blog

Zoo Negara: Salah satu aktiviti yang berbaloi untuk seisi keluarga

Selalunya, anak kecil berumur > 1 setahun setengah sudah mula mengenali haiwan. Ianya boleh dikenal pasti apabila anak-anak teruja apabila melihat haiwan-haiwan di sekitarnya seperti kucing atau burung. Jika diperhatikan, banyak video pembelajaran anak kecil menggunakan haiwan untuk karakter utama. Bagi Dr. Jamu, ini menunjukkan proses pengenalan jenis haiwan ini adalah salah satu proses pembelajaran penting untuk anak kecil. Contohnya cartoon “Peppa pig”. Jadi Dr. Jamu buat keputusan untuk membawa anak ke Zoo Negara pada minggu lepas. Walaupun Dr. Jamu banyak membaca “bad reviews” mengenai Zoo Negara, kami sekeluarga masih mahu pergi. Tak pelah, konsepnya asalkan haiwan disana masih hidup. Haha.  Lagipun untuk rakyat marhaen seperti Dr. Jamu, ini jelah zoo yang mampu untuk di kunjungi. Nak pergi zoo di Australia, tak mampu!!! hehe.

 

Untuk harga tiket, dan waktu pembukaan boleh rujuk: http://www.zoonegaramalaysia.my/openinghours.html

* Jujurnya bagi Dr. Jamu masih terasa mahal, untuk dua orang dewasa sudah berharga RM 86, menghampiri RM 100. Parking pula, RM 10 sekali masuk.  Tak dapat Dr. Jamu bayangkan untuk keluarga yang punyai anak ramai, mungkin semput juga untuk membayarnya. Sebaiklah untuk anak yang kurang daripada 3 tahun, ianya percuma!!!.

 

Kami sampai ke Zoo Negara dalam 11.30 am.  Mulai aktiviti dengan bergambar dengan jurugambar Zoo Negara yang pandai menyuruh buat pelbagai pose!!! Namun,  satu gambar sahaja sudah berharga RM 45. Ada pakej lain juga, yang Dr. Jamu ingat satu set album (6 gambar kalau tak silap) dengan soft copy, kesemua gambar dalam RM 180. Tak cukup duit tabung Dr.Jamu nampaknya!!! Untuk mendapatkan gambaran mengenai perkhidmatan ini boleh lihat reviews oleh Laila Zain. Overall aktiviti di Zoo Negara, anda boleh lihat di dalam video ini.

Aktiviti wajib di Zoo Negara bagi Dr Jamu;

Aktiviti memberi haiwan makan

Walaupun aktiviti ini, nampak simple sahaja Dr. Jamu sebagai mak pun turut teruja. Yang paling best di ” Children’s World”, memang sesuai sangat untuk kanak-kanak. Haiwan-haiwan di Children World ini seperti kambing, arnab dan keldai.

 Multi -Animal Show

Tak sangka Animal Show  di sini agak menarik. Setengah jam berlalu, terasa singkat pula. Jarang ada pengunjung yang “angkat kaki” daripada pertunjukkan haiwan ini. Ada elemen yang kelakar, yang mengejutkan, suspend pun ada juga. Sound effects pula memang sesuai dengan pertunjukan yang di bawa. Kesimpulannya memang menghiburkan.

Panda

Panda adalah haiwan yang paling beruntung di Zoo Negara. Layanan dan tempat yang disediakan persis LAYANAN VVIP. Kompleks menempatkan panda, dikatakan menelan belanja sekitar 25 juta. Memang besar, kemas, selesa, ada air-aircond. Dapat diperhatikan, kompleks panda lah yang paling bersih sekali berbanding dengan haiwan lain. “Double standard gitu”. Hehe. Bagi Dr. Jamu, dengan kehadiran panda ini, secara tidak langsung ,  Zoo Negara terpaksa memperbaiki mutu dan kebersihan haiwan-haiwan peliharaan lain juga. Yelah, kerajaan telah membelanjakan kos yang besar untuk panda. Pastilah mereka inginkan keuntungan balik. Untuk lawatan ini, Dr. Jamu nampak perubahan positif Zoo Negara jika di bandingkan dengan ” bad reviews” sebelum ini.

