Informasi

Khasiat Ulam Raja

Khasiat Ulam Raja untuk entry kali ini adalah sebab Ratu gemar dengan rasa ulam ini. Ianya tidak pahit  dan makan terus tanpa perlu direbus. Khasiat ulam raja, khas untuk anda semua supaya lebih bersemangat untuk makan ulam-ulaman.

Ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus adalah antara ulam popular di Malaysia yang berasal daripada  Amerika Tengah [1] . Ia juga dikenali sevagai kenikir di Indonesia. Ulam raja di makan seperti salad, di mana pengambilanya tanpa perlu rebus atau di masak terlebih dahulu. Ulam raja senang di dapati dan senang untuk ditanam, menjadikan ianya sebagai sumber makan yang berkhasiat yang murah. Malah ulam raja,  di gunakan sebagai pembuka selera [9]. Hal ini kerana, dalam banyak-banyak ulam, ulam raja di antara ulam yang paling disukai ramai kerana rasa  dan baunya. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai ciri fizikal ulam raja, KLIK DISINI

Di antara khasiat ulam raja yang ramai tidak tahu antaranya ialah tinggi antioksida.  Kaum wanita pasti menyukai manfaat ini kerana dengan antioksidan boleh melambatkan penuaan. Ramai yang beranggapan tinggi kandungan antioksida banyak pada buah-buahan yang berwarna seperti beri, anggur dan sebagainya. Kelebihan utama ulam raja berbanding buah-buahan  sebagai sumber antioksida adalah kerana  kandungan gula yang rendah berbanding buah-buahan.  Ini menjadikan  ulam raja sesuai diamalkan untuk setiap lapisan  golongan termasuklah pesakit diabetes.

Bila dah sakit kencing manis, diabetes ini nak makan buah-buahan pun kena berkira-kira. Bukan boleh main hentam sahaja, kerana buah juga mempunyai kandungan gula yang tinggi. Padan lah kan, diet cara Atkins tak membenarkan pengambilan buah dalam diet mereka

 

Komposisi nutrien

Secara amnya, 100 g ulam raja mengandungi protein (2.9 g), karbohidrat (0.6 g), lemak (0.4 g) dan air (93.1 g) yang memberi tenaga sebanyak 18 kcal. Di samping itu, ulam raja kaya juga dengan vitamin dan mineral. Di mana mengandungi Vitamin C (64,6 mg), Vitamin B1 (0.13 g), Vitamin B2 (0.24g) dan carotene (3568 μg). Untuk mineral pula, ulam raja mengandungi kalium (426 mg), kalsium (270 mg), phosphorus ( 37 mg), magnesium (50 mg), Zat besi (4.6 mg), Zink (0.9 g), natrium (4.0 mg) dan copper (0.2 g).

Khasiat Ulam Raja

Jom ketahui khasiat ulam raja yang sememangnya akan memberi banyak manfaat untuk anda, bukan sahaja mempunya banyak jenis nutrisi yang penting malah mempunyai manfaat yang lain seperti;

1. Tinggi kandungan antioksida

Ulam raja mengandungi pelbagai sebatian fenolik seperti proanthocyanidin, asid klorogenik, quercertin dan derivatifnya, dimana sebatian-sebatian ini telah dilaporkan sebagai antioksidan yang baik [2] . Kajian menunjukkan ulam raja mempunyai kapasiti antioksida yang sangat tinggi iaitu lebih kurang 2400 mg L-asid askorbik bersaman kapasiti bagi setiap 100 g sampel [1] dan rujuk Rajah 1. Menurut kajian lagi, ulam raja mempunyai lebih 20 jenis antioksida.Pentingnya antioksida ini  kerana ianya boleh membantu melawan penyakit yang dikaitkan dengan penuaan, kanser dan sakit jantung [4-5].

2. Khasiat Ulam Raja Untuk Kesihatan

Kesihatan tulang

Kebiasanya ramai yang akan berfikir pengambilan susu baik untuk tulang. Percaya atau tidak, ulam raja juga boleh dijadikan sebagai salah satu sumber untuk menndapatkan kalsium. Malah, dilaporkan boleh merangsang pembentukan tulang [6]. Kajian juga mendapati ulam raja berpotensi untuk dijadikan sebagai rawatan alternatif bagi membaik pulih kerosakan tulang di kalangan wanita yang telah putus haid (postmenopause)  [7].

Diabetes

Sebagai antidiabetic [14] dan antara ulam yang digunakan secara traditional untuk merawat pesakit diabetes [15]. Malah kajian  juga membuktikan ulam raja boleh digunakan sebagai terapi dalam meembantu merawat penyakit diabetes [16].

