Resipi Sihat

Resepi Puding Karamel Sedap

Resepi puding karamel sedap  ini adalah resepi daripada ibunda. Rasanya sedap  berlemak dengan air gula karamel. Strukturnya pula licin  dan padat tanpa liang atau berongga. Bila makan, walaupun lembut tidak bersepai dalam mulut. Gabungan puding dan gula karamel terasa sempurna di dalam mulut.

Oleh kerana, padat dan tiada pori, gula karamel tidak dapat menyerap di bahagian tengah puding, menjadikan warna keratan rentasnya kekal putih krim.  Warna coklat kekuningan hanya untuk permukaan bawah (yang bersentuhan dengan gula karamel) dan permukaan atas (direct haba dari oven).

Ada dua jenis puding karamel. Satu yang mempunyai struktur licin dan padat, satu lagi yang mempunyai struktur berongga. Dan resepi kali ini adalah resepi puding karamel licin, padat dan tanpa rongga.

Apa beza puding karamel padat dengan berongga?

Jom kita lihat apa beza puding karamel padat dan tidak berongga dari segi struktur marfologi, bahan yang digunakan, rasa dan ciri komersial.

Beza dari segi struktur marfologi

Beza puding karamel padat dengan puding karamel berongga  terletak pada struktur marfologinya. Sekaligus serba sedikit mempunyai perbezaan rasa walaupun dari bahan utama yang sama.

Puding karamel yang berongga akan mempunyai liang yang menyebabkan gula karamel mudah untuk meresap (diffuse) ke permukaan tengah. Keratan rentas akan bertukar wana coklat mengikut warna gula karamel. Jadi rasa puding serba sedikit sudah sebati dengan rasa gula karamel. Berbanding dengan puding karamel tidak berliang atau berongga, rasa puding dan gula karamel sebati di dalam mulut.

Secara amnya kedua-duanya adalah lembut, kerana bahan utama puding adalah daripada telur dan susu cair tanpa campuran tepung. Namun anda akan rasa sedikit perubahan di mana, tanpa rongga lembut dan licin tetapi lebih teguh/elastik.  Berbanding berongga lembut tetapi cepat lerai dalam mulut. Ini kerana marfologi yang berongga selalu dikaitkan dengan kekuatan yang lebih lemah. Untuk resepi puding karamel  yang banyak  rongga, anda akan dapati mempunyai formulasi yang bercampur dengan sedikit tepung ini memastikan puding karamel tidak pecah.

Beza dari segi bahan sampingan dan teknik pemanasan

Kebanyakkan yang mempunyai struktur berongga kerana ada campuran air atau bahan lain seperti susu pekat, susu, ini akan menjadikan struktur puding karamel tidak padat dan berongga. Kaedah pemanasan melalui oven juga adalah lebih baik daripada kukus untuk mendapatkan struktur yang licin.

Beza dari segi rasa

Rasa? Kedua-duanya sedap. Ratu masih menyukai dua-dua jenis puding karamel ini. Kedua-duanya mempunyai rasa yang unik atas perbezaan marfologi. Tetapi jika disuruh dibuat pilihan pastinya puding karamel yang licin menjadi pilihan pertama. Lebih menyukai rasa puding dan gula karamel yang sebati di dalam mulut, dengan rasa permukaan yang lebih licin. Lembut tetapi struktur yang lebih teguh.

Beza dari segi komersial

Dan bagi Ratu puding karamel yang strukturnya licin dan padat akan nampak lebih mewah. Warnanya pula lebih classy, kerana nampak perbezaan warna antara puding dan gula karamel.  Dan ini adalah sebab mengapa jika makan di hotel, cafe hanya puding karamel yang strukturnya yang licin sahaja yang dihidang.

Ini adalah resepi puding karamel yang paling sedap setakat ini. Walaupun kerap makan puding karamel di majlis, daripada keluarga atau sekalipun di hotel, resepi ini dapat No. 1 di hati Ratu. Ini adalah di antara dessert mudah untuk dibuat dan sedap. Bahan-bahan membuatnya pula sangat mudah didapati iaitu hanya telur, susu cair dan gula.

Bahan-Bahan Resepi  Puding Karamel Sedap

  • Telur gred A – 10 biji
  •  Susu cair -2 tin
  • Vanila – 1 sudu kecil
  • Gula – 1 sudu besar

Cara Penyediaan Puding Karamel Sedap

1. Penyedian Gula Karamel

  •  Panaskan gula dalam periuk di atas api
  • Ratakan gula hangus dalam loyang

2. Penyediaan Puding

  • Panaskan oven  terlebih dahulu pada suhu sekitar  170 darjah celcius. Letak air dalam dulang pembakar. Ini menggunakan kaedah “waterbath“. Kaedah ini  bertujuan untuk pemanasan yang lebih sekata.
  •  Sementara itu menunggu oven panas dan air dalam dulang panas. Boleh sediakan puding. Masukkan dalam bekas kesemua bahan iaitu susu cair, telur dan vanila. Boleh guna mixture, whisk atau blender juga. Konsepnya asalkan adunan sebati sahaja. Tidak perlu lama.
  •  Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah berisi gula karamel. Perlu berhati-hati supaya tidak menjejaskan lapisan gula karamel.
  • Bakar dalam oven (api atas dan bawah) selama 20min. Kemudian, tukar kepada api bawah sahaja dan bakar selama 40minit(tambah air jika air dalam dulang kering). Ini perlu supaya bahagian atas puding karamel yang direct pemanasan dari oven tidak hangit. * jika belum masak tambah masa membakar

Tips

-Untuk dapatkan struktur yang padat, jangan gantikan sebahagian  susu cair  dengan gantikan sedikit air. Dalam resepi ini tiada campuran air.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top