Binatang popular

Kredit: https://www.freemalaysiatoday.com

Kalau dah datang Zoo Negara, pastinya lah kene melawat harimau, singa & cheetah. Time nie lah, anak Dr. Jamu semangat nak buat “sound effects. Siap buat gaya harimau merangkak lagi. Hee.

Tram rides

Lepas habis pusing Zoo Negara dengan berjalan kaki. Kami sekeluarga rehat dulu, sembahyang & makan di cafe. Kemudian sambung pusing Zoo dengan tram. Seronok jugak. Rasa lebih rileks. Nak pula pemandu tram jenis yang banyak memberi info-info haiwan2 di sini.

 

 

 

Tips ke Zoo Negara

 Minuman & Kudapan

Sebelum ke Zoo Negara, Dr. Jamu ada sediakan bekalan minuman untuk anak Dr. Jamu dan sedikit kudapan. Untuk kudapan, belum sampai ke Zoo Negara, dah habis licin makan di dalam perjalanan. Hehe. Harga minuman dan kudapan di sini boleh dikira mahal. Contohnya, untuk Mr. Potato sudah mencapai RM 10. 50, air mineral pula RM 2.50. Memang tak berbaloi. Kalau tiada kudapan, rasa macam tak seronok pula berjalan.  Jadi lebih baik bawa sendiri kudapan & minuman.

 Makan di Cafe (sebenarnya untuk staff)

Untuk ibu bapa yang rajin dan ingin menjimatkan perbelanjaan boleh lah membawa bekal. Zoo Negara ini besar, setengah hari juga masa diambil untuk explore semua aktiviti & kawasan. Jadinya, memang kita akan lapar di sini.  Masih teringat kenangan masa kecil dengan keluarga . Mak dah siap sediakan makanan untuk di Zoo Negara. Tapi untuk ibu yang seperti Dr. Jamu ni, nak jimat tetapi kelam kabutnya mengalahkan orang yang ada 10 anak. Kononnya nak bawa bekal, tapi tidak kesampaian. Hajat nak sampai, jam 9 am lagi, tetapi “pung pang” sana sini. Sampai lah jam 11. 30 am.

Petugas di Zoo Negara sendiri yang memberi tahu Dr. Jamu tentang cafe ini.  Tak jauh daripada pintu utama, agak tersorok. Rupanya Cafe ini untuk staff sahaja, harga yang ditawarkan memang murah dan berbaloi. Sedap pun sedap. Walaupun ianya tertulis untuk staff, tak lah pula pekerja di Cafe ini halau Dr. Jamu. haha. Selagi tak di halau, kita makan jelah. Lagipun, cafe nie juga yang untung.  Benda yang baik camni,  jangan dilepaskan. Makan nasi goreng ayam, keaw tiaw sup, air teh-O dan milo hanya berharga RM 15. Sangat lah berbaloi!!

Pakaian yang sesuai

Pilih pakaian ataupun “outfit” yang sesuai. Sebab Zoo Negara ini agak besar, jadi cepat berpeluh. Pakai juga kasut yang selesa supaya kaki tidak melecet.

Waktu binatang aktif

Binatang-binatang “hot stuff” seperti cheetah, harimau & panda. Kesemua nya tidur pada waktu tengah hari. Bosan lah juga. Kalau sedar pun sekadar menjeling. Tak kuasa agaknya nak melayan. Jorang pun macam kita juga, suka tidur waktu tengah hari.  Haha. Menurut, staff di sini waktu yang aktif adalah waktu petang. Waktu pagi, Dr. Jamu tak pasti. Tak tertanya pula. Nasib baik, sebelum balik. Kami sekeluarga buat keputusan untuk naik tram. Sempat lah jugak, tengok cheetah kembali aktif. Harimau pun sudah bangun.

 

Keseluruhan

Bagi Dr. Jamu ianya berbaloi dengan duit yang di laburkan. Sehari juga di Zoo Negara, rasa sekejap sahaja masa berlalu. Walaupun sudah berjam-jam berjalan. Dan, walaupun pada mulanya terasa mahal, tapi bila difikirkan balik. Haiwan-haiwan di sini hampir kesemuanya kuat makan!!. Seekor buaya, sekali makan lebih kurang 40 kg ayam, nak pula makan 2 kali sehari. Itu belum dengan kos rawatan. Kita pun bukan akan datang selalu.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top