Resipi Sihat

Ikan siakap masam manis ala thai

Ikan siakap masam manis ala thai ini diinspirasi daripada resepi Mat Gebu. Sebab utama pilih resepi ini, nampak mudah dan ada sos cili thai di rumah.

Nak makan siakap tapi nak penyediaan dan bahan yang mudah. Ini resepi yang simple yang patut anda cuba.

Inspirasi sebab mengubah resepi  Mat Gebu kerana tidak cukup bahan, Contohnya tidak perap ikan dengan limau kasturi selama 15 minit. Ratu tak boleh menunggu sudah, mula masak jam 7pm. Target siap mesti 7.30 pm.  Juga menukar tepung jagung ke tepung bestari.

Caranya mudah sangat dan tak renyah. Sesuai di masak walaupun baru balik dari kerja. Dalam setengah jam boleh siap memasak, menghidang dan mengemas dapur kembali.

Boleh klik link ini untuk mencuba resepi Mat Gebu yang sebenar

Masa Penyediaan: 5-7 minit

Masa memasak: 15 minit

Kos memasak: RM 10

Ikan siakap hanya RM 7.40 seekor. Mungkin bahan-bahan sampingan anggap RM 3 ringgit sahaja.  Jadi jumlah RM 10, untuk makan malam bersama keluarga, Ratu pilih paling kecik sekali, cukup makan untuk keluarga kecil. Makan maggi di kedai mamak pun sekarang dah RM 6.50. Fuhh, tapi kahsiatnya kurang. Jom kita lihat apa khasiat ikan siakap.

Khasiat Ikan Siakap

Ikan siakap adalah salah satu jenis ikan yang Ratu suka. Ikan siakap juga selalu menjadi hidangan yang diagap mewah di kedai atau restaurant. Bagi Ratu mewah lah, bila ada duit lebih atau hari gaji baru pilih menu ini di kedai.

Ikan siakap mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan badan. Ikan siakap adalah ikan yang rendah lemak tetapi tinggi dengan protein dan kaya dengan asid amino.

Ikan siakap juga kaya dengan asid lemak tak tepu (polyunsaturated fatty asid) seperti Omega 3 dan Omega 6. Menjadikan ikan siakap baik untuk sistem kardiovascular dan bagus untuk kesihatan jantung.

Rasa masakan

 ***

Rasa masakan seperti namanya masam2 manis. Rasanya simple sahaja, yelah barang guna pun tak banyak. Mudah disediakan, jadi harapan nak rasa mcm 5 star dan mewah, tidaklah sampai ke situ. Tapi sedap untuk makan malam dengan keluarga. Tambahan pula ikan siakap boleh memberi manfaat kepada kesihatan badan.

 

Bahan-Bahan

a) Persediaan Mnggoreng ikan

– Lada sulah

-garam

-Kunyit

-Tepung Bestari

b) Tumis kuah

– batang serai, diketuk

-3 helai daun limau purut

-Sedikit daun ketumbar ( Tambahan-Ratu suka rasa daun ketumbar)

1 biji cili merah, buang biji dan didadu

1 biji cili hijau, buang biji dan didadu

1 biji bawang besar saiz sederhana, didadu

2 ulas bawang putih, cincang halus

1/2 inci halia, cincang halus

3 camca besar sos cili Thai

1 camca besar cili kisar

Sos ikan dan gula secukup rasa

3 biji limau kasturi, perah jusnya

1/2 cawan air

Hirisan daun bawang untuk hiasan

 

Cara Penyediaan

a) Untuk Menggoreng

1. Ikan siakap yang sudah siap dicuci dilap sehingga kering dengan menggunakan tisu atau kain. Asalkan konsepnya tiada air di ikan siakap. Konsep ini penting untuk memastikan ikan siakap yang kita goreng lebih ranggup.

2. Lumurkan dengan lada suluh, garam, kunyit dan tepung bestari. Ratu suka letak sedikit kunyit walaupun sudah menggunakan tepung bestari kerana lebih nampak cantik bila digoreng dan suka rasa kunyit.

3. Goreng di dalam minyak yang panas. Untuk menjimatkan masa, sementara menunggu ikan yang sedang digoreng. Boleh sediakan bahan-bahan untuk kuah

b) Untuk kuah masam manis ala thai

1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga harum, masukkan serai titik dan cili kisar, tumis hingga cili garing. Masukkan  sos cili Thai, kacau dan masak sekejap. Masukkan air dan biar mendidih.

2.Tambah cili merah, cili hijau dan jus limau kasturi. Perasakan dengan sos ikan secukupnya, dan sedikit gula jika perlu. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Selepas matikan api tabur daun ketumbar untuk beri rasa kick ketumbar. Khas untuk peminat daun ketumbar

3. Kalau ikutkan perlu Curah kuah masam manis atas ikan dan tabur hirisan daun bawang. Tetapi Ratu jenis tak suka curah sebab nanti perlu makan segera. Ikan akan jadi tidak ranggup kerana menyerap kelembapan dari kuah. Jadi style Ratu bila nak makan baru curah ataupun asingkan kuah.

Tips

-tips penting dalam resepi kali ini, lap dengan kering ikan supaya lebih ranggup dan sedap

-Curahkan kuah apabila ingin makan, kalau curah awal-awal nanti ikan tidak ranggup dan lembik

Kesimpulan

Dengan modal hanya RM 10.00, bahan-masakan mudah ada dirumah dan dengan masa memasak hanya 30 minit. Anda boleh siapkan hidangan yang berkhasiat untuk seisi keluarga.

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top