Petua

Tip paling cepat dan mudah pekatkan bubur atau puree anak kecil anda

Pernahkah anda mengalami situasi bubur atau puree yang dihasilkan terlalu cair, sehingga sukar untuk diberikan kepada anak anda? Nak ubah resepi atau tambah bahan-bahan mentah lain, seperti tidak menyempat. Memandangkan anak anda sudahpun menjerit kelaparan.

Bubur nasi bersama anggur (stim), tetapi tercair pula

 

Pekatkan bubur anda, dengan mencampurkan bijirin bayi

Ini cadangan Dr. Jamu kepada para ibu bapa yang mungkin mengalami masalah seperti ini. Cara yang paling mudah dan cepat dengan campurkan bubur anda dengan bijirin bayi. Ini dari pengalaman Dr. Jamu sendiri, ada harinya tidak efisien dan tersilap langkah untuk menghasilkan bubur bayi dengan kepekatan yang sepatutnya. Dengan menggunakan bijirin bayi seperti HappyBABY, anda boleh mengubah kepekatan bubur atau puree mengikut kesesuaian anda.

    
Organik bijirin bayi

Bayi anda juga, boleh mendapat nutrisi lebih seperti zat besi, vitamin D dan sebagainya.  Contohnya, dimana zat besi sangat penting untuk mengelakkan bayi anda daripada anemia (kekurangan zat besi). Lagi-lagi, jika hidangan yang anda sediakan hari tidak mengandungi zat besi secukupnya. Semoga bermanfaat perkongsian ini.

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top