Review

Bio-enssence 24k Bio-Gold Rose Gold Water

Hampir dua bulan Dr. Jamu menggunakan Bio-enssence 24k Bio-Gold Rose Gold Water. Antara alasan utama membelinya kerana Watson memberi potongan harga 50%. Tambahan pula kebiasaannya “produk essence” akan meningkatkan lagi kadar penyerapan pelembap, sekaligus membantu anda  mendapatkan hasil solekan yang lebih baik dan kemas. Jadi setelah discount harga Bio-essence 24k Bio-Gold Rose Gold Water hanya sekitar RM 30 lebih untuk 100 ml. Berbaloi bagi Dr. Jamu kerana mungkin akan menggunakanya lebih daripada 5 bulan. Jujurnya Dr. Jamu tidak suka akan baunya, bagi Dr. Jamu ianya seperti fake perfume, namun ianya bukan masalah besar, kerana ianya cepat meresap pada kulit dan bau tersebut pun cepat hilang.

Cara pemakaian

Senang sahaja, guna 2x sehari. Selalunya Dr. Jamu guna sebelum menggunakan pelembap iaitu 3x sehari.

Kelebihan

Apa yang paling Dr. Jamu suka dengan Rose Gold Water  ialah teksturnya (water based). Tidak melekit, tidak rasa berminyak, tidak meninggalkan kesan pada jari dan yang paling penting cepat meresap dan kering di muka. Senang sahaja dengan menggunakan Rose Gold Water, tidak perlu tunggu lama.  Terus boleh letak pelembap, foundation dan alat make up yang lain.

Bagi Dr. Jamu produk ini boleh bertindak sebagai “foundation primer” untuk solekan mudah. Contohnya hendak ke pasar, ke kelas. Tak perlulah gunakan “foundation primer” yang selalunya harganya agak mahal. Dengan menggunakan Rose Gold Water ini hasil solekan lebih kemas. Foundation pun tidak bertapuk-tapuk, sekata sahaja hasilnya. Solekan juga tahan lebih lama, kerana tidak membuatkan kulit berminyak. Untuk mereka yang mempunyai kulit kering tetapi berminyak di sekitar T-zone memang sesuai untuk anda, untuk mengurangkan kulit berminyak di sekitar T-zone. Yang paling menarik, Dr. Jamu rasa kulit semakin “glowing” dan cerah sedikit.

Kelemahan

Gambaran titisan rose gold water pada tangan dengan menggunakan plastik lutsinar. Jika diperhatikan tidak semua titisan Rose Gold Water yang keluar dari botol mengandungi gold sheets/ gold flakes. Jika keluar sekalipun, kuantitinya tidak seragam.

Kelemahan yang ketara bagi Dr. Jamu ialah penyebaran atau penyerakan emas di dalam medium cecair yang tidak menyeluruh dan sekata. Ini kerana apabila menggunakannya tidak semestinya emas ini keluar bersama cecair. Adakalanya terlekat pada botol. Nak menunggu gold sheets/ gold flakes keluar, jadi satu kerja pula.  Jadi penggunaanan 24k gold ini tidak konsisten untuk setiap kali penggunaan. Malah, jika gold sheets/ gold flakes keluar sekalipun mungkin tidak terkena pada keseluruh wajah. Susah untuk Dr. Jamu bahagi sama rata emas ini untuk terkena pada keseluruhan kulit.

Pembelian semula

Ya, jika ada potongan harga 50%, tetapi tidak dengan harga asal. Jika dengan harga asal iaitu RM 75.90 bagi Dr. Jamu, ianya tidak berbaloi kerana masih ada produk yang lebih baik dengan kadar harga yang sama.

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top