blog

Manfaat Hyaluronic acid (HA)

Hyaluronic acid (HA)  adalah antara komponen asas yang sangat diperlukan kulit untuk kekal lembap, awet muda nampak gebu dan sihat.

Macam selalu dengar je, hyaluronic acid ni..kat serum ada, kat sheet mask pun ada, pelembap pun banyak brand yang guna hyaluronic ni.. boleh kata banyak produk penjagaan kulit yang menggunakan hyaluronic acid. Special sangat ke hyaluronic acid?

Keistimewaan yang paling utama HA ini ialah mampu mejadikan kulit kekal lembap. Kulit yang lembap akan kelihatan lebih gebu, lebih sihat, lebih berseri dan nampak bertenaga. Malah kulit yang lembap juga nampak lebih muda, kerana kulit kering akan mempercepatkan kehadiran kedutan pada wajah.

Berbanding dengan wanita yang mempunyai kulit kering, walaupun bersih daripada jerawat atau jeragat tetapi masih nampak  tidak bermaya, tidak berseri dan kusam. Ini menjadikan mengapa kulit lembap adalah kriteria yang penting untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik

Kulit lembap

Kulit lembap menjadi idaman sentiap wanita

Penuaan selalu dikaitkan dengan kulit yang kering atau kulit yang terdehirasi. Jadi salah satu strategi untuk melewatkan proses penuaan ialah MELEMBAPKAN KULIT. Kunci bahan utama untuk melembapkan kulit ialah HA, yang mempunyai struktur molekul yang unik yang berupaya untuk mengikat dan memegang molekul air.

Jadi tidak hairanlah mengapa HA ini selalu di jumpai di dalam banyak produk penjaggan kulit yang tujuan utama untuk melembapkan kulit dan sebagai anti penuaan. Tambahan pula HA ini juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah yang berminyak atau berjerawat [1]

Apa itu hyaluronic acid?

Hyaluronic acid ialah bipolimer semulajadi yang boleh dijumpai pada organisma.  Banyak dijumpai pada connective tissue. Ianya juga boleh dijumpai secar semulajadi pada tisu kulit. HA mampu bertindak sebagai pelembap (humectant) semulajadi kerana kemampuan molekul ini untuk terikat dengan air.

Hyaluronic acid di dalam tisu kulit

HA ianya seperti jeli yang memenuhi ruang di antara kolagen dan fiber elastin (elastin fibre) seperti di dalam Rajah 1.

Hyaluronic acid di dalam kulit

Rajah 1.  Hyaluronic acid di dalam kulit
                                                               Kredit: drrachelho.com

Peranan hyaluronic acid di dalam kulit [2]

  • Menghidrasi kulit wajah– inilah peranan penting HA untuk kulit kita kekal lembap
  • Menghasilkan rangkaian viskoelastik yang stabil untuk mengikat kolagen dan fiber elastin – tanpa rangkaian yang stabil ini, sukar untuk kita melambatkan proses penuaan
  • Menyediakan mekansime untuk mengangkut nutrien penting dari saluran darah ke sel kulit yang hidup. Tak hairan lah, mengapa wanita yang berkulit lembap ini nampak macam segar dan muka berseri-seri . Sebab semua nutrien penting dapat sampai ke kulit, itu yang “glowing”
  • Bertindak sebagai ejen pelincir dan pengkusyenan (cushioning) untuk untuk mengatasi kerosakan kimia dan mekanikal pada kulit. Ini pun akan membantu untuk meningkatkan “skin barrier” anda, jadi kulit tak cepat breakouts.

Struktur molekul hyaluronic acid

Hyaluronic acid ialah glycosaminoglycan semulajadi.  Di mana, biopolimer ini mengandungi unit berulang disakarida (polymer dissacharides) bagi D-glucoronic acid dan N acetyl-D-glucosamnine [3].

Struktur molekul Hyaluronic acid

Struktur molekul Hyaluronic Acid

Struktur molekul HA yang mengandungi banyak kumpulan hidroksil (-OH) menjadikan HA mempunyai kuasa luar biasa untuk memegang atau memerangkap air sehingga 1000 x ganda beratnya.

Adakah Hyaluronic acid ini selamat?

Ya.

HA tidak toksin dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak. HA sangat rendah kemungkinan untuk memberi kesan alergik atau alahan. Ianya juga tidak menimbulkan masalah iritasi pada kulit.

Manfaat kepada kecantikan kulit [5]

Banyak manfaat HA kepada kecantikan kulit yang akan membuatkan untuk pastikan memilih produk yang mengandungi HA ini

Hidrasi kulit:

Ini sudah pasti kerana HA ini boleh bertindak sebagai pelembap kerana kebolehan untuk menarik dan mengikat mokeul air yang sekaligus akan hidrasikan kulit atau melembapkan kulit wajah. Oleh sebab itu, kebanyakan pelembap atau produk penjagaagn kulit yang bertujuan untuk hidrasi kulit akan mengandungi HA sebagai salah satu bahan dalam formulasi mereka.

