Informasi

SK Magic Vs Coway

SK Magic Vs Coway. Kedua-dua jenama ini adalah jenama yang paling popular di Malaysia untuk produk penapis air. Jika anda dalam dilema ingin memilih jenama yang mana untuk penapis air? Mungkin artikel ini membantu anda.

Kita lihat dahulu apa persamaan untuk kedua-dua jenama ini

1) Berasal dari Korea

Kedua-dua jenama ini berasal daripada Korea. Yang semangat patriotic nak beli barang Malaysia tu, tak kisah lah mana-mana jenama pun bukan jenama Malaysia.

2) Produk utama penapis air dan udara

Ketiga-tiga jenama ini jualan utama mereka tertumpu kepada penapis air, keduanya adalah penapis udara. Ketiga kepada kelengakapan rumah yang lain seperti Tilam+katil, bidet, aircond dan sebagainya.

3) Pembelian tunai atau sewa beli

Produk bukan sahaja boleh dibeli secara tunai, malah boleh dibeli secara sewa beli. Menarik dengan sewa beli, anda tidak rasa terbeban secara langsam dan ianya dilengkapi dengan servis secara berkala dan waranti.  Jadi tak perlu pening-pening memikirkan siapa nak tukar filter, nak cuci penapis air dan masalah kerosakan alat. Semuanya lengkap dengan sewa beli.

Apa perbezaan yang utama Sk Magic Vs Coway?

1) Jenis air tapisan

 Penapis air selalunya akan menggunakan 3 jenis tapisan yang akan menghasikkan air bermineral, air osmosis berbalik (RO) atau air beralkali. SK magic lebih tertumpu kepada air bermineral , manakala Coway lebih kepada air RO. Secara ringkasnya, air RO menggunakan tapisan yang lebih halus sehingga 0.0001 mikron menyingkirkan segala pencemaran termasuklah mineral yang baik. Manakala air mineral pula masih mengekalkan mineral baik untuk badan.

2) Teknologi

Menarik dengan SK Magic berbanding Coway bagi Ratu teknologinya lebih kehadapan, sebagai contoh mempunyai pensterilan UV di tangki setiap 12 jam. Ini akan memastikan air yang diminum sentiasa bersih. Hal ini kerana, adakalanya kita pergi bercuti. Air kekal dalam tangki dan tidak di refill baru selama kita pergi bercuti (tidak ambik air). Dan air mungkin tidak fresh seperti air baru. Jadi dengan pensterilan UV, akan mengekalkan kebersihan secara optimum dalam tangki air. Malah teknologi seperti ini juga penting dalam zaman covid ini, dimana tukang servis tak boleh datang rumah pelanggan kerana lockdown.

Lagi satu yang Ratu tertarik dengan SK Magic ialah, kebanyakkan model tekan-tekan sahaja. Lebih kearah digital.

3) Pensijilan WQA (Water Quality Association)

Ini kelebihan Coway, kualiti airnya diiktiraf oleh Water Quality Association yang menandakan Coway sebagai pengeluar penapis air yang dapat menghasilkan air berkualiti dan bermutu tinggi.

Untuk SK Magic pula Award “Smart Home” recognition oleh CES Innovation Awards dan Superior Taste Award, untuk rasa airnya.

3)  Penapis Air Paling Murah di SK Magic Vs Coway

 

WIZ C SK Magic Neo Plus Coway
Air tapisan Bermineral RO
Harga Sewa beli dengan SK magic lebih fleksible kerana boleh pilih kekerapan servis

 

RM 65/bulanan- dan servis berkala setiap 2 bulan

 

RM 59/bulanan- Servis berkala setiap 4 bulan

RM 65/bulanan- dan servis berkala setiap 2 bulan

 

Jenis suhu

 

Tiga suhu (Panas, sejuk, Biasa) Tiga suhu (Panas, sejuk, biasa)
Saiz Tangki 6.45 Liter 5.8 Liter
Design

Design ini adakala subjektif, cantik di mata kita, tak semestinya cantik di mata orang lain. Jadi anda nilaikan sendiri

 

Ikut tuan badan Ikut tuan badan
Apa yang menarik? Menarik dengan SK magic ada pensterilan UV setiap 12 jam di tangka untuk membunuh kuman. Kiranya 2 kali sehari Ada pensijilan yang lebih diiktiraf iaitu WQA (Water Quality Asscoiation)

 

p/s: Untuk saiz tangki bagi konsepnya sentiasa refill air. Kalau perbandingan antara tapisan bermineral, saiz tangki siapa lagi besar. Bukan isu yang penting, kerana sentiasa akan di refill. Namun untuk air RO kadar tapisannya perlahan. Jika anda perhatikan air RO wajib ada tangki, dan untuk saiz family yang besar digalakkan untuk guna kapasiti tangki yang lebih besar. Boleh lihat model Villaem II Coway untuk tangki yang lebih besar.

Pilihan Ratu Antara SK Magic Vs Coway

Pemilihan penapis air ini bergantung keperluan individu atau pilihan keluarga menurut pandangan dan cita rasa masing-masing. Pemilihan Ratu tidak menggambarkan mana jenama yang lebih baik, tetapi lebih kepada kesesuaian untuk diri sendiri

Ratu sebenarnya tak lah kisah mana air RO ke, mineral ke. Asal boleh minum, sedap tak berkarat dan mudahkan hidup. Iaitu tak perlu masak air. Namun jika harga sama dan dari jenama yang sama, Ratu lebih cenderung untuk memilih air bermineral. Dapatlah sedikit mineral baik untuk badan konsepnya.

Untuk perbandingan WIZ C Sk Magic atau Neo Plus, Ratu akan memilih yang paling murah iaitu RM 59/sebulan dan servis setiap 4 bulan. Walaupun kekerapan servis 4 bulan sekali,  teknologi pensterilan untuk Ratu tidak teragak-agak untuk memilih pakej ini. Malah, air yang dibekalkan oleh kerajaan sudah ditapis dan selamat.

Harga memainkan peranan  sebab bagi Ratu ini adalah optional sahaja, lebih kepada nak air yang lebih berkualiti dan malas nak masak air. Asakan jenama dikenali,  halal, Sirim, dana ir yang dihasilkan jernih, tidak berkarat, tidak berbau dan sedap untuk diminum. Ini sudah mencukupi buat Ratu.

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top