Petua

Tips Paling Mudah Perut Kempis Dan Tidak Buncit

Anda tidak pernah bersalin lagi, suami pun belum ada tapi perut mengalahkan ibu beranak sepuluh. Yang dah bersalin pula makin risau kerana perut tidak seramping dahulu. Semakin dibiarkan semakin berlipat perut anda.  Anda ingin melakukan perubahan? Ini kerana bukan sahaja untuk menjaga kecantikan, malahan menjaga tubuh untuk kesihatan berpanjangan. Ini tips dari Dr. Jamu sendiri yang diperolehi secara turun temurun, jika diamalkan InsyaAllah akan memberi perubahan yang besar. Silap-silap boleh ramping seperti Che Ta. Hehe

1.Elakkan minum air semasa makan

Ini adalah tips paling penting yang perlu diambil perhatian. Elakkan minum air semasa makan atau selepas makan (sekurang-kurangnya minum selepas setengah jam makan). Ianya bukan dilakukan untuk sehari dua sahaja, tetapi perlu dijadikan rutin. Kalau anda sememangnya suka minum air semasa ataupun sejurus selepas makan. Nak pula bukan minum seteguk dua, habis segelas air diminumnya. Jadi mungkin anda boleh ucapkan GOODBYE pada pinggang dan perut yang ramping.

Dr Jamu sarankan ganti minum air dengan potongan buah berair, seperti tembikai, anggur, limau dan banyak lagi. Terutamanya jika anda tidak merasa selesa dengan keadaan mulut selepas makan. Ini bertujuan untuk mencuci mulut anda, supaya ianya lebih selesa.

2.Elakkan minuman sejuk dan berais

Minuman sejuk dan berais memang digemari oleh masyarakat kita, memandangkan faktor negara kita yang beriklim panas dan lembap. Memang boleh hilang dahaga dan panas bila minumnya. Tapi malangnya, minuman sejuk dan berais inilah yang akan membuat perut anda buncit. Kesannya memang besar terutama bagi wanita yang sudah bersalin dan berumur. Bukan sahaja  perut menjadi buncit, tetapi boleh menyumbang kepada faktor kepada kegemukan juga.

3.Kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis

Kalau anda berjaya kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan dan minuman harian, bukan sahaja dapat mengelakkan perut buncit. Malahan membantu anda untuk menguruskan badan juga. Susah nak cari orang yang ramping tetapi gemuk bukan? Jadi kurangkan gula dalam kehidupan anda untuk bentuk badan yang menawan.

4.Amalkan minuman Detox

 

Sumber:https://livelovefruit.com/lemon-ginger-detox-water/

Sarankan anda mengamalkan minuman detox untuk menghilangkan buncit, malah minuman detox juga dapat mengeluarkan toksin dalam badan. Anda juga dapat variasikan minuman anda, memandangkan anda tidak disarankan untuk mengelak minuman manis dan berais. Contohnya anda boleh cuba  minum air teh hijau, air perahan lemon atau limau nipis, jus sayuran dan buah-buahan.

5.Air asam gelugor

Minuman asam gelugor

Cara traditional ini dipercayai akan membantu anda mengempis perut. Cara yang mudah, murah dan tidak memberi kesan negatif kepada kesihatan anda.  Cara penyediaannya ialah ambil sekeping asam keping dan basuh dahulu, kemudian letakkan didalam segelas mug dan tuangkan air panas. Tunggu sehingga suam dan minum. Jika terlalu masam, tambahkan sedikit lagi air panas. Lakukannya selama seminggu sebelum tidur dan lihat perubahan anda.

6.Kekal aktif

https://kevinzahri.com/25-senaman-perut/

Jika anda rajin bersenam, ini adalah satu bonus untuk anda untuk cepat menghilangkan perut buncit. Pilih senaman untuk bahagian perut dan abdomen ataupun ikuti senaman dari jurulatih Kevin Zahri. Sekiranya jika anda tidak berminat ataupun tiada masa untuk bersenam cuba pastikan diri untuk kekal aktif. Contohnya selepas makan bergeraklah sekurang-kurangnya 30-40 langkah, naik tangga ataupun mengemas rumah. Jangan pula anda terus tidur pula ataupun berehat.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top