travel

Makan Sedap Di Alor Setar

Makan Sedap di Alor Setar untuk diterokai oleh anda.  Alor Setar yang terletak di Kedah, negeri di bahagian utara Malaysia mempunyai budaya makanan yang tersendiri berbanding dengan negeri-negeri lain.

Alor setar merupakan ibu negeri bagi Kedah. Di mana, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II telah mengasaskan Alor Setar pada tahun 1735 lagi. Pada awal pembukaan Alor Setar, bandar ini dikatakan hanyalah satu kawasan penempatan yang kecil yang diapit oleh dua batang sungai. Beliau juga tertarik dengan dengan bandar ini yang dipenuhi dengan pokok Setar. Jadi nama alor setar adalah cantuman daripada kata ” Alor”  dan kata “Setar” yang merujuk kepada pokok Setar.

 

Rujukan Wikipedia Buah Setar

Rujukan Wikipedia Buah Setar

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa Alor Setar adalah ibu negeri tertua di Malaysia. Alor Setar sudah menjadi ibu negeri Kedah  selama lebih kurang 250 tahun. Pastinya ibu negeri tertua ini kaya dengan masakan yang sedap dan unik sejak zaman berzaman.

Jom cuba tempat makan sedap di Alor Setar

Selain masakan Melayu,  masakan negeri di utara Malaysia banyak dipengaruhi oleh budaya masakan India atau mamak. Jadi antara makanan popular disini salah satunya adalah menu bercirikan kari atau nasi kandar. Masakan utara kebanyakan lebih berempah atas faktor pengaruh budaya ini. Menu masakan seperti nasi kandar, laksa, cucur udang,  kuih muih dan lauk tengah hari adalah antara menu yang wajib anda cuba sekiranya di Alor Setar Kedah.

1.Restoran Nasi Kandar Yasmeen

Tidak lengkap jika ke utara tidak mencuba nasi kandar. Bukan di Penang sahaja yang popular dengan Nasi Kandar. Di Alor Setar juga Nasi Kandar mereka mempunyai rasa tersendiri. Cuba lah, rasai perbezaannya. Yang pastinya sungguh sedap dan istimewa.

Nasi Kandar Yasmeen adalah yang paling popular di Alor Setar dengan resepi yang unik dan menyelerakan. Walaupun  hanya ambil hidangan asas seperti ayam goreng dan kuah campur, ianya sudah cukup menyelerakan. Ayam yang digoreng ranggup dan masih panas, nasi juga dihidang panas-panas. Ini adalah antara keistimewaan makan di Nasi Kandar Yasmeen.

Harga pula sangat berpatutan sesuai untuk semua untuk rakyat marhaen. Lokasi restoran ini juga strategik berhampiran dengan Stadium Darulaman dan hanya ditepi jalan. Tempat juga boleh memainkan peranan yang penting, kerana adakalanya tidak cukup masa ketika travel. Jadi lokasi  yang mudah untuk dikunjungi memainkan peranan penting.

Reviews:  Sedap, rasai kelainan Alor setar vs nasi kandar di Penang. Harga berpatutan,  lokasi yang strategik dan servis pantas adalah gambaran ringkas untuk Restoran Nasi Kandar Yasmeen.

Alamat: 684-685, JALAN BAKAR BATA, Kampung Lubok Peringgi, Lebuh Raya Darul Aman 05000 Alor Setar, Kedah

2. Makan Sedap di Alor Setar, perlu cuba Mat Cucur Udang

Kalau di Negeri Pantai Timur, mereka terkenal dengan colek dan manisan sebagai pencuci mulut. Di utara pula menu cucur udang adalah salah satu menu makanan santai dan ringan  yang wajib dicuba.

Wajib cuba menu ini di Mat Cucur undang yang memiliki resepi warisan ini sejak 1940 lagi. Cucur udang ini dicicah bersama kuah kacang. Boleh ditambah tahu goreng atau udang celup tepung. Harga satu set lengkap hanya RM 5.oo. Memang berbaloi untuk dicuba bersama keluarga.

Reviews: Rasai kelazatan resepi cucur udang sejak 1940 lagi.

Alamat: No 4, Medan Selera Taman PKNK Jalan Tun Razak, Alor Setar, Malaysia

3. Kafe Adik Abang

Kafe Adik Abang lebih kepada hidangan makanan tengah hari. Di sini pelbagai lauk pauk yang akan membuat anda rambang mata untuk memilihnya. Lauk pauk kebanyakannya mengikut citarasa masyarakat tempatan Kedah.

Tinggal pilih sahaja hidangan yang anda suka, semuanya ada. Masak gulai seperti gulai batang pisang, masak kari, masak lemak semuanya ada. Yang paling best ada juga makanan bakar seperti ikan bakar, sotong bakar dan lain-lain. Sambal belancan pun pelbagai jenis, tinggal pilih sahaja.

Reviews: Pelbagai lauk pauk makanan tengah hari yang sedap mengikut citarasa penduduk tempatan

Alamat: 9, Kompleks Perniagaan Tmn. Batas Paip,Jalan Restu 1, Taman Restu, 06600 Kuala Kedah, Kedah

4. Roti Canai Celaru

Sumber: Facebook Rati Canai Celaru (RM 4)

Roti canai adalah hidangan yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ada yang style mamak, ada yang style Melayu.  Nak cari kelaian rasa roti canai. Jom cuba Roti Canai Celaru style Melayu,  hanya di Alor Setar Kedah. Roti canai celaru ini berbeza dengan roti canai style mamak, dari segi rasa dan juga penampilan.

