jika anda ingin membeli sebarang produk di pasaran. Apa yang Dr. Jamu risau adalah jika memudaratkan, meninggalkan parut yang kekal atau anda terkena jangkitan kuman.

Kredit: www.skinclinicfremantle.com.au
Antara faktor-faktor utama, yang boleh anda fikirkan dan membuat pertimbangan untuk buang tahi lalat anda. Pertamanya tahi lalat anda hidup, semakin lama ianya semakin membesar. Buang sebelum ianya berdiamter 6mm kerana ini adalah tanda-tanda melanoma. Keduanya, bilangan tahi lalat anda semakin bertambah demi hari. Kalau setahun tumbuh 10 biji tahi lalat di muka, kalau 3 tahun sudah 30 tahi lalat baru anda. Sekiranya anda sedar tahi lalat anda bertambah demi tahun dan semakin banyak, besar kemungkinan kulit anda sensitif kepada sinaran cahaya matahari. Oleh itu gunakan perlindung cahaya matahari ataupun sunblock untuk mengatasinya. Ketiga, sekiranya tahi lalat yang tumbuh boleh mengganggu kehidupan dan kelancaran hidup anda. Contohnya, tahi lalat anda semakin membesar, lagi-lagi pula di kawasan mata atau hidung sedikit sebanyak pastinya menganggu aktiviti harian anda. Jadi apa cara paling selamat dan berkesan untuk membuang tahi lalat anda?
1.Rawatan laser

Kredit: The skin surgery clinic (Video)
Ramai yang mungkin berfikir bahawa rawatan laser untuk membuang tahi lalat adalah mahal. Tapi bagi Dr. Jamu ianya adalah murah dan berpatutan, kerana selalunya hanya sekali rawatan sahaja diperlukan. Tidak seperti rawatan laser yang lain, contohnya untuk membuang bulu badan secara kekal. Anda memerlukan beberapa kali rawatan untuk berjaya membuang bulu badan secara kekal.
Kos rawatan:
Tiada harga tetap, kerana ia berdasarkan saiz tahi lalat dan klinik kecantikan yang dipilih. Selalunya satu tahi lalat yang kecil mungkin RM 30-70. Yang besar mungkin RM 70-150. Jika anda ingin buang tahi lalat lebih dari satu atau banyak. Selalunya doktor akan memberi potongan harga, berbincanglah dengan doktor.
Jika anda risau tentang harga rawatan, telefon atau bertanyakan dahulu anggaran kos rawatan di klinik kecantikan pilihan anda. Jika anda kekurangan budget, pilih klinik rawatan yang tanpa kos perundingan. Jangan risau mengenai harga, selalunya doktor akan memberi tahu harga rawatan sebelum rawatan di mulakan. Terpulang pada anda untuk meneruskan rawatan ataupun tidak.
Keadaan semasa rawatan:
Rasa sakit sedikit, seperti digigit semut.
Masa rawatan
Singkat. Untuk buang satu tahi lalat mungkin mengambil masa 5-10 minit. Ianya bergantung kepada berapa besar dan berapa panjang akar tahi lalat anda. Untuk tahi lalat yang besar, kemungkinan tinggi anda akan dibius.
Keadaan selepas rawatan:
Susah untuk melihat keadaan sebenar, kerana doktor akan menyapu krim antibakteria
Keadaan selepas 24 jam rawatan
Jujurnya, tempat yang dibuang tahi lalat akan berlubang sedikit dan kemerahan. TAPI JANGAN RISAU, kerana sel-sel baru akan tumbuh dan kulit anda akan kembali seperti biasa.
Masa untuk baik pulih
Mengambil masa 3- 14 hari untuk kulit anda kembali seperti biasa tanpa meninggalkan sebarang kesan. Jika anda ingin membuang tahi lalat sebelum majlis tertentu seperti dinner tahunan atau majlis perkhawinan/pertunangan. Sarankan anda lakukan 2-14 minggu sebelum majlis, untuk memastikan kulit anda baik pulih sepenuhnya. Tapi jika anda memakai make up yang tebal, rasanya tidak mempunyai apa-apa masalah. Cuma jika anda sememangnya mementingkan kulit yang licin tanpa sebarang cela, bagi Dr Jamu bagi masa sekurang-kurangnya 2 minggu untuk kulit anda baik pulih.
