Resipi Sihat

Resepi Pantang Ikan Bilis Asam Jawa

Resepi pantang ikan bilis asam jawa ini adalah resepi turun temurun keluarga Ratu, sebelah ibunda.  Baunya harum semerbak dan dimakan kering dengan nasi panas berasap.

Ikan bilis asam jawa ini dikatakan boleh  menaikkan seri wajah dan mengecutkan rahim. Ibu-ibu dalam pantang patut cuba kerana ianya akan membantu anda untuk cepat pulih,  dan menguruskan badan. Bahan-bahan pula amat mudah dijumpai hanya ikan bilis, bawang, kunyit, halia dan asam jawa. Malah ini adalah di antara lauk pantang  yang sangat sedap dan menyelerakan.

Khasiat Resepi Pantang Ikan Bilis Asam Jawa

Khasiat ikan bilis asam jawa tidak terhad kepada ibu berpantang sahaja, ia sesuai dimakan untuk ibu-ibu yang rasa bermasalah dengan berat badan, lesu dan kurang selera makan.  Sebulan sekali jangan lupa menikmati menu ini yang boleh dikatakan boleh  menaikkan seri wajah dan mengecutkan rahim. Walaupun bahan-bahan sangat mudah dijumpai, namun khasiatnya memang luar biasa,

Ikan bilis: Kaya dengan asid lemak Omega-3 yang berperanan penting dalam mencegah penyakit kardiovaskular dan mengelakkan pembentukan plak di dalam salur darah. Ikan bilis juga mengandungi nutrisi seperti vitamin B, kalsium dan selenium.

Kunyit: Berdasarkan kajian, kunyit dan komponen bioktifnya curcumin mempunyai sifat antiradang, antioksida dan antidiabetic. Malah mempunyai kesan antiobesiti dengan mengurangkan lipogenesis. Di mana lipogenesis ini adalah penukaran asid lemak dan gliserol kepada lemak. Sebab itu kebanyakan pantang tradisional akan menggunakan kunyit sebagai salah satu ramuan mereka. Ini penting untuk membantu anda menguruskan badan ketika berpantang.

Malah kunyit juga mempunyai sifat antihypertensive. Sesuai sangat untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Dengan sakit bersalin , kepenatan menguruskan bayi dan anak-anak yang lain.  Sedikit sebanyak mungkin ada gangguan perasaan dan cepat beremosi.

Mengapa Sesuai Untuk Wanita Berpantang

Selain daripada khasiatnya yang boleh membantu anda untuk cepat sihat dan kurus. Ikan bilis asam jawa ini juga sangat praktikal dan mudah disediakan. Ketika berpantang keluarga anda menerima bayi baru. Mungkin keluarga tidak dapat membiasakan diri lagi. Terutama untuk golongan yang sederhana, tiada orang gaji atau pembantu untuk pantang.

Ada pula ada yang ibu terlalu uzur, tidak lagi dapat membantu  berpantang. Suami pula ada yang perlu disiplin dengan urusan kerja. Bukanlah bermaksud suami tidak perlu membantu, mungkin atas urusan kerja suami hanya mampu masak sekali sehari sahaja untuk anda. Nak uruskan anak-anak yang lain pula. Jadi untuk memilih lauk pantang yang mudah dimasak, dengan bahan yang mudah dicari dan lebih tahan lama. Ikan Bilis Asam Jawa adalah penyelesaian terbaik untuk anda.

Naikkan selera makan

Lauk pantang kebanyakkan rasanya “mild”. Contohnya,  kalau makan sup ikan, Ratu perlukan sambal belacan  atau sambal kicap untuk menaikkan selera. Namun tidak digalakkan pengambilan cili api waktu berpantang. Masak asam jawa inilah antara menu yang menyelerakan bagi Ratu. Tanpa perlu sambal belacan Ratu boleh makan dengan berselera sekali.

Mudah disediakan

Penggunaan ikan bilis iaitu bahan kering sesuai waktu yang kelam kabut atau ingin menjimatkan masa.  Ikan habis stock, ikan masih beku (frozen).

Bahan yang mudah dapati

Bahan-bahan masakan ini di kedai runcit berdekatan dengan rumah pun ada.

Tahan lama

Masakan ini juga tahan lama, masak hari ini. Esok nak makan pagi nak makan ianya masih elok lagi. Resepi ini tahan lama atas faktor penggunaan ikan bilis goreng dan bahan-bahan yang mempunyai antimikrob seperti kunyit dan asam jawa. Kita boleh perhati sendiri bahan seperti kunyit dan asam jawa sekiranya tidak simpan dalam tempoh tiga hari  pun ianya masih elok. Ini kerana makanan seperti ini mempunyai antimikrob yang sendiri. Jika makanan tahan lama, mudah untuk anda makan seharian lauk tersebut. Jimat masa dan tenaga untuk masak.

Bahan-bahan Resepi Pantang Ikan Bilis Asam Jawa

Konsep penyedian resepi pantang ikan bilis asam jawa ialah mengikut nisbah 1: 2, iaitu 1 portion ikan bilis kepada 2 portion bahan-bahan lain. Kecuali untuk cili hanya nisbah 1 protion. Ini kerana cili mempunyai sifat pedas.

  • 1 cawan ikan bilis (digoreng setengah masak)
  • 1 cawan  cili merah + hijau dihiris halus (kalau bukan waktu berpantang, boleh letak cili api. Ikut kepedasan yang anda suka)
  • 2 cawan halia dimayang halus
  • 2 cawan kunyit hidup dimayang halus
  • 2 biji bawang holland dimayang halus
  • 2 labu bawang putih dimayang halus
  • 2  cawan asam jawa bancuh pekat (Ikut kemasaman sendiri, lebih masam lebih baik)

Cara Masak Ikan bilis Asam Jawa

  1. Panaskan minyak masak
  2. Tumis bahan yang dimayang halus
  3. Masukkan cili merah dan ikan bilis
  4. Masukkan asam jawa
  5. Masak sehingga  kuah agak pekat dan suaikan rasa dengan garam dan perasa.

(Segala bahan yang ada dalam masakan ini perlu dimakan sekali bagi mendapat hasil yang optimum)

*Masakan ini boleh dipelbagaikan dengan menggunakan ikan yang digoreng seperti ikan merah, tenggiri, jenahak, dan ikan masin talang)

Tips

  • ikan bilis tidak perlu digoreng hingga ranggup kerana konsep makanan ini berkuah sedikit. Untuk mengekalkan keranggupan ikan bilis selalunya masakan perlu kering. Kalau berair ianya tetap menyerap kelembapan atau air pada kuah. Ikan bilis sesuai digoreng ranggup untuk masakan seperti sambal kering ikan bilis. Kalau bersambal seperti kuah sambal nasi lemak tak praktikal untuk digoreng ranggup.
  • Rendam ikan bilis untuk membuang garam berlebihan pada ikan bilis

 

Rujukan

Omega-3 Laut Dalam

https://healthyeating.sfgate.com/health-benefits-anchovies-2748.html

https://www.nccih.nih.gov/health/turmeric

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top