Informasi

Kesan Pengambilan Kafein Terhadap Kehamilan

Minuman seperti kopi dan teh sememangnya menjadi kegemaran rakyat kita. Walaubagaimanapun untuk wanita hamil anda tidak disarankan lagi untuk mengambil minuman seperti ini kerana ianya mengandungi kafein. Malah hampir 25 tahun sudah disyorkan oleh Food and Drug Administration (FDA) untuk menghidari pengambilan kafein bagi wanita hamil. Ini kerana pengambilan kafein membawa pelbagai kesan buruk terhadap perkembangan bayi anda. Berikut adalah kesan kafein terhadap bayi anda.

  1. Keguguran di awal kehamilan
  2. Kekurangan berat badan
  3. Berkepala kecil
  4. Mengalami masalah pernafasan
  5. Kerencatan akal
  6. Fizikal bergetar-getar (jittery)

Untuk maklumat anda bukan sahaja kopi dan teh mengandungi kafein, malahan ada sesetengah minuman dan makanan yang telah ditambah dengan kafein seperti

  • Cokelat
  • Coco
  • Minuman bergas
  • Gula-gula berperisa
  • Ubat-ubatan (pain relief tablets)

Oleh itu sebagai langkah-langkah berhati-hati, bacalah dahulu label makanan/minuman yang anda beli. Elakkan sebarang risiko yang boleh membahayakan bayi anda.

 

Rujukan

Schuler. J & Curtis G.B. Your Pregnancy Week By Week. 2016. Da Capo Press. 8th Edition, 137.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top