Penjagaan
Sebaiknya jangan sentuh tempat yang dibuang tahi lalat untuk mengelakkan parut. Guna dahulu ubat yang diberikan oleh doktor sehingga luka anda kering. Selepas luka kering, jika ada parut baru guna produk yang boleh menghilangkan parut. Jika terjadinya parut, ianya tidaklah begitu teruk. Boleh diibaratkan seperti parut jerawat dan boleh hilang.
Kelemahan
Tiada kelemahan yang ketara. Cuma jika anda membuang tahi lalat yang besar atau buang dengan banyak. Mungkin anda akan malu untuk keluar rumah beberapa hari, kerana tempat yang dilaser akan kemerahan. Tapi berbaloi kan? Bukan lama sangat untuk tunggu hilang kemerahan, berbanding anda membawa tahi lalat yang besar dan banyak setiap hari. Hehe.
Jaminan
Dr jamu nasihatkan anda minta jaminan rawatan daripada klinik yang anda kunjungi. Apabila parut terjadi mungkin anda akan dapat rawatan percuma, untuk menghilangkannya (walaupun sebenarnya berpunca dari anda sendiri). Hehe. Walaubagaimanapun ianya terpulang kepada hasil perbincangan anda dan doktor, untuk mendapatkan jaminan rawatan.
Cadangan Tempat rawatan
Medikulit, Klinik Kecantikan Ko atau mana-mana klinik kecantikan yang mempunyai doktor aesthetic.
Riview daripada blogger
Mungkin anda ingin mendapatkan lebih informasi daripada mereka yang telah mencubanya. Oleh kerana, kenalan Dr. Jamu pemalu dan bukan blogger. Hehe. Maka ini adalah riview daripada blogger untuk rawatan ini iaitu Surina Rashid’s Blog.
2. Herbaline EE Treatment
Kos rawatan
Tiada harga yang tetap kerana mengikut saiz tahi lalat anda. Harga lebih murah sedikit berbanding laser. Jika anda buang tahi lalat dengan banyak, selalunya anda juga akan diberi potongan harga.
Keadaan semasa rawatan
Agak pedih sedikit berbanding dengan laser kerana menggunakan asid (anacardic acid)
Keadaan selepas rawatan
Kelihatan satu dot hitam, ditempat yang dibuang. Ianya seakan-akan tahi lalat juga. Terapi akan memberi cadangan untuk membeli produk mereka untuk mengelakkan parut.
Keadaan 24 jam selepas rawatan
Sama. Kelihatan satu dot hitam (kupingan hitam). Terapi akan menasihatkan anda untuk membiarkan dot hitam itu jatuh sendiri. Jika anda kopek, akan meninggalkan parut yang ketara
Masa untuk baik pulih
Memerlukan 1-3 minggu untuk kupingan hitam ini tertanggal dengan sendiri. Untuk mereka yang mementingkan kesempurnaan wajah, tanpa sebarang cela. Masalah dengan rawatan ini adalah adakalanya meninggalkan lekuk, atau seperti kawah yang kecil. Walaubagaimana, ianya sangat minimum dan susah untuk dikesan oleh kenalan anda. Tapi mungkin anda boleh kesan dengan memerhatikannya dengan jarak yang dekat dengan cermin.
Kelemahan
Tidak sesuai untuk tahi lalat yang tidak timbul, rawatan ini hanya boleh memudarkan warnanya. Walaubagaimanapun untuk tahi lalat yang besar, Dr. Jamu lebih menyarankan anda menggunakan rawatan laser. Hal ini kerana anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor yang bertauliah. Takut juga, sekiranya tahi lalat besar anda adalah tanda melanoma. Sekurang-kurangnya doktor boleh memberikan penyelesaian yang terbaik untuk anda.
Cadangan Tempat Rawatan
Jaminan
Selalunya pihak Herbaline akan memberi jaminan keberkesanan. Pastikan terlebih dahulu sebelum mencubanya.
Riview daripada blogger
Mungkin anda ingin mendapatkan lebih informasi daripada mereka yang telah mencubanya. Maka ini adalah riview daripada blogger untuk rawatan ini iaitu My Heart & Soul.
