Petua

Tanda badan perlukan detox

Anda sering penat dan letih? Badan pula sering tidak bermaya dan lemah. Nak kata anda bekerja kuat tidak pula, hanya membuat kerja yang rutin sama seperti sebelumnya. Tetapi kepenatan yang dirasa seperti berganda-ganda. Nak kata anda sudah tua pun tidak, masih 40 tahun kebawah. Belum ada cucu lagi, tapi penatnya mengalahkan orang tua pula.  Kulit pula semakin lama, semakin kusam. Tidak berseri dan glowing lagi.

Jangan biarkan berlarutan, mungkin badan anda terlalu banyak toksin.    Toksik yang banyak dalam badan akan mengganggu fungsi normal badan anda. Oleh itu anda perlu membuangnya dengan detox, tapi apakah tanda-tanda badan anda memerlukan detox? Ikuti tanda-tanda badan kemungkinan bertoksik seperti dibawah.

1.Tenaga

  • Kepenatan walaupun anda mendapat rehat dan tidur yang secukupnya.
  • Tidur selalu terganggu dan tidak lena
  • Kepenatan melalukan aktiviti kebiasaan yang selalu anda lakukan sebelum ini

2.Mental /Emosi/ Bahagian kepala

  • Cepat tertekan dan kemurungan
  • Mood berubah-rubah
  • Perasaan mudah bimbang
  • Pelupa
  • Susah untuk memahami konsep yang baru
  • Lambat bertindak atau berfikir
  • Migrain/ sakit kepala

Kulit

  • Kusam
  • Berkedut sebelum waktunya
  • Berjerawat
  • Menggelebeh
  • Selulit

3.Mata,hidung dan mulut

  • mata berair
  • lingkaran gelap di bahagian mata
  • resdung
  • batuk yang teruk

4.Sistem Penghadaman

  • Tidak membuang air besar setiap hari
  • Sembelit
  • Kerap membuang air kecil
  • Pedih ulu hati (Heartburn)
  • Mual dan muntah-muntah tanpa sebab khusus
  • Pengekalan air dalam badan (Water retentation)

5.Kehidupan dan tabiat pemakanan

  • Pengambilan minuman yang beralkohol
  • Merokok/Vape/Shisha/
  • Pengambilan makanan segera, makanan sejuk beku
  • Pengambilan gula yang banyak
  • Pengambilan makanan yang diperbuat daripada tepung (white flour)
  • Pengambilan makanan yang bergoreng

Jika anda mempunyai lebih daripada 10 tanda badan bertoksik, jangan tunggu lagi. Mulakan DETOX secepat mungkin.

Rujukan

M. S. Cook. 2004. The 4-Week Ultimate Body Detox Plan. John Wiley & Sons, Inc. 4-5.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top