Selalunya tahi lalat tumbuh selepas kelahiran. Faktor terdedah kepada cahaya matahari adalah diantara faktor utama. Walaubagaimanapun ada mereka yang mempunyai tahi lalat dengan kadar yang banyak sejak lahir lagi. Contohnya gadis ini, Evita Patcey Edgar Delmundo mempunyai tahi lalat yang banyak sejak kelahirannya (tanda lahir) dan yakin dengan keunikkannya. Malah beliau berjaya disenaraikan sebagai calon Miss Universe Malaysia 2018. Menurutnya atas nasihat doktor pakar, beliau tidak sesuai untuk membuang tahi lalat kerana ianya terlalu banyak dan boleh memudaratkan kesihatan. Malah, tahi lalat yang dimiliki Evita hanyalah tahi lalat jenis biasa. Sumber maklumat mengenai Evita: www.mstar.com.my

Evita-Calon Miss Universe Malaysia 2018
Walaubagaimanapun perlu peka dan awasi terhadap perubahan tahi lalat anda, lagi-lagi ianya bukanlah tanda kelahiran. Perhatikan perubahan ini, kerana jika ianya hidup ataupun sentiasa berubah mungkin ia adalah melanoma yang boleh membawa kepada kanser kulit. Jumpalah doktor untuk nasihat dan pandangan mengenai perubahan tahi lalat anda. Tanda-tanda melanoma, di antaranya ialah [1]:
1. Tidak simetri

Image: www.cancernetwork.com
Tahi lalat anda tidak simetri, iaitu tidak sama bentuk atau ukurannya. Jika anda cuba membuat garisan tengah merintasi tahi lalat, anda tidak dapat membahagikannya dengan sama bahagian.
2. Sempadan yang tidak teratur

Image: www.cancernetwork.com
Sempadan tahi lalat yang tidak teratur, di pinggir atau hujung tahi lalat berkeluk atau bertakuk
3. Banyak warna

Image: www.cancernetwork.com
Tahi lalat yang mempunyai banyak warna, seperti dalam gambar. Ada yang berwarna hitam, kemerahan dan perang. Ataupun tahi lalat anda berubah warnanya.
4. Besar

Image: www.cancernetwork.com
Tahi lalat yang besar, iaitu diameternya melebihi 6mm.
5. Sentiasa berubah

Image: www.cancernetwork.com
Perhatikan setiap perubahan yang berlaku pada tahi lalat anda, dari segi bentuk, warna atau makin membesar. Juga boleh diikuti dengan pendarahan
Rujukan
[1] http://www.cancernetwork.com/articles/abcdes-moles-and-melanomas