Seperti namanya, memang boleh CELARU dibuatnya. Ianya seperti konsep penyamaran atau camouflage, ini kerana roti canai ditutup dengan kuah dal banjir dan telur mata goreng. Tak nampak roti canai pun. Celaru kan. Walaupun celaru, tetap unik dan lazat. Nak lari dari roti canai yang biasa, jom cuba roti canai celaru. Berkonsepkan suasana warung dengan harga yang mampu milik.  Bagi mereka yang tidak gemar dengan konsep kuah banjir, banyak lagi menu roti canai yang boleh dipilih.

Reviews: Unik, roti canai style Melayu,  harga berpatutan dan berkonsepkan warung

Alamat: 28A, Lorong Teknik, Taman Gunung Perak, 05400 Alor Setar Kedah

Waktu Operasi:  7 am- 1 pm (Setiap hari kecuali Ahad).

5.Warung Klasik- Popular dengan PekNga

Sumber Foursquare, PekNga iaitu lempeng kelapa yang boleh dimakan bersama kari ikan

Makan Sedap di Alor Setar tidak lengkap jika tidak singgah ke Warung klasik. Seperti namanya, Warung Klasik menyajikan makanan tradisi orang Kedah dan berkonsepkan makanan tradisional. Sangat sesuai untuk peminat-peminat makanan tradisional yang ingin mencari kelainan di setiap negeri di Malaysia.

Di Warung Klasik, hidangan yang paling popular adalah lempeng kelapa atau lebih dikenali sebagai PekNga di sini. Pek Nga adalah makanan tradisi orang Kedah yang masih kekal menjadi kegemaran sehingga kini.

Nama PekNga ini, dikatakan mendapat nama daripada singkatan “Tempek atas belanga“. PekNga lazimnnya dimakan bersama kari ikan kembung atau bergantung kepada permintaan pelanggan. Di Warung klasik anda boleh memilih untuk gandingkan dengan PekNga sama ada kari ikan, sambal bilis, gula dan sebagainya. Bukan sekadar Lempeng kelapa (PekNga Nyioq), di sini juga popular dengan lempeng pisang (PekNga Pisang).

Reviews: Sedap dan rasai makanan tradisi Negeri Kedah

Alamat: F161, Jalan Putra, Kg Padang Lalang, Alor Setar, Kedah

 

 

6. Iman KoeyTeow Kerang

Iman KoeyTeow Kerang adalah salah satu makanan sedap yang anda boleh terokai sekiranya di Alor Setar Kedah. Rasa KoeyTeow Kerang ini  bukan sahaja popular di Kedah, malah popular dengan pengunjung di dari negeri yang lain. Rasanya yang unik dan versatile menyebabkan koeyteow ini digemari oleh pelbagai budaya dan kaum.

Jika anda ingin mencuba Iman KoeyTeow Kerang ini disarankan dengan telur mata sekali. Ini kerana telur mata yang digoreng dapat menambah rasa unik dan lengkap dengan koeyteaw kerang. Bukan sekadar sedap, malahan kemesraan pemilik dan pekerja sering diperkatakan oleh pelanggan. Tidak perlu menunngu lama, walaupun ramai pelanggan. Di Iman Keow Teaw Kerang pekerja mereka, kebanyakan seperti lipas kudung. Laju buat kerja

Reviews: Antara Koeyteaw yang sedap di Malaysia. Servis Pantas

Alamat: No.21 &22,Susuran Talapia,Taman Pandan,Jalan Sultanah Sambungan, Alor Setar, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap Hari ( 11pm-1 Am), kecuali Jumaat ( 6PM-1AM)

7. Uptown di Stadium Darul Aman

Jika kita ingin merasai budaya makanan di sesuatu tempat, tidak lengkap sekiranya tidak singgah pasar malam atau bazar larut malam (Uptown). Di pasar malam akan banyak makanan tradisi atau hidangan makanan yang mengikut selera masyarakat tempatan.

Sebagai contoh mee sup di sebelah Selangor atau KL, di makan bersama sambal kicap. Untuk mee sup utara pula, sambal kicap digantikan dengan  sambal merah. Jadi perbezaan utama terletak pada sambal merah dan mee yang diwarnakan dengan pewarna kuning. Kedua-dua jenis mee sup ini mempunyai kelazatan yang tersendiri. Sangat sesuai untuk mereka yang suka mencuba dan meraikan perbezaan cita rasa ini.

Sumber: Che Nom (Mee Sup Utara)

Di bazar malam atau uptown juga, banyak makanan ringan atau kuih muih yang pastinya buat anda teruja untuk menikmatinya.  Kebanyakan buah berangan yang dijual ini selalu dijumpai di tempat seperti Penang. Di Uptown Stadium Darul Aman, anda boleh makan buah berangan yang digoreng panas-panas dan kualiti seperti di Penang.  Bukan sekadar buah berangan banyak lagi makanan lain seperti putu piring, kuih qasidah dan makan viral semasa yang boleh dijumpai disini.

 

Reviews: Pelbagai makanan cita rasa tempatan yang sedap boleh dirasa.

Alamat: Stadium Darul Aman

 

Rujukan

1. PBT Kedah

2. Buku teks sejarah Tingkatan 2

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top