Petua

Tips rawatan demam anak kecil di rumah

Memang risau jika bayi atau anak kecil kita demam kerana jika tidak dikawal boleh menyebabkan demam panas dan sawan. Ikuti tips rawatan ini. Semoga dapat memberi manfaat pada anda.

1.Pantau suhu badan:

Digalakkan mengukur suhu badan anak anda dengan menggunakan jangka suhu untuk ukuran lebih tepat. Jika anda tiada jangka suhu, pastikan anda sentiasa peka dengan perubahan kepanasan. Disarankan merasa kepanasan dengan tapak tangan atau pipi anda, ini kerana kulit kawasan ini lebih sensitif terhadap suhu.

2.Lap dahi dan badan:

Lap dahi dan badan anak anda dengan menggunakan tuala yang direndam dengan air paip (pada suhu bilik). Ini bertujuan untuk merendahkan dan mengawal suhu badan anak anda daripada meningkatkan naik. Anda tidak disarankan menggunakan tuala yang direndam air ais. Tindakan ini berkemungkinan menjadikan badan anak anda sejuk, menggigil dan menyebabkan suhu badannya naik kembali. Untuk tambahan, boleh juga menggunakan produk di pasaran seperti coolfever.

3. Mandi

Mandi juga dapat merendahkan suhu badan anak anda, terutamanya pada waktu tengah hari. Lagi-lagi dengan cuaca negara kita yang panas dan lembap. Tapi jangan terlalu lama atau kerap, dikuatiri masalah lain pula akan timbul seperti selsema.

4.Pakaian yang nipis

Jangan pakai, pakaian tebal untuk anak anda.

Jangan pakaikan anak anda dengan pakaian yang tebal dan menyelimutkannya. Ini akan menaikkan suhu badan anak anda, cukup sekadar pakaian yang nipis.

5.Beri susu sekerap mungkin

Beri susu ibu atau formula sekerap mungkin untuk menambahkan cecair dalam badan dan juga mengelakkan anak anda dari terhidrasi (kekurangan air)

6. Beri makanan yang mudah dihadam

Sarankan anda memberi makanan yang mudah dihadam seperti bubur nasi dan kurang berempah.

7. Temani anak anda

Bawa anak anda ke klinik/hospital dengan segera jika suhu badannya melebihi 39 ºC untuk mengelak sawan. Jadi, jangan biarkan anak anda bersendirian, supaya dapat bertindak segera untuk perkara-perkara yang tidak diingini dan memantau sendiri suhu badan anak anda. Untuk Dr. Jamu pula, memilih untuk berhati-hati apabila suhu badan sudah mencapai 38 ºC dan sedaya upaya untuk menurunkan suhu ini.

8. Ubat demam:

Dr. Jamu memang agak peka dengan perubahan suhu anak, selalunya julat suhu normal anak kecil Dr. Jamu sekitar 36.4-36. 9 ºC. Jadi jika suhu badan naik sekitar 37.1-37.3 ºC, Dr. Jamu akan mula memberi perhatian dan lakukan tips-tips diatas. Jika suhu kekal naik dan tidak dapat mengawalnya dalam tempoh 24 jam, baru lah Dr. Jamu akan rujuk doktor dan mengambil ubatan. Anda perlu pastikan, anak kecil mengambil ubat demam dengan jenis dan sukatan yang betul. Pastikan juga ubat demam anda tidak tamat tempohnya. Minta nasihat daripada doktor/profesional mengenai hal ini. Selalunya, sukatan ubat demam mengikut berat badan kanak-kanak bukannya dikira melalui umur.

9.Jangan biarkan demam berlarutan

Kebiasaannya anak anda boleh sembuh daripada demam selepas 3 hari mengambil ubatan. Jika berlarutan ataupun deman on-off, minta nasihat doktor kembali, kemungkinan besar disebabkan jangkitan.

Rujukan

1.http://www.myhealth.gov.my/demam-panas-rawatan-awal/

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top