Informasi

Kesan Pengambilan Minuman Teh Hijau Untuk Wanita Mengandung

Teh hijau kerap diambil sebagai minuman kesihatan dan minuman detox. Ini kerana ia mempunyai sifat antiradikal [1] dan sering diambil bagi mengelak obesiti, tekanan dan penyakit diabetes [2].  Walaubagaimanapun tidak bererti minuman teh hijau ini sesuai untuk semua golongan, terutamanya untuk wanita hamil. Cuba ELAKKAN PENGAMBILAN TEH HIJAU KETIKA HAMIL.

Kesan pengambilan teh hijau untuk wanita hamil [3]

1. Nueral-tube defect (NTD) atau kecacatan pada bayi

Kajian menunjukkan pengambilan teh hijau satu atau dua cawan setiap hari pada trimester pertama boleh meningkatkan risiko bayi dengan neural-tube defects. Hal ini kerana teh hijau akan mengganggu badan daripada menyerap folat dan asid folik.

2. Gangguan ujian diabetes

Teh hijau boleh mengganggu analisis darah dengan memberi bacaan tidak tepat dan salah apabila ujian diabetes dilakukan. Jika keputusan yang salah, agak sukar pihak doktor dan anda sendiri untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. 

Rujukan

1.J.K.V. Thawonsuwan, S. Satoh, A. Panigrahi, V. Verlhac. 2010. Epigallocatechin-3-gallate (EGCG) affects the antioxidant and immune defense of the rainbow trout, Oncorhynchus mykiss. Fish Physiology and Biochemistry. 36(3), 687-679.

2. N. Khan, H. Mukhtar. Tea polyphenols for health promotion. 2007. Life Science. 81 (7), 519-523

3. Schuler. J & Curtis G.B. Your Pregnancy Week By Week. 2016. Da Capo Press. 8th Edition, 35.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top