Informasi

Sinaran UV dan Kepentingan Sunblock

Kita berusaha untuk mendapatkan kulit yang cerah berseri, tetapi berapa ramai antara kita yang menyedari betapa pentingnya pemakaian sunblock ataupun sunscreen? Sebenarnya, pemakaian produk pencerah kulit adalah sia-sia jika kita membiarkan kulit muka kita terdedah kepada cahaya matahari. Ini kerana kulit kita akan mudah menjadi gelap (sunburn) dan worst case scenario, probability untuk mendapat kanser kulit adalah tinggi. T____T

Amnya, cahaya matahari membebaskan sinaran UV bersama-sama dengan tenaga haba dan cahaya.  Sinaran UV pula boleh dibahagikan kepada UVC, UVB dan UVA.

Image result for uv rays

UVC (wavelength : 290 – 200 nm) – Penyerapan UVC adalah sangat minimum kerana terlindung oleh lapisan ozon.

UVB (wavelength : 320 – 290 nm) – 90% daripada sinaran ini diserap oleh ozon dan menembusi lapisan atas kulit.

UVA (wavelength : 400 – 320 nm) – > 90% sinaran UVA diserap ozon, dan ia menembusi kulit manusia lebih dalam daripada sinaran UVB. [1]

Kesan sinaran UVB selalu dikaitkan dengan penyebab sunburn manakala sinaran UVA menjadi punca kepada kesan penuaan [2] dan yang paling menakutkan UVA dan UVB boleh menyebabkan kanser kulit [1].

Mengetahui tentang bahayanya sinaran UV ini, sebab itulah kita diwajibkan memakai sunblock sebelum meninggalkan rumah. Especially bagi mereka yang terdedah kepada sinaran matahari yang berpanjangan. Bukan perempuan saja yang perlu memakainya kerana lelaki juga tak terkecuali kerana setiap orang terdedah kepada bahaya UV ini.

Faktor Pemilihan Sunblock

              Sunblock kepunyaan Cik Belle 🙂

i) SPF

SPF (Sun Protection Factor) melindungi kulit daripada sinaran UVB yang boleh menyebabkan sunburnLebih tinggi SPF, bermakna lebih baik perlindungan untuk kulit kita. SPF antara 30 hingga 50 sudah cukup untuk kegunaan harian kita.

ii) PA

PA adalah Photo Aging scale. Ia melindungi kulit daripada sinaran UVA yang boleh menyebabkan penuaan sebelum usia. (A big NO NO). Anda disarankan untuk cari sunblock yang mempunyai at least PA+++.

iii) List of Ingredients

Antara bahan yang perlu ada dalam sunblock yang baik adalah zinc oxide, titanium dioxide, avobenzone, uvinul T dan tinosorb S. Tidak semestinya semua bahan ini perlu ada, memadai jika ada sekurang-kurangnya 2 jenis dalam setiap produk. Cik Belle amat menyarankan agar anda membaca list of ingredients sebelum membeli agar kita benar-benar dilindungi daripada sinaran UV dan tidak terpengaruh dengan strategi pemasaran oleh pengeluar produk semata-mata.

       Ingredients dalam sunscreen dan jumlah            perlindungan dari UV yang ditawarkan [2].

Kuantiti Sunblock yang harus dipakai

Kuantiti sunblock yang kita sapu pada kulit kita juga mempengaruhi keberkesanannya. Kita disarankan untuk apply sebanyak 2 mg/cm2 sunblock. Ia bersamaan dengan dua jari untuk bahagian muka sahaja! Ini untuk memastikan kita dapat perlindungan yang maksimum daripada sinaran UV. jangan berasa sayang untuk apply sunblock yang banyak kerana kulit kita lebih berharga daripada harga sunblock tau! :p

      Kuantiti sunscreen yang perlu                diapply bersamaan 2 jari

FAQ tentang Sunblock

i) Perlu ke pakai sunblock walaupun dah pakai foundation atau moisturizer yang mempunyai SPF?

Ya, ini untuk memastikan kulit kita mendapat perlindungan maksimum. Ingat formula dua jari, ok? Biasanya kita sapu foundation pun tak sebanyak itu 😉

ii) Cara pemakaian sunblock

Ia dipakai selepas moisturizer, sebelum kita pakai make up. Juga seeloknya dipakai 15-20 minit sebelum keluar rumah untuk memastikan ia dah kering dan meresap sepenuhnya ke dalam kulit. Most importantly, mereka yang banyak melakukan aktiviti outdoor disarankan untuk reapply setiap 3-4 jam sekali kerana its efficiency decreases over time. Atau anda boleh mengikuti formula mudah ini. Contohnya, SPF30 x 10 minit = 300 minit perlindungan daripada UV.

iii) Kalau hari mendung atau hujan, masih perlu apply sunblock ke?

Ya! Di mana bumi ini masih terang, bermakna matahari juga masih ada walaupun dilindungi oleh awan. Waktu malam saja yang confirmed takde matahari. Hehe.

In conclusion, sangat penting kita melindungi kulit kita dari sinaran UV ini dan bagi mereka yang tidak menjadikan pemakaian sunscreen sebagai amalan harian, anda masih belum terlambat untuk memulakannya. 🙂

 

Rujukan

[1] Situm et al. 2007. The mechanisms of UV radiation in the development of malignant melanoma. Coll. Antropol. 31 Suppl. 1: 13–16

[2] https://www.epa.gov/sites/production/files/documents/sunscreen.pdf

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top