Resipi Sihat

Resepi Pasta Bayi

Resepi Pasta Bayi khas untuk anda yang buntu untuk menyediakan makanan untuk bayi.  Siapa yang pernah mengalami situasi buntu memikirkan menu apa untuk dihidangkan kepada bayi anda, boleh lah geng dengan Cik Belle. Hampir setiap hari si kecil dihidangkan dengan bubur bersama sup ayam ataupun ikan, kita yang menyediakannya pun terasa bosan. Hehe. Jadi sekali sekala, boleh lah anda tukar selera sikit, hidangkan pasta bayi untuk si kecil. Caranya sangat mudah. Boleh disediakan dalam masa 20 minit saja.

Pasta ini Cik Belle beli melalui Shopee. Jenama Eatalian Vege Express. Produk bumiputera, tanpa pengawet dan garam. Ia dibuat daripada pelbagai sayur-sayuran seperti brokoli, labu, lobak, kubis bunga, ubi bit dan lain-lain lagi. Sebab tu ia berwarna-warni.

Bahan-bahan untuk resepi pasta bayi

1. Brokoli

2. Lobak

3. Isi ayam

4. Bawang putih

5. Minyak zaitun

6. Keju Cheddar

7. Pasta

8.  Chicken bone broth

Cara-caranya:

1. Rebus pasta di dalam air yang mendidih selama 3-4 minit. Asingkan pasta yang siap direbus ke dalam bekas.

2. Tumiskan bawang putih bersama minyak zaitun. Setelah naik bau, masukkan isi ayam yang dipotong dadu.

3. Masukkan chicken bone broth dan biarkan seketika sehingga mendidih.

4. Masukkan lobak dan brokoli. Masak sehingga keduanya empuk.

5. Masukkan pasta yang siap direbus bersama keju. Tambah lagi air jika perlu.

6. Gaul seketika dan matikan api.

7. Siap untuk dihidangkan.

Anak Cik Belle sangat suka pertama kali makan pasta ini. Memang sedap, rasanya seperti Mac & Cheese. Cik Belle selalu masak lebih, boleh tumpang makan sekali. Haha.

Anda boleh juga boleh variasikan resepi ini dengan memasukkan daging sebagai pengganti ayam dan juga sayur yang lain. Jika bayi anda belum boleh makan makanan yang bertekstur agak kasar, boleh dikisar dahulu sebelum dihidangkan kepada bayi.

Selamat mencuba!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top