blog

Tips elakkan stretch marks ketika mengandung

Striae gravidarum atau boleh dikenali sebagai stretch marks, cukup sinonim dikaitkan dengan wanita mengandung. Ianya dilaporkan mula hadir terutamanya dibahagian perut/abdomen kira-kira pada minggu ke 24-27 kehamilan [1]. Walaupun stretch marks tidaklah memberi kesan negatif pada kesihatan, tetapi ianya boleh menimbulkan tekanan dan menurunkan kualiti hidup seorang wanita [2]. Dan salah satu perkara yang menakutkan Dr Jamu ketika mengandung ialah “kehadiran stretch marks”. Walaupun tekstur kulit tak lah setaraf model tapi tak nak lah makin “hodoh”. Sedih juga kalau makin tak cantik.  Bagi Dr. Jamu, walaupun ianya normal untuk wanita hamil, tetapi kita masih boleh berusaha untuk mengelakkannya. Kalau terjadi pun, sekurangnya sudah mencuba dan berusaha. Jadi ini tips untuk anda untuk elakkan stretch marks ketika mengandung;

Kredit: http://parenting.firstcry.com

1.Amalkan jus Centella asiatica (pegaga)

Ketika mengandung Dr. Jamu sering mengamalkan minum jus pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica untuk meningkatkan penghasilan kolagen dan elastic fibers [3]. Kalau cakap sahaja mengenai kecantikan kulit memang selalunya berkaitan dengan penghasilan kologen dalam badan. Kajian juga menunjukkan penggunaan krim yang mengandungi ekstrak  Centella asicatica seperti Trofolastin krim boleh mencegah dan mengurangkan stretch marks [4]. Tapi Dr. Jamu tidak menggunakan krim ini, hanya mengamalkan jus pegaga. Alhamdulillah, tiada stretch marks ketika mengandung. Untuk mereka yang tidak suka akan rasa pegaga, boleh lah mencuba krim Trofolastin.

2. Krim Alphastria

Anda juga boleh mencuba krim Alphastria yang mengandungi asid hialuronik (asid hyaluronic), asid lemak dan vitamin kerana ia dapat mengurangkan risiko kehadiran stretch marks [5].

3. Bio Oil

Penggunaan Bio Oil ini adalah daripada pengalaman Dr. Jamu sendiri. Mula guna dari hari pertama disahkan mengandung sampailah bersalin. Tak nak bagi peluang langsung untuk stretch marks tumbuh. Over tak? Hehe. Faktor utama pemilihan Bio Oil sebab Dr. Jamu suka baunya dan ianya cepat menyerap. Tak lah melekit badan dibuatnya. Jika anda berhajat ingin menggunakan krim atau losyen seperti cocoa butter lotion, cocoa butter cream, minyak zaitun dan  minyak badam. Malangnya kajian menunjukkan ianya gagal dalam mencegah kehadiran stretch marks [6-8]. Kebetulan, Dr. Jamu masa mengandung tak suka bau-bau lotion atau krim selain Bio Oil.

4. Berat badan naik mendadak/banyak ketika mengandung

Berat badan naik secara mendadak ketika mengandung juga dikatakan  menyumbang kepada faktor kehadiran stretch marks [8]. Sebaiklah masa Dr. Jamu hamil, memang pantang betul nurse di klinik kesihatan kalau berat naik berlebihan, mesti ditegurnya. TQ nurse. hehe

-Semoga bermanfaat-

Rujukan

[1] Chang et al. 2004. Risk factors associated with striae gravidarum. Journal of the American Academy of Dermatology 51, 881–885.

[2] Yamaguchi et al. 2012. Quality of life evaluation in Japanese pregnant women with striae gravidarum: a cross-sectional study. BioMed Central Research Notes 5, 45

[3] GarcíaHernández  et al 2013. Use of a specific anti-stretch mark cream for preventing or reducing the severity of striae gravidarum. Randomized, double-blind, controlled trial. Int J Cosmet Sci ; 35:233–7.

[4] Mallol et al. 1991. Prophylaxis of Striae gravidarum with a topical formulation. A double blind trial. Int J Cosmet Sci;13:51–7.

[5] Wierrani et al. 1992. Attempt of preventive treatment of striae gravidarum using preventive massage ointment administration. Wien Klin Wochenschr 1992;104:42–4.

[6] Osman et al. 2008. Cocoa butter lotion for prevention of striae gravidarum: a double-blind, randomised and placebo-controlled trial. International Journal of Obstetrics and Gynaecology 115, 1138–1142.

[7] Taavoni et al. 2011. Effects of olive oil on striae gravidarum in the second trimester of pregnancy. Complementary Therapies in Clinical Practice 17, 167–169.

[8] Farahnik et al. 2017. Striae gravidarum: Risk factors, prevention and management. International Journal of Women’s Dermatology 3; 77-85.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top