blog

Jus tomato Untuk Kulit Cantik dan Kekal Sihat

Jus tomato boleh membantu untuk mendapatkan kulit cantik dan kekal sihat. Ini kerana tomato mempunyai pelbagai khasiat yang pastinya anda akan teruja untuk mengamalkanya.

Impikan kulit yang cantik, gebu dan licin? Tapi sampai sekarang masih gagal. Jangan berputus asa. Apa kata cuba cara  dengan mengamalkan jus tomato.

Ia sesuai diamalkan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan kekal sihat. Amalkan minum jus tomato 2-3 kali seminggu, dalam masa sebulan anda sendiri akan rasai perubahan yang ketara. Yang kurang minat dengan rasa tomato, boleh mencampurkan dengan epal hijau untuk menutup rasa tomato. Hampas jus, boleh dilumurkan pada muka atau di badan anda untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Manfaat Jus Tomato Untuk Kecantikan dan Kesihatan 

Jus tomato yang kaya dengan Vitamin A, C dan E bukan sahaja mampu mencantikkan kulit.  Malah mengandungi likopena (lycopene) yang bertindak sebagai antioksidan.  Ini dapat melindungi sel-sel badan daripada rosak dan mengurangkan risiko terkena kanser seperti kanser buah dada dan prostate [1-2]. Tomato juga boleh mengelakkan obesiti, dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan obesiti seperti diabetis dan penyakit jantung [3-4]. Untuk mereka yang sedang berdiet, memang sesuai sangat jadikan jus tomato sebagai salah satu menu diet anda.

Gabungan  Jus tomato dan lobak merah

Lobak merah juga kaya dengan pelbagai vitamin seperti A, D, B, E dan C. Malah lobak merah menjadi sumber utama untuk mendapatkan carotenoid seperti α-carotene dan ß-corotene yang bertindak sebagai pro-vitamin A. Untuk mereka yang mengalami masalah rabun dan menggunakan kanta lekap setiap hari, sememangnya gabungan jus ini akan membantu memperbaiki kesihatan mata dan sedikit sebanyak mampu meredakan mata yang penat. Memang tidak rugi mengamalkan jus tomato ini, mudah sahaja cara membuatnya, murah pun murah, kecantikan pun terjaga dan juga dapat menjaminkan kesihatan yang lebih baik. Selamat mencuba!!!

Resepi Jus Tomato

Bahan-bahan

  • 1  1/2  biji tomato
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 biji epal hijau (boleh digantikan dengan epal merah)
  • 1 cawan air

Cara penyediaan

  • Masukkan semua bahan diatas ke dalam pengisar dan tapis hampas untuk mendapatkan jusnya
  • Minum dengan segera.

Selain daripada jus tomato untuk kulit cantik dan sihat, anda juga boleh mengamalkan jus pegaga juga untuk kecantikan, malah boleh melambatkan proses penuaan. Untuk kaum ibu, tomato bukan sahaja memberi manfaat untuk kecantikan wanita. Malah, tomato boleh memberi manfaat pada anak kecil anda.

Kesimpulan

Mengamalkan jus tomato dalam kehidupan seharian adalah cara paling murah, mudah untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Anda juga tiada risiko mengalami masalah kerosakan buah pinggang kerana tomato adalah makanan semulajadi. Tidak seperti pengambilan makanan tambahan (supplement), di mana sekiranya  berlebihan atau tanpa kawalan dan nasihat daripada doktor, boleh meninggikan risiko kerosakan buah pinggang.

Rujukan

[1] Chaiyasit et al. 2005. The relationship between the physicochemical properties of antioxidants and their ability to inhibit lipid oxidation in bulk oil and oil in water emulsions. Journal of Agricultural Food Chemistry. 53 (12); 4982-4988.

[2] Sengupta, A. & Das, A. 1999. The anti-carcinogenic role of lycopene, abundantly present in tomato. European Journal Cancer Prevention. 8 (4); 325-330

[3] Ghavipour, M., Sotoudeh, G. & Ghorbani, M. 2015. Tomato juice consumption improves blood antioxidative biomarkers in overweight and obese females. Clinical Nutrition. 34: 805-809.

[4]  Cheng et al. 2017. Tomato and lycopene supplementation and cardiovascular risk factors: A systematic review and meta-analysis. Atherosclerosis. 257: 100-108

[5] Gao, J. & H. P. Vasasantha. 2012. Nutritional, physicochemical and microbial quality of ultrasound-treated apple-carrot juice blends. Food and Nutrition Sciences. 3: 212-218.

 

2 Comments

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top