Petua

Tips Hilangkan Jaundis (kekuningan) bayi anda

Pastinya kaum ibu akan risau apabila mengetahui bayi yang baru dilahirkan menghidap penyakit jaundice. Mungkin pelbagaian andaian dan fikiran negatif yang difikirkan sehingga mengganggu emosi kaum ibu sendiri. Jangan begini, penyakit jaundice boleh dikira sebagai normal berlaku kepada bayi yang baru di lahirkan. Menurut kajian, lebih separuh daripada kelahiran bayi akan menghidap penyakit jaundice (jaundis) ataupun juga dikenali sebagai kekuningan. Kebanyakkannya boleh dikesan selepas 24 jam kelahirannya. Penyakit ini juga boleh berlarutan sehingga berminggu-minggu lamanya. Jaundis boleh dikesan melalui pemerhatian visual ataupun dengan pemeriksaan darah. Walaupun ianya normal berlaku ke atas bayi, bukan lah bererti anda tidak perlu mengambil tindakan untuk merawatnya. Ianya perlu dirawat dengan segera sebelum muncul komplikasi yang lain. Jadi bagaimana anda ingin mengurang dan menghilangkan jaundis anak anda? Berikut adalah tips hilangkan jaundis bayi anda.

 Rawatan jaundis [1,2,3]

1.Susu ibu

Susu ibu adalah penyelesaian terbaik. Jadi beri sebanyak mungkin susu ibu, dimana akan meningkatkan pengeluaran bilirubin (penyebab jaundis) keluar dari badan bayi anda melalui aktiviti perkhumuhan najis. Sekiranya jaundis bayi anda bukan tahap yang merbahaya, sememangnya doktor akan hanya menasihati anda memberi susu ibu dengan sekerap dan sebanyak yang mungkin.

2.Phototerapi

Dilakukan untuk bayi yang mempunyai bacaan jaundis yang tinggi. Keputusan ini dinilai daripada analisis darah anak anda. Ianya juga bertujuan menyikirkan bilirubin dari badan bayi anda. Doktor akan memaklumkan anda sama ada anak anda sesuai ataupun tidak menjalani rawatan phototerapi.

3. Pertukaran darah

Untuk kes bacaan darah jaundice terlalu tinggi pertukaran darah perlu dilakukan. Walaubagaimanapun kes ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda mengambil tindakan sewajarnya. Apa yang penting sekali ikuti jadual pemeriksaan untuk analisis darah supaya anda dan doktor boleh berbincang dari semasa ke semasa. Jadi tindakan sepatutnya boleh diambil, sehinggalah doktor, mengesahkan jaundis anak anda sudah hilang ataupun sembuh.

Rawatan alternatif

Pernahkan anda mempunyai pengalaman untuk mengurangkan jaundis dengan kaedah tradisional atau rawatan lain, selain pemberian susu ibu? Ataupun mungkin anda sekarang ingin mencuba kaedah tradisional untuk mengurangkan jaundice anak anda. Jadi Adakah tips rawatan alternatif selain susu ibu  yang sering diamalkan oleh masyarakat kita dapat membantu anda? Adakah rawatan ini memang boleh membantu anda? atau adakah rawatan alternatif ini boleh memudaratkan bayi anda? Mari kita fikirkan bersama.

1.Susu formula

 

Segelintir masyarakat mengganggap susu formula juga dapat menolong mengurangkan jaundice bayi. Walaubagaimanapun susu formula hanya membantu bayi daripada kehilangan berat badan dan terhidrasi diatas faktor mungkin susu ibu tidak mencukupi. Bincang dengan doktor untuk memilih susu formula yang sesuai, sekiranya anda masih mahu memberikan susu formula untuk mengawal berat badan anak anda daripada terus berkurangan.

2.Susu kambing

Oleh kerana kebanyakkan menggangap susu kambing adalah susu kedua yang terbaik selepas susu ibu. Tidak bermaksud ianya sesuai untuk bayi yang baru lahir. Hal ini kerana kelemahan utama  susu kambing adalah mengandungi folat  dan vitamin B12 yang rendah, di mana folat dan vitamin B12 ini penting untuk pembentukan hemoglobin (sel darah merah) [3]. Kekurangan sel darah merah ini boleh meninggikan risiko anak anda menghidapi anemia. Tambahan pula, pada waktu ini anak anda hanya bergantung kepada susu. Jadi anak anda tidak boleh mendapat sumber folat dan vitamin B12 ini dari makanan.