Anti penuaan:

Diantara peranan HA ialah membentuk jaringan yang stabil diantara kolagen dan fiber elastin, di mana HA di ibaratkan seperti memgang kolagen dan elastin fiber pada konfigurasi yang sepatutnya. Tanpa HA, ini mungkin menyumbangkan kepada disorganisasi kolagen dan elastin fiber. Seterusnya akan memberi kesan negatif seperti pembentukan kedutan pada wajah. Di antara keistimewaan HA yang berkait dengan anti penuaan ialah seperti. Malah, HA juga boleh memperbaiki kedutan atau mengurangkan kedutan yang sudah sedia.

  • Memperbaiki keelastikan kulit: Ini kerana, HA dapat membentuk jaringan yang lebih stabil di antara kolagen dan fiber elastin
  • Ransangan kologen: HA juga dapat membantu pertumbuhan sel baru dan merangsa pembentukan kolagen dalam badam
  • Anti- nasolabial folds

Luka cepat sembuh dan parut cepat pudar

Oleh kerana, HA dapat membantu pembentukan sel baru. Maka, HA juga dapat membantu penyembuhan luka dan memudarkan parut

Mengapa Hyaluronic acid boleh berkurang di dalam kulit?

Penuaan

Normal dalam kehidupan, apabila umur makin meningkat hormon juga akan berubah dan  fungsi tubuh juga akan berkurangan. Sekaligus, HA akan berkurangakn dalam tubuh apabila umur semakin meningkat.

Sinaran UV

Sinaran UV atau cahaya matahari akan menyumbang kepada penurunan kadar HA di dalam tubuh badan manusia. Sunblock juga sangat penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan cantik

Tanda-tanda kulit anda memerlukan hyaluronic acid

Tanda-tanda anda sudah memerlukan HA dalam profuk penjagaan wajah adalah seperti

Kulit kering:

Jenis kulit juga akan berubah mengikut faktor umur. Kebanyakan remaja mempunyai kulit berminyak ataupun normal. Setelah usia meningkat mungkin kulit berminyak ini akan berubah menjadi kulit yang kering. Sekiranya anda, mengalami masalah ini segara bertindak untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Untuk mereka yang sememagnya mempunyai kulit kering juga boleh memilih HA sebagai salah satu bahan aktif di dalam produk penjagaan kulit, di mana HA sememangnya diketaui boleh bertindak sebagai pelembap

Kulit sensitif:

Kulit sensitif juga dikaitkan dengan “skin barrier” yang lemah. Hal ini kerana kulit bertindak sebagai “barrier” atau penghalang kemasukan mikroorganisma atau apa-apa bahan yang boleh memberi kesan negatif pada badan. ” Skin barrier yang lemah selalunya akan menyebabkan kulit hilang air dengan mudah dan menjadikan kulit sensitif selalunya akan kering. Contohnya mereka yang mengalami masalah eczema selalunya akan mempunyai kulit yang kering .

Oleh itu penggunaan, HA yang bertindak sebagai pelembap ini sudah pasti akan membantu anda untuk melembapkan kulit dan mengahalang kulit daripada terhidrasi dengan cepat

Skin barrier sudah lemah

Disebabkan faktor umur, cahaya mathari atau penggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya juga boleh menyumbang kepada “skin barrier” yang lemah.

Sekiranya anda secara tetiba mengalami kulit wajah breakouts, ataupun secara tiba-tiba mempunyai masalah jerawat ini mungkin sebagai tanda bahawa skin barrier  anda sudah lemah.

Tanda-tanda lain skin barrier sudah lemah ini seperti kulit cepat iritasi, pedih dan cepat kemerahan apabila menggunakan produk penjagaan kulit.

Penuaan:

Faktor umur juga akan memainkan peranan untuk anda memilih produk penjagaan muka yang sesuai. Untuk umur yang melebihi 30 an, ini mungkin kriteria utama untuk anda mewajibkan diri untuk memilih produk yang memounyai HA

Untuk melambatkan proses penuaan selain menggunakan HA secara luaran, boleh juga mengamalkan pengambilan pegaga untuk kekal awet muda

Kesimpulan

Secara keseluruhanya, di dapati HA boleh membantu anda untuk mendapatkan kulit wajah yang lembap dan secara tidak langsung dengan penggunaan HA boleh membantu anda untuk melewatkan proses penuaan dan mendapatkan kulit cantik.

Rujukan

[1] https://www.drrachelho.com/blog/best-hyaluronic-acid-review-singapore/

[2] https://dermnetnz.org/topics/hyaluronic-acid-implant

[3] Karakiulakis et al. 2012. Hyaluronic acid: A key molecule in skin aging. Dermatoendocrinol 4(3): 253-258.

[4] https://www.aad.org/public/diseases/eczema/childhood/child-have/what-causes

[5] Bukhari et al. 2018. Hyaluronic acid, a promising skin rejuvenating biomedicine: A review of recent update and pre-clinical and clinical investigations on cosmetic and nutricosmetic effects. International Journal of Biological Macromolecules.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top