Anti-kanser

Khasiat ulam raja boleh bertindak untuk mengelakkan penyakit kanser. Ini kerana adanya sebatian Quercitrin, iaitu salah satu sebatian yang terkandung di dalam ulam raja [10]. Ianya berpotensi  bertindak sebagai agen anti-kanser bagi melawan penyakit kanser paru-paru [11].

Khasiat Ulam Raja Untuk peredaran darah

Sebagai rawatan tradisional untuk membantu memperbaiki peredaran darah [8].

3. Khasiat Ulam Raja Untuk Kecantikkan Kulit

Quercitrin yang bertindak sebagai antioxidant juga didapati boleh melindungi kerosakan oksidatif yang disebabkan pendedahan kepada sinaran ultraviolet B (UVB, 280-320 nm) [12].  Pendedahan kulit kepada sinaran ini  akan menyebabkan kerosakan kulit seperti selaran matahari (sunburn), penuaan, dan kanser kulit [13].

Penuaan dan kerosakan kulit, selalunya dipandang serius oleh kaum wanita, jadi boleh mengamalkan ulam raja untuk kulit kekal sihat dan cantik. Anda juga boleh mengamalkan minum jus pegaga untuk melewatkan proses penuaan dan pengambilan hyaluronic acid untuk melembapkan kulit

Kesimpulan

Ulam raja terbukti mempunyai pelbagai khasiat, bukan sahaja untuk kesihatan. Malah boleh mencantikkan diri dengan kulit yang lebih sihat. Pendek kata, dengan harga yang murah, mudah didapati dan penyediaan makanan yang mudah. Terus boleh dibuat salad, menjadikan ulam raja perlu dijadikan menu untuk seisi keluarga.

 

-Selamat Mencuba-

 

Rujukan

Cheng et al. 2015. Potential medicinal benefits of Cosmos caudatus (Ulam Raja): Scoping review. Journal of Research in Medical Sciences 20 (10):100

[1]Shui et al. 2005. Rapid screening and characterisation of antioxidants of Cosmos Caudatus using liquid chromatography coupled with mass spectrometry. Journal of Chromatography B; 127-138

[3] Andarwulan et al. 2010. Flavonoid content and antioxidant activity of vegetables from Indonesia. Food Chemistry. 121: 1231-1235

[4] Ames et al. 1993. Oxidants, antioxidants and the degenerative disease of aging. Proceeding of the National Academy of the United States of America. 90(17): 7915-7922

[5] Halliwell, B. 1996. Antioxidants in human health and disease. Annual Review of Nutrition. 16: 33-50

[6]Ismail S. 2000. Sayuran Tradisional Ulam dan Penyedap Rasa. Bangi; Universiti Kebangsaan Malaysia.

[7] Mohamed et al. 2013. The effects of Cosmos caudatus (ulam raja) on dynamic and cellular bone histomorphometry in ovariectomized rats. BMC Researh Notes, 6: 239

[8] Shui et al. 2005. Rapid screening and characterization of antioxidants of Cosmos caudatus using liquid chromatography coupled with mass spectrometry. Journal of Chromatography B. 827: 127-138.

[9] Andarwulan et al. 2012. Polyphenol, carotenoids and ascorbic acid in underutilized medicinal vegetables. Journal of functional foods. 339-347.

[10] Reihani et al. 2016. Total phenolic content and antioxidant activity of ulam raja (Cosmos caudatus) and quantification of its selected marker compounds: Effects of Extraction. International Journal of Food Properties

[11] Cincin et al. 2014. Molecular mechanisms of quercitrin-induced apoptosis in non small cell lung cancer. Archives of Medical Research. 45; 445-454

[12] Yin et al. 2013. Quercitrin protects skin from UVB-induced oxidative damage. Toxicology an Applied Pharmocology. 89-99

[13] Fisher et al. 1996. Molecular basis of sun-induced premature skin ageing and retinoid antogonism. Nature 379, 335-339.

[14] Perumal et al. 2014. Effect of Cosmos caudatus Kunth leaves on the lipid profile of a hyperlipidemia-induced animal model. Journal of Food Chemistry and Nutrition. 2(1): 43-51.

[15] Sekar et al. 2014. Ten commonly available medicinal plants in Malaysia used for the treatment of diabetes-a review. Asian Journal of Pharmeceutical and Clinical Research. 7(1)

[16]Cheng et al. 2016. Effect of Cosmos caudatus (Ulam raja) supplementation in patients with type 2 diabetes: Study protocol for a randomized controlled trial. BMC Complementary and Alternative Medicine, 16:84

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top