Pengalaman Dr. Jamu sendiri pernah bertanyakan tentang susu kambing kepada doktor pakar kanak-kanak tentang susu kambing untuk bayi (kerana tertulis di tin untuk bayi 0-6 bulan). Jawapan doktor pakar ini ringkas; katanya tidak perlu ambik risiko, beri susu ibu sahaja.

3.Homepathy

Walaupun kebanyakkan kenalan Dr. Jamu memberi tindak balas yang positif tentang keberkesan homeopathy ini, ianya masih susah untuk ditafsirkan. Hal ini kerana, kebanyakkan homeopathy tidak memberi apa-apa maklumat tentang kandungan ubatannya. Apa yang pasti tiada kajian saintifik selain susu ibu yang dapat menghilangkan jaundis anak anda. Yang pastinya pemberian susu ibu sesuai digunakan untuk seluruh bayi didunia. Bagaimanapula homeopathy? Adakah sesuai untuk bayi anda ataupun segolongan bayi sahaja?

4.Titisan Anggur hitam & sekuang cina

Juga tiada kajian saintifik untuk kaedah ini. Jika anda masih ingin mencubanya, jangan memberi terlalu banyak untuk mengurangkan risiko yang tidak diingini.

5. Berjemur

 

Gambar sekadar hiasan

Jika anda ingin menjemur anak anda dibawah sinaran matahari.  Jemur ketika awal pagi untuk mengelakkan sinaran UV. Tutup mata anak anda juga, sebagai langkah untuk mengelak sinaran. Walaubagaimanapun fikirkan lah sama ada ianya sesuai diaplikasikan untuk anak anda, memandangkan beberapa faktor perlu diambil kira contohnya kes pencemaran udara. Walaubagaimanapun nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati agar anda tidak terus menerus mendedahkan bayi kepada cahaya pagi [3].

Mengapakah segelintir ibu mencari jalan alternative untuk mengubati penyakit jaundis anak mereka?

Kebanyakkan mereka berpendapat telah mengikuti nasihat doktor dan memberi susu ibu sebanyak mungkin tetapi masih tidak dapat menurunkan bacaan atau menurunkan bacaan jaundis dengan sedikit  sahaja.  Bawa-bawa bertenang dan cuba fikir kembali mungkin ada kesilapan anda dalam pemberian susu ibu.

Beberapa faktor perlu diambil kira;

  • Teknik penyusuan: Adakah anda mengamalkan teknik penyusuan yang betul terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali melahirkan anak. Dikuatiri anak anda sebenarnya hanya menghisap puting anda.
  • Masa penyusuan: Masa penyusuan yang singkat. Kebanyakkan bayi menghisap secara santai. Maksudnya kadang-kadang mereka tertidur, kadang-kadang mereka berhenti menghisap untuk berehat.
  • Emosi: Anda mungkin terganggu emosi dan berfikiran negatif. Mungkin ini akan mengganggu penghasilan susu anda.
  • Susu sedikit: Adalah normal untuk peringkat permulaan penyusuan adalah sedikit. Apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasinya? Contohnya massage, pengambilan makanan berkhasiat (kurma, susu, lobak putih dan lain-lain). Anda boleh mencuba apa sahaja yang diamalkan oleh orang sekeliling anda. Asalkan ianya adalah makanan berkhasiat.
  • Jamu: Elakkan pengambilan jamu buat sementara waktu. Elakkan juga pengambilan makanan seperti lada hitam, kunyit dan halia.

 

Rujukan

[1] Krych, E. H., Johnson, R. V & Cook, W. J. 2012 The Baby Experts At Mayo Clinic: Guide To your Baby’s First Year From Doctor Who Are Parents Too.First Edition page 34.

[2] https://www.nice.org.uk/guidance/CG98

[3] http://www.myhealth.gov.my/kekuningan-pada-bayi-baru-lahir/

[4]Park, Y.W. 2009. Bioactive Components in Goat Milk Bioactive Components in Milk and Dairy products. Wiley-Blackwell. 43-81

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top