Review

Penapis Udara Storm Coway -Review jujur

Akhirnya, beli juga secara sewa beli penapis udara Storm jenama Coway setelah berfikir-fikir selama 2-3 tahun. Namun niat ini disimpan bila memikirkan perlu mengeluarkan budget secara bulanan selama 5 tahun kontrak lengkap dengan servis. Nak beli secara tunai pula, tak mampu. Heheh. Nak pula penapis udara ini, macam tak boleh nampak bagaimana ia bekerja. Yelah udara mana boleh nampak. Kalau penapis air, dari awal lagi  dah beli. Memang sebab utamanya PEMALAS nak masak air, malas nak simpan air dan tak nak rumah bersepah dengan botol-botol air.

Terfikir hendak menggunakan Penapis Udara Storm Coway setelah ada ahli keluarga dan rakan-rakan yang bagi tahu kesan positif menggunakan penapis udara. Kebanyakkan mereka mempunyai masalah resdung dan kerap bersin.

Mengapa guna penapis udara

Sebab pertama

suami  jenis sensitif pada habuk dan mempunyai resdung.   Ada kala begitu teruk sehinggakan tidak boleh tidur dan pagi seperti jadi tak ada mood sebab resdung menganggu. Kiranya dua waktu ini kemuncak bagi suami  iaitu waktu pagi selepas bangun tidur dan waktu malam.

Sebab kedua

kita sendiri pun akan pening kepala dan rimas juga mendengar, suami yang tak berhenti-henti selsema. Hembus sana, hembus sini. Jujurnya rasa geli juga. Dari awal khawin hinggalah sekarang, dah nak masuk bertahun-tahun lamanya. Bukan tak pernah berjumpa doktor atau mengambil ubat resdung. Namun selepas, habis ubat ibarat resdung pun datang balik. Ini mungkin kerana faktor habuk dan pencemaran udara yang sentiasa ada dirumah ini. Rasa dah cukup rajin dengan mengemop dan mengelap hampir setiap hari. Tapi habuk ini memang misteri ada juga.

Sebab ketiga

Malang sedikit apabila duduk di kawasan perumahan yang suka membakar sampah dan kebanyakkanya disebabkan aktiviti berkebun. Setiap hari ada saja jiran yang membakar sampah, tak jiran A bakar sampah hari ini. Esok jiran B pula yang bakar sampah. Rumah kita pula duduk depan tempat bakar sampah. Tak ke mengalami tekanan ? Makin lama, kita boleh sedar. Kesihatan diri sudah mula sensitif pada asap. Dulu rasa tiada rasa apa pun, tapi sekarang bila bau asap sedikit sudah mula sesak nafas. Kalau ikutkan  tidak mempunyai masalah asma atau keturunan yang mempunyai masalah asma.

Sebab keempat

bela kucing. Dengan suami yang mengalami masalah resdung. Dengan kita,  juga sensitive pada asap. Nak pula dengan bulu-bulu kucing berterbangan. Maka bila fikir-fikir balik, terpaksa lah juga menggunakan Penapis Udara Storm walaupun terpaksa mengeluarkan budget tambahan untuk penggunaan penapis udara.

Ada lagi satu, sebab terakhir.

Suami juga adalah seorang perokok. Kalau nak ikutkan mestilah pilihan yang terbaik terus behenti merokok. Tapi nak buat bagaimana, perokok sememangnya sudah tahu kesan negative merokok. Tapi masih memilih untuk menghisap rokok gitu. Walaupun suami merokok di luar rumah, di kawasan parking rumah. Namun, tahu lah mengapa asap rokok masih boleh memasuki ruang udara rumah. Jumlah kecil sahaja asap rokok masuk, tapi yelah. Kita memang dah tahu asap rokok merbahaya, rasa tak seronok juga bila ada asap rokok.

Kesan selepas penggunaan Penapis Udara

Setelah menggunakan Penapis Udara Storm secara konsisten selama 3 bulan. Hurrrayyyyy, rasa sedikit pun tidak menyesal. Malah menyalahkan diri yang tidak mahu mengeluarkan belanja extra untuk kesihatan diri dan keluarga. Jom lihat kesan penapis udara pada diri dan keluarga

Kesan pertama:

Yang ini paling penting sekali…Hurrayyyy lagi sekali… Resdung suami menunjukkan perubahan yang ketara. Dia adalah orang yang kuat membantah, katanya membazir. Akhirnya setuju, sebab beli guna duit sendiri. Hahah.

Suami tak lagi bersin dengan kerap pada waktu malam.  Ada kalanya langsung tak bersin. Bangun pagi pun seperti orang normal. Bersyukur sangat dapat berkurang resdung, sebab kadang kala resdung ini dah macam normal bagi masyarakat. Dan bagi orang resdung pula, mereka seperti USED TO BE.

