Petua

Tips dan rutin mudah untuk putihkan gigi

Gigi yang putih berseri pastinya akan menaikkan seri wajah dan meningkatkan keyakinan diri anda. Apatah lagi jika anda seorang yang suka bergambar dan berselfie. Pastinya anda mahu setiap gambar anda dihiasi dengan senyuman putih berseri. Ikuti saranan ini jika anda ingin memutihkan gigi tanpa memerlukan kos yang tinggi.

1.Guna baking soda (sodium bicorbonate/natrium bikarbonat)

Berus gigi anda dengan campuran baking soda bersama sedikit perahan lemon (dijadikan seperti pes). Biarkan sebentar 2-3 minit, kemudian cuci gigi anda. Elakkan daripada tertelan baking soda, tapi kalau tertelan tidak mengapa. Baking soda adalah antara salah satu bahan yang selalu digunakan dalam membuat kek. Jadi tidak merbaya jika tertelan.

2.Kurangkan pengambilan minuman berwarna

Jika anda terlalu kerap mengambil minuman berwarna seperti kopi, sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi warna gigi anda. Oleh itu untuk tampil dengan gigi putih menawan, kurang pengambilan minuman ini.

3.Guna straw untuk minum

Dengan menggunakan  straw sewaktu minum, dapat mengurangkan minuman berwarna daripada bersentuh dengan gigi anda. Terutamanya untuk menjaga keputihan gigi hadapan anda.

4. Strawberi sebagai skrub gigi

Bukan muka sahaja yang perlu di skrub, tetapi gigi juga perlu diberi perhatian. Gigi yang putih pastinya akan mencantikkan gigi anda. Sekali-sekala skrub gigi anda dengan menggunakan strawberi, kerana strawberi mengandungi enzim yang boleh bertindak sebagai pemutih.

5. Tukar berus gigi

Berus gigi yang sudah lama digunakan sememangnya tidak berfungsi dengan baik lagi. Bukan sahaja tidak dapat berfungsi dengan baik, malahan mungkin sudah menjadi tempat pembiakan bakteria. Jadi apa tunggu lagi? Tukar baru berus gigi, jika sudah digunakan melebihi 3-4 bulan.

6.Bersugi

Bukan sahaja amalan Rasullullah kita, malahan kajian juga menunjukkan bersugi boleh membuang plak di gigi dan mengurangkan pengumpulan mikrobial yang menyebabkan plak [1,2].

7.Berhenti merokok

Merokok bukan sahaja merbahaya kepada kesihatan, bahkan dapat memberi kesan kepada warna gigi anda. Mereka yang merokok selalunya gigi akan menjadi lebih kuning. Jadi berhentilah merokok. Tapi Dr. Jamu rasa susah perokok tegar hendak berhenti rokok hanya sebab gigi mereka kuning. Walaubagaimanapun inilah kebenarannya, merokok akan memberi kesan kepada gigi anda.

Rujukan

  1. Batwa, M., Bergstrom, J., Batwa, S., Al-Otaibi, M., 2006. The effectiveness of chewing stick Meswak on plague removal. The Saudi Dental Journal. 18(30), 125-133.
  2. Al-Otaibi, M., Al-Harthy, M., Gustafsson, A., Johansson, A., Claesson, R., Angmar-Manson, B., 2004. Subgingival plaque microbioata in Saudi Arabianns after use of miswak chewing stick and toothbrush. Journal Clinical Periodontol. 31 (12), 1048-1053.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top