Petua

Tips mudah menghilangkan sel kulit mati di muka

Kulit kusam akan menghalang anda daripada mendapat kulit yang berseri dan cerah sampaikan make-up pun  tidak dapat menutup kulit kusam anda. Memang susah untuk mendapatkan hasil make-up yang nampak natural jika kulit sendiri bermasalah. Jadi cuba tips mudah ini untuk menghilangkan sel kulit mati di muka, dimana sekaligus akan menghilangkan kulit kusam anda. Jika anda dapat melakukan salah satu tips ini sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu secara berterusan. InsyaAllah, Dr. Jamu pasti anda akan dapat melihat perubahan yang ketara. Kulit anda akan lebih “glowing”, cerah dan nampak lebih bersih.

1. Skrub pulut hitam

Foto kredit: www. livestrong.com

  • Berkesan untuk membuang sel-sel mati di kulit muka. Ianya juga dapat mencerahkan muka jika anda konsisten mengamalkanya.
  • Caranya: Masak pulut hitam tanpa minyak diatas kuali untuk menghilangkan bubuk jika ada. Kemudian kisar dengan halus, campur dengan asam jawa dan air. Gosok pada kulit muka dan seeloknya biarkan ia sehingga kering, atau biarkan selama 5-10 minit. Akhir sekali bilas dengan air sehingga bersih

2.Masker Kulit & perahan lemon/oren

  • Lemon dan oren adalah asid lemah yang mampu menyingkirkan sel-sel mati di kulit anda
  • Caranya: Sagat kulit lemon/oren dan perah sedikit untuk mendapatkan jusnya. Gaulkan dengan gula perang atau gula pasir untuk kesan penyingkiran sel kulit mati yang berganda. Campurkan juga dengan yogurt untuk mendapatkan kulit yang lembut.

3.Skrub kopi

Foto kredit: www.appiahshut.com

  • Bukan sahaja berkesan membuang sel-sel kulit mati, malah mampu menjadikan kulit mempunyai kesan seperti “glowing”
  • Caranya:Campurkan kopi, gula pasir/gula perang dan sedikit minyak zaitun. Letakkan sedikit air untuk memudahkan anda mengosoknya di muka. Seeloknya biarkan ia sehingga kering. Cuci muka anda dengan pencuci muka kerana penggunaan minyak zaitun boleh menyebabkan muka anda berminyak selepas penggunaan. Akhir sekali bilas dengan air sehingga bersih.

4.Minyak badam dan gula pasir

Foto kredit: www.healthline.com

  • Anda juga boleh menggantikan dengan minyak zaitun untuk menyingkirkan sel-sel mati.
  • Caranya: Campurkan minyak badam dan gula pasir dengan nisbah 1:1. Kemudian gosok dimuka dan biarkan selama 5-10 minit. Untuk keselesaan, cucilah muka dengan pencuci muka untuk menghilangkan lebihan minyak badam.

5.Teh hijau

Foto kredit: www.healthline.com

  • Jangan buang saki baki hampas minuman teh hijau anda kerana ianya masih boleh digunakan lagi. Teh hijau juga boleh membantu anda mengurangkan lingkaran hitam di mata
  • Caranya: Saki baki hampas teh hijau dicampurkan dengan gula pasir atau gula perang. Perahkan sedikit limau/lemon jika ada. Gosok dimuka, biarkan selama 5-10 minit dan bilas dengan bersih

6. Masker Kentang

Foto kredit: www.agbazaar.com

  • Kentang bukan sahaja boleh menghilangkan kulit kusam, malah membantu anda untuk mencerahkan kulit. Ianya juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat di muka.
  • Caranya: Kupas kulit kentang terlebih dahulu dan sagat kentang anda. Kemudiankan tempelkan ke atas muka anda dan biarkan sehingga kering.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top