Tapi bagi Ratu, walaupun dah bertahun khawin. Tak pernah rasa USED TO BE atau boleh terima. Memang selalu rimas.  Dengan harga RM 70/sebulan, inilah harga berbaloi sekiranya dapat kehidupan yang normal dan damai. Adakalanya memang menganggu perjalanan hidup sebab suami kita tak boleh tidur, dengan kita sekali tidur lewat. Dengan esoknya kekadang terbangun lewat juga. Secara tidak langsung,  kalau lewat bangun akan menggangu performance kerja kita. Apa yang nak disampaikan, nampak macam tiada apa-apa dengan resdung. Tapi bila berkurang dan hilang..Rasa hidup makin teratur dan makin tenang.

KESAN KEDUA:

Setiap petang penapis udara Storm ini akan bekerja lebih masa sebab time-time inilah, jiran-jiran sibuk membakar sampah. Nampak perubahan warna biru bertukar kepada merah apabila pembakaran sampah berlaku. Syukur,kurang sesak nafas dan rasa lebih selamat.

KESAN KETIGA:

Rasa rumah kurang berhabuk dan lebih bersih. Mungkin ini adalah salah satu faktor mengapa resdung dapat berkurang dengan ketara. Sebabnya habuk juga berkurang dengan ketara.

Mengapa memilih Penapis Udara Storm Coway?

 Jenama Coway menjadi pilihan  kerana telah stabil di pasaran. Tak nak menyusahkan diri memilih jenama yang tak stabil, kerana kita nak guna dengan jangka masa yang panjang, bertahun-tahun ya. Nanti tak sampai 5 tahun, jenama X dah bankrap. Tak ke menyusahkan diri ?. Sebab penapis udara atau penapis air sekali pun, perlu servis dan perlu tukar filter untuk memastikan penapis tersebut beroperasi dengan baik. Juga kerana, dapat banyak testimoni dari keluarga terdekat dan rakan-rakan. Bukan ejen Coway tau, mana ejen semuanya cakap produk mereka paling tip top di pasaran.

Dan sebab utamanya, produk Coway mempunyai pengiktirafan dan pensijilan daripada badan yang berkaitan. Kalau penapis air, sijil WQA. Kalau penapis udara sijil AHAM verified, KACA. Coway sekalipun memang ada Brand Award tapi yang pentingnya, badan profesional sepatutnya yang menilai, Contoh SIRIM untuk barangan elektrik. KKM untuk produk kesihatan atau kosmetik dan sebagainya.

Nak tahu lebih lanjut klik artikel ini https://promocoway.com/kelebihan-penapis-udara-coway-berbanding-jenama-x/

Dan Ummi memilih model penapis udara Storm berbanding, Breeze dan Lombok III atas faktor

a)Budget rendah

Waktu ini Coway sedang buat promosi, mungkin sebab lockdown Covid jadi harga Storm RM 70 sahaja, berbanding harga asal RM 90. Lombok III pula hanya RM 90 berbanding RM 109. Breeze tiada promosi- RM79. Sudah terang lagi bersuluh Storm lah yang paling murah bulanananya.

Walaupun niat di hati nak guna Lombok III, sebab Lombok III lebih berkesan. Di mana dengan dilengkapi RBD plasma, bukan sahaja menapis mikroorganisma atau menapis gas merbahaya. Tetapi RBD plasma boleh melemahkan kuman-kuman dan menguraikan gas-gas merbahaya. Tapi kerana tidak yakin dengan status kewangan, dan bila fikir balik. Tak pelah asal ada HEPA filter yang boleh menapis secara berkesan 99.7% zarah partikel dalam udara. Termasuk lah apa pun partikel yang bersaiz sekecil ~ 0.3 mikron.

b)Ada kipas

Penapis udara Storm hampir sama dengan Breeze dari segi bilangan dan jenis tapisan filter. Cumanya Breeze lebih ringan dimana Breeze ~7 kg, manakala Storm ~12kg. Breeze juga nampak lebih kecil dan elegan daripada Storm bagi Dr. Jamu. Breeze di design untuk kerap berpindah randah, daripada satu bilik ke bilik yang lain sebab saiz yang lebih kecil dan ringan. Tapi Ratu yang sengkek ini masih kerap pindahkan Storm dari satu tempat ke tempat lain. Iaitu dari ruang tamu, ke bilik tidur dan ke bilik belajar. Walaupun nampak macam besar dan berat, tapi  masih boleh mengangkat dan memindahkan Storm. Nak buat bagaimana, penapis udaranya ada satu je. Hehe.

Bila lepak di ruang tamu, letak STORM di ruang tamu. Bila nak tidur pindah pula ke bilik. Begitulah kisah hidup,  sehari-hari dengan penapis udara.

Walaupun fungsi penapis udara untuk menapis udara supaya bersih. Not bad juga,  bila dilengkapi dengan kipas. Bila guna STORM, akan tutup kipas. Kuat juga kipas Storm, berselimut juga bila tidur. Bila tidur, kami akan on sekejap aircond untuk sejukkan bilik dan pasang kipas. Lepas ada STORM, On STORM sahaja lah. Kipas dah tak perlu.

Sekian review Ratu, kalau nak dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai penapis udara STORM, BREEZE dan Lombok III boleh klik artikel ini.

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top