Informasi

Wanita hamil dan asid folik

Wanita hamil dan asid folik sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kebanyakkan wanita akan mula mengambil berat tentang asid folik ini ketika sedang merancang untuk hamil.  Ataupun mungkin selepas disahkan kehamilan.

 

Jika anda adalah golongan ini, bagi Dr. Jamu ini adalah masa terbaik untuk anda mula mengambil vitamin asid folik. Walaubagaimanapun ada yang mempersoalkan mengapa makanan tambahan ini perlu diambil, jika kita boleh mendapatkannya  daripada sumber makanan semulajadi? Ini mungkin jawapan untuk anda;

Apa itu asid folik?

Untuk pengetahuan anda, asid folik adalah yang disintesis oleh manusia, manakala ianya dikenali sebagai folat jika daripada sumber semulajadi.

Mengapa wanita hamil perlu mengambil makanan tambahan asid folik?

Cara hidup

Kemungkinan anda tidak mempunyai masa atau tabiat pengambilan makanan sihat setiap hari. Untuk wanita hamil, pastinya perkara ini akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Tak boleh lah, ada hari mengamalkan pemakanan sihat. Ada kalanya sibuk, sampai tak sempat makan. Jangan begini, kerana akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Jika anda mengambil makanan tambahan, anda tidak perlu risau lagi jika ada harinya anda terlupa atau sibuk untuk mengamalkan pemakanan seimbang.

Jumlah folate yang diambil

Jika anda hanya ingin bergantung daripada sumber semulajadi. Ianya agak sukar. Kerana tanpa bantuan professional ataupun ilmu pengetahuan yang lengkap sukar untuk anda menentukan kandungan folate dalam makanan. Contohnya jika Dr. Jamu tanya, berapakah kandungan folat dalam segelas susu soya? Sukarkan untuk menjawab. Lagipun Dr. Jamu sendiri tidak tahu jawapannya. Senang cerita ambil makanan tambahan. Sudah tertulis berapa kandungan asid foliknya

Morning sickness & tidak selera makan

Sesetengah wanita mengalami morning sickness yang teruk, sehinggakan ada yang tidak berselera untuk makan. Jika kurang makan, dimana pula anda ingin mendapat sumber folat? Maka ambil makanan tambahan asid folik untuk memastikan anda mendapat vitamin ini secukupnya.

Tiada kesan negatif

Kajian menunjukkan pengambilan supplement folik asid ketika hendak merancang kehamilan atau ketika hamil tidak mendatangkan kesan negatif [1]. Walaubagaimanapun minta nasihat doktor untuk pengambilan jangka masa panjang, lebih-lebih lagi mengambilnya bukan sebab untuk  persediaan mengandung atau semasa kehamilan.

Kesimpulannya

Pengambilan asid folik sebagai makanan tambahan untuk memastikan anda dan bayi di dalam kandungan mendapat vitamin ini secukupnya. Sebab, pastinya ada hari-hari yang kita lalai atau terlupa untuk memastikan badan kita atau bayi mendapatkan nutrisi yang sepatutnya. Kalau tanpa bayi, mungkin tidak mengapa ada tempohnya kita lalai. Tapi sebagai ibu bapa pastinya kita berharap bayi yang dilahirkan cukup sifat dan sihat. Ini adalah salah satu cara kita berusaha, bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Walaubagaimanapun janganlah kerana sudah mengambil makanan tambahan, langsung tidak mahu mengamalkan makanan yang sihat.

Rujukan

Mortensen, J. H. S., Øyen, N., Fomina, T., Melbye, M., Tretli, S., Emil, S. & Bjørge, T. 2015. Supplemental folic acid in pregnancy and maternal cancer risk. The International Journal of Cancer Epidemiology, 39(6), 805–811.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top