Informasi

Penggunaan “Pantyliner” Setiap Hari

Kebanyakkan wanita menggunakan pantyliner (pelapik celana dalam) bertujuan untuk menyerap lebihan cairan daripada Miss V  seperti keputihan, aliran haid yang sedikit, air kencing (kencing yang tak terkawal), menyerap peluh dan ada juga menggunakannya untuk melindungi seluar dalam daripada kesan kekotoran [1].  Untuk kegunaan seperti ini pantyliner lebih sesuai digunakan berbanding tuala wanita kerana ianya lebih nipis, ringan dan lebih selesa digunakan.

Namun, segelintir wanita terutamanya golongan remaja gemar menggunakan pantyliner ini sebagai tabiat. Iaitu menggunakannya hampir setiap hari. Alasan utama golongan ini tidak mahu mengotorkan seluar dalam yang selalunya berpunca daripada masalah keputihan dan Miss V yang berbau. Yang tidak praktikalnya bagi Dr. Jamu, masalah seperti keputihan dibiarkan, dan lebih suka menggunakan pantyliner untuk menjaga kebersihan seluar dalam. Jadi, wajarkah amalan ini diteruskan? Dan apakah kesan penggunaan pantyliner untuk jangka masa yang panjang?

1. Membentuk sikap mengambil mudah

Tahukah anda Miss V yang sihat tidak mengeluarkan sebarang lendiran (kecuali waktu period, atau dalam keadaan teransang dan  hormon berubah), tidak mempunyai bau, dan tidak akan mengotorkan seluar dalam anda. Jadi tidak salah anda menggunakan pantyliner, dalam tempoh untuk merawat penyakit anda seperti keputihan. Tetapi ambilah tindakan juga, untuk merawat keputihan anda. Bukannya tidak boleh dirawat. Ianya boleh dirawat dengan mendapatkan ubat dari doktor atau farmasi yang bertauliah. Juga penjagaan Miss V  dengan betul sedikit sebanyak akan membantu anda untuk mengatasi masalah ini.  Percayalah pada Dr. Jamu hidup anda akan lebih selesa, rasa lebih bersih jika anda merawat keputihan dan tidak lagi memerlukan pantyliner.

 

Image: simplereminders.com

Jika anda terus menerus menggunakan pantyliner untuk keputihan tanpa mengatasinya, Dr. Jamu risau anda akan terbiasa hidup dengan keputihan. Pada satu tahap, semua jenis keputihan diagap biasa oleh anda. Namun, tahukah anda, antara tanda-tanda kanser Miss V adalah keputihan yang tidak normal [2]? Bagaimana untuk membezakan keputihan normal atau tidak normal? Agak sukar kan? Jadi senang cerita rawat apa jenis keputihan anda secepat mungkin dan jaga Miss V dengan betul untuk mengelakkanya berulang kembali.

2. Membazir 

Sudah pastinya penggunaan pantyliner secara rutin hanya akan membazirkan duit anda. Mengapa anda perlukannya jika masalah seperti keputihan dan Miss V berbau boleh diatasi? Lebih baik anda, menggunakan duit membeli pantyliner untuk membeli seluar dalam jenis cotton (kapas). Yang mana fabrik jenis cotton dapat memberi pengaliran udara yang baik. Sekaligus mengelakkan Miss V atau kawasan genital berpeluh-peluh atau lembap.

3. Kemungkinan jangkitan kuman

Pantyliner pelbagai fungsi juga banyak terdapat dipasaran. Contohnya dilengkapi dengan bau ataupun herba. Jangan menggunakannya jika anda tidak tahu kandungannya ataupun tidak disertai dengan kajian saintifik, kerana dikuatiri Miss V anda dijangkiti kuman.  Jangan ambil risiko.

Rujukan

[1] Farage, M., Bramante, M. et al. 2007. Do pantyliners promote vulvovaginal candiasis or urinary tract infection. A review of the scientific evidence. European Journal of Obstetric & Gyneocology and Reproductive Biology; 132. 8-19

[2] https://www.cancer.org/cancer/vaginal-cancer/detection-diagnosis-staging/signs-symptoms.html

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top