Petua

Tips Paling Mudah Kurangkan Nafsu Makan

Anda ingin kurangkan berat badan? Tetapi terlalu sukar? Rasa semua makanan nampak sedap? Selalu ada alasan untuk tidak sanggup melihat makanan terbuang dan membazir, jadi anda ingin menghabiskannya? Ikuti tips ini supaya anda dapat kurangkan nafsu makan sekaligus dapat mengurangkan berat badan atau “maintain” mendapatkan berat badan yang ideal.

1. Minum air suam/ air kosong secukupnya

  • Minum air kosong selalu, jangan tunggu sehingga rasa dahaga. Ini mengelakkan anda terhidrasi dan rasa lapar yang berlebihan.
  • Bawa bekal air kosong kemana-mana. Contohnya cuba bayangkan anda membeli belah 2-3 jam tanpa minum dan makan. Tentunya selepas itu nafsu makan anda akan membuak-buak dan anda akan membeli apa sahaja tanpa berfikir lagi.
  • Minum air secukupnya juga mampu mengeluarkan toksin dalam badan dan mampu menjaga kesihatan anda

2.  Sarapan pagi

  • Sebaiknya sarapan pagi sejurus bangun dari tidur. Contohnya anda boleh mengambil 1-2 sudu madu atau beberapa biji kurma untuk mendapatkan tenaga yang cepat.
  • Jangan tunggu selesai semua tugas harian, seperti mandi, kemas rumah, tunggu sampai ditempat kerja dan lain-lain. Tanpa disedari mungkin masa sarapan anda sudah beranjak ke 10-11 pagi.
  • Ambil sarapan yang tinggi protein seperti telur rebus, elakkan makanan tinggi karbohidrat dan lemak seperti nasi lemak, mee goreng. Jika anda inginkan sarapan pagi seperti ini, sarankan anda hanya mengambil separuh daripada kuantiti asal.

3. Makan buah sebelum makan

 

  • Jadikan ini rutin anda, makan sepotong dua buah-buahan sebelum makan. Ini untuk memberi rasa sedikit kenyang sebelum pengambilan makanan berat

4. Jangan “skip” makan

  • Elakkan skip makan seperti sarapan atau tengah hari. Takut anda akan bertukar menjadi seperti “serigala yang kelaparan” dan susah untuk mengawal kuantiti makanan yang diambil
  • Skip makanan juga akan menyebabkan metabolisma anda berkurangan, kerana badan anda anggap anda sedang kebuluran (starvation mode)
  • Jika anda sibuk dengan tugas harian, sarankan anda mengambi buah-buahan sebagai kudapan. Walaubagaimanapun jangan terlalu berlebihan kerana buah-buahan juga tinggi kandungan gulanya walaupun ianya gula semulajadi.
  • Elakkan mengambil biskut sebagai snek, kerana kebanyakkan biskut tinggi karbohidrat, gula dan lemak. Malahan takut juga anda gagal mengawal kuantiti pengambilan.

5. Jangan beli makanan segera atau kudapan ringan

  • Elakkan pembelian makanan segera atau kudapan yang tidak berkhasiat seperti mee segera, jajan, keropok, air bergula, gula-gula dan cokelat sebagai simpanan makanan dirumah atau ditempat kerja. Pastinya anda akan menanti-nanti untuk memakannya.

6. Berkongsi makanan

  • Bukan sahaja dapat pahala bersedekah malahan anda dapat memberi makanan atau kalori kepada orang lain. Erti kata lain anda cuba merasa dan bukannya untuk makan sekenyangnya. Anda juga tiada alasan untuk membazir makanan kerana dihabiskan oleh orang lain.

7. Jangan tidur lewat

  • Jangan tidur lewat. Sedarkah anda, makin anda tidur lewat makin banyak idea anda untuk makan. Hendak cicah biskut dengan kopi lah, hendak habiskan makanan didapur lah, hendak buat lempeng dan berbagai lagi idea anda. Jadi lebih baik anda tidur.

8. Berpuasa sunat isnin dan khamis dengan rutin

 

  • Supaya anda dapat mempraktikkan amalan bersederhana & dapat mengawal diri daripada makanan.
  • Pahala pun dapat!
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top