Informasi

Asid folik dan wanita hamil

Asid folik adalah salah satu jenis vitamin B, iaitu B9 dan pengambilannya sering dikaitkan untuk wanita hamil. Malah anda dinasihatkan mengambilnya sebelum merancang kehamilan lagi kerana vitamin ini sangat penting untuk mengelakkan kecacatan bayi  seperti  sumbing dan neural tube defects [1,2]. Sebagai contoh,  pihak Norwegian National Nutrition Council menyarankan agar semua wanita hamil atau ingin hamil mengambil 400 mcg asid folik setiap hari, iaitu  sebulan sebelum merancang kehamilan dan teruskan pengambilannya sepanjang 3 bulan pertama kehamilan[3].

Asid folik- Penting Untuk Wanita Hamil

Apa yang merungsingkan neural tube defects boleh berlaku ketika permulaan kehamilan, dan kerap kali berlaku sebelum anda disahkan mengandung lagi. Jika bayi anda telah disahkan mengalami kecacatan ini, ianya susah untuk diubati walaupun sebanyak mana asid folik yang diambil selepas kecacatan berlaku.  Bak kata pepatah ” Preventation is better than cure”. Oleh itu Dr. Jamu sangat mengalakkan wanita diluar sana untuk mengambil vitamin asid folik sebagai makanan tambahan. Tambahan pula akibat proses perkhumuhan asid folik tidak dapat disimpan di dalam tubuh wanita mengandung untuk jangka masa yang lama. Sebab itu, wanita mengandung perlu mengambil asid folik setiap hari.

Neural tube defects salah satu jenis kecacatan bayi

Walaupun anda sudah mengamalkan, pengambilan folik asid. Jangan lupa untuk mengelakkan makanan yang boleh mengganggu penyerapan asid folik dalam badan, contohnya teh hijau. Perokok dan perokok pasif juga akan mengurangkan kadar resapan folik asid dalam badan. Maka hentikan tabiat merokok dan hindari perokok dan asap rokok [4]. Rugilah, anda sudah mengambilnya tetapi tubuh masih gagal menyerap asid folik  sepenuhnya.

Kredit: http://toronto.citynews.ca

Juga digalakkan mengambil folat iaitu  asid folik yang boleh didapati secara semulajadi di dalam makanan. Beza antara folat dan asid folik ialah, folat boleh didapati secara semulajdi didalam makanan seperti buah-buahan, kacang soya, kekacang dan sayuran. Manakala asid folik disintesis oleh manusia (man made). Malah, jika anda sedar asid folik juga boleh didapati daripada makanan yang telah diubah suai  (makanan ditambah nilai nutrisi). Contohnya makanan seperti bijirin sarapan, roti dan pasta. Anda boleh mengetahuinya dengan membaca label makanan yang dibeli. Rajin-rajinkan diri anda untuk membaca label makanan!!

Kredit: http://healthymagazine.com

Anda boleh mengambil suplemen ini 3 bulan sebelum merancang kehamilan dan meneruskannya sepanjang kehamilan. Tidak rugi pun jika anda mengambil supplemen ini lebih awal dan meneruskanya sepanjang kehamilan. Hal ini kerana vitamin ini boleh mengelakkan anemia, malah boleh mengurangkan hypertension dan preeclampsia semasa kehamilan [5]. Dr. Jamu sememangnya mengalakkan anda mengambil suplemen asid folik  ini walaupun anda sebenarnya boleh mengambilnya daripada sumber semulajadi. Mengapakah wanita hamil disarankan mengambil makanan tambahan asid folik?

 

Asid folik juga boleh mengurangkan preeclampsia

Rujukan

  1. Kelly, D., O’Dowd, T., Reulbach, U. 2012. Use of folic acid supplements and risk of cleft lip and palate in infants: a population-based cohort study. The British Journal of General Practise. 62 (600): e466-72
  2. Chen, G., Song, X., et al. 2008.  Prevention of NTDs with periconceptional multivitamin supplementation containing folic acid in China. Birth Defects Research. Part A, Clinical And Molecular Teratology; 82 (8): 592-6
  3. The Norwegian Directorate of Health (1998)
  4. Schuler. J & Curtis G.B. Your Pregnancy Week By Week. 2016. Da Capo Press. 8th Edition, 34
  5.  Maria, P.G., et al. 2017. Folic acid supplement use and the risk of gestational hypertension and preeclampsia. Women and Birth
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top