Review Restoran Asiari yang berkonsepkan makanan cina Muslim. Secara amnya, Asiari menyediakan masakan Asia Baronial yang pastinya HALAL. Malah suasana restoran juga selesa dan nampak mewah.
Alhamdulilah, makan-makan ini di belanja oleh kak Ratu, yang dikategorikan Food Lover. Semua kedai baru atau viral, dialah orang pertama yang akan beri tahu kami sekeluarga. Ini adalah kali pertama Ratu cuba makan di Asiari.
Jom Ratu kongsikan sebahagian menu yang diorder

Sebahagian menu yang diorder
Daripada Top 10 hidangan yang wajib cuba di Asiari, Ratu mencuba tiga daripadanya iaitu Golden Lava Bun Filled with Custard and Egg Yolk, Steamed Rice Rolls With Beef dan Steamed White Radish Cakes.

Sebahagian menu yang diorder untuk review restoran asiari
Golden Lava Bun Filled with Custard and Egg Yolk
Unik dan enak. Itu gambaran mudah yang Ratu boleh ungkapkan untuk Bun kukus yang berisi lava kastard telur masin ini dihidang dengan masih panas. Selalunya kalau kita makan bun atau pau. Isi intinya dalam bentuk pepejal likat tidak mengalir. Contohnya seperti inti kaya, kacang merah, cokelat dan lain. Tetapi untuk menu ini intinya seperti dalam bentuk cecair yang mengalir seperti lava. Kena terus gigit dan sumbat dalam mulut konsep makannya. Panasnya pula secukup rasa, sesuai di makan terus apabila dihantar oleh pelayan. Pada masa hadapan, Ratu tidak teragak-agak untuk order menu ini lagi.
Steamed Rice Rolls With Beef
Standard. Steam rice rolls with beef, hidangan ini selalunya ada di kebanyakan restoran yang berkonsepkan chinese muslim. Walaupun hidangan ini diangap Top 10 bagi Asiari, tapi bagi Ratu lebih kepada menu ini sendiri sudah popular di kalangan orang Melayu. Ratu sebenarnya ada pernah mencuba steamed Rice Rolls (Udang) yang lebih sedap di restoran di Ipoh. Sebab itu yang menu ini di Asiari rasa sedap yang standard sahaja.
Steamed White Radish Cakes
Sedap; Steamed White Radish juga adalah menu popular di restoran yang berkonsepkan Chinese Muslim. Asiari dapat menghasilkan dengan baik dan sedap menu ini. Pertama kali Ratu menjamu masakan ini, rasa macam pernah makan. Fikir punya lah fikir rasanya seperti ketupat goreng yang dimasak oleh ibunda. Berbezanya ketupat vs lobak putih (white radish). Namun tak dapat disangkal yang white radish ini menghasilkan rasa yang lebih sedap. Sebab ketupat tak boleh nak menghasilkan satu lapisan gorengan yang cantik. Dari segi rasa juga menggunakan white radish ini lebih enak
Steamed Buns Slice Beef With Black Pepper
Memorable. Bunnya lembut dan berinti daging sos black pepper. Masa makan Ratu rasa ianya sedap yang standard. Tapi tak tahu lah kenapa bila balik rumah teringat pula.
Kelebihan Restoran Asiari
Mempunyai sijil Halal: Inilah kelebihan yang paling “AGUNG”. Ada sijil halal, boleh makan tanpa rasa was-was. Tanpa rasa bersalah. Ratu sebenarnya bukan lah particular sangat. Kalau restoran chinese ala-ala muslim ini, dan ramai orang melayu yang makan. Ratu juga akan terpengaruh juga. Sebelum ini Ratu pernah pergi “Dolly Dim Sum”, agak famous juga dikalangan kawan-kawan. Namun apabila sebahagian rakan-rakan mengingatkan Dolly Dim Sum tiada sijil, lebih baik ke Asiari disebabkan sijil Halal. Rasa bersalah sedikit sebanyak ada juga.
Tempat selesa: Bagi Ratu suasana tempat yang selesa, berhawa dingin dan nampak mewah ini. Membuatkan kita lebih selesa untuk makan dan berbual. Ratu, kalau nak bergosip ataupun berbual dengan rakan-rakan selalunya persekitaran aman seperti ini yang kami perlukan. Kalau boleh tak nak tinggalkan restoran sebab 2 jam pun belum habis ceritanya.
Hidangan nampak eklusif: Setiap hidangan nampak eklusif dan menyelerakan. Walaupun belum makan lagi, rasa teruja hendak makan sudah ada. Begitu juga dengan jug minuman berserta 2 gelas kecil. Ratu begitu teruja sehinggakan ingin menggunakannya dirumah. Sesuai sangat dengan objektif Ratu yang cuba meminumkan minuman manis
Hidang panas-panas: makanan yang dihidang panas-panas memang lebih sedap daripada yang sejuk. Yang dah sejuk ini kadang kala, hidangan itu sendiri nampak layu dan tidak menyelerakan.
Harga berpatutan; Dengan suasana yang selesa, ada hidangan yang unik berbanding restoran cina muslim yang lain. Makanan di hidang panas-panas dan cantik dipandang. lagi satu HALAL. Harganya sangat berpatutan. Golongan B40 pun boleh mencuba sekali sekala (Ratu lah ni). Heee
Pastinya ingin datang lagi ke Asiari dan Ratu berminat untuk mencuba menu seperti Ying Yang Xiao Long Bao, Fragrant Stir-Fry Spicy Whole Shell Clams (Kam Heong Lala) With Fried Mantou dan Black Truffle Fried Rice With Shrimps yang disarankan oleh blogger ciklilyputih
Maklumat Asiari


Kesimpulan Review Restoran Asiari
Halal, Unik, Sedap, Selesa dan Harga berpatutan inilah review restoran Asiari dari Ratu. Pastinya pelanggan seperti Ratu akan pergi lagi ke Asiari.
