Resipi Sihat

Jus delima Dan Khasiat

Jus Delima dan khasiat, khas untuk anda yang ingin variasi air minuman. Minum air kosong sahaja juga boleh bosan jadinya. Daripada membeli air minuman berperisa yang bergula tinggi. Ada baiknya anda mencuba resepi jus delima ini, kerana terlalu banyak khasiatnya.

Buah Delima

Buah delima atau dikenali sebagai pomegranates dalam bahasa Inggeris, adalah buah yang rendah kalori dan lemak. Namun mempunyai fiber yang tinggi, vitamin dan mineral.

Buah delima boleh terbahagi kepada tiga bahagian yang utama iaitu biji (anggaran 3% daripada berat buah delima), jus (anggaran 30% daripada berat buah delima) dan kulit yang bukan sahaja kulit luar, malah rangkaian dalaman membran.

 

Kredit: https://healthynibblesandbits.com/how-to-make-pomegranate-juice/

Jus Delima dan Khasiat

Berikut adalah khasiat dan manfaat delima kepada kesihatan kita

1. Tinggi dan kaya dengan pelbagai nutrisi

Delima adalah buahan yang memberi sumber fiber yang sangat baik. Dapat membekalkan nutrien yang bermanfaat untuk kesihatan badan seperti folat, vitamin C, E, B dan K. Juga mineral seperti potassium, sodium dan zat besi [1]. Delima  kaya dengan sumber sebatian fenolik, alkaloid, triterpena dan sterol. Juga kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega 5 punicic acid [2]

Di antara major aktif komponen adalah seperti pecahan polifenol seperti ellagitanins yang baik untuk kesihatan manusia.  Ellagitannins ini  boleh didapati dalam bentuk jus atau ekstrak delima. Oleh itu, jus delima ini memang berbaloi untuk diamalkan untuk menjaga kesihatan anda sekeluarga.

2. Tinggi  antioksida

Malah, buah delima  mempunyai antioksida yang tinggi yang mampu melindungi sel-sel badan daripada rosak (oxidative damage) , sekaligus mengurangkan risiko daripada mendapat tumor ataupun infeksi dan mengelakkan penuaan [2-3].   Sebatian seperti anthocyanin, derivatif asid elargik dan tannin dikesan di dalam jus delima, di mana sebatian ini lah yang memberi sifat antioksida. Kajian juga mendapati kandungan antioksida jus delima, adalah tiga kali ganda lebih daripada wine merah dan teh hijau [4].

3.  Jus delima boleh mengelakkan kanser

Yang paling  menariknya,  delima ini ia dikatakan mampu menghindari aktiviti kanser [5]  dan memperlahankan perkembangan (progress) penyakit kronik [6], melambatkan pertumbuhan sel kanser prostat  [7]

4. Untuk elak penyakit merbahaya

Kajian keatas manusia jugak mendapati delima menunjukkan kesan antiatherogenic (mengelakkan pembentukan lemak di arteri), antihypertensive (mengelakkan tekanan darah tinggi) dan anti-inflammatory (mengelakkan keradangan) [8].

Resepi Jus Delima

Jus delima ini sangat mudah dibuat. Walaupun kosnya nampak tinggi iaitu di antara RM 5-10. Namun khasiatnya banyak. Jika di bandingkan air boba, air perisa tiruan yang bergula tinggi. Harga air seperti ini, selalunya bermula dengan RM 7. Jika di bandingkan pastinya jus delima ini jauh lebih bernilai.

Masa Penyediaan: 1-2 minit

Rasa: Masam manis

Kos: Kos sebiji Delima dalam anggaran RM 5-RM 10.

Bahan-bahan

  • 1-2 biji delima (bergantung kepada saiz)
  • Air segelas

Cara penyediaan Jus Delima

  • Kupas buah delima, masukkan ke dalam pengisar dan tapis hampas untuk mendapatkan jusnya
  • Mudah sahaja, boleh rujuk pada video ini
  • Minum segera

 

Rujukan

[1] https://en.wikipedia.org/wiki/Pomegranate

[2] Li et al. 2006. Evaluation of antioxidant properties of pomegranate peel extract in comparison with pomegranate pulp extract. Food Chemistry. 96 (2): 254-260

[3] Joshi et al. 2010. Chemical constituents of asparagus. Pharmacognosy Riviews. 4 (8): 215

[4] Erim, F. B. & Kalacioglu, Z. 2016. Total phenolic contents, antioxidant activities and bioactive ingredients of juices from pomegrante cultivars worldwide. Food Chemistry. 221: 496-507

[5]Turrini, E., Ferruzzi, L., & Fimognari, C. (2015). Potential effects of pomegranate polyphenols in cancer prevention and therapy. Oxidative Medicine and Cellular Longevity, 2015, 1–19

[6]Faria, A., & Calhau, C. (2010). Chapter 36-pomegranate in human Health: An overview.In Bioactive foods in promoting health; 551-563

[7] Deng, Y., Li, Y., Yang, F., Zeng, A., Yang, S., Luo, Y., Zhang, Y. 2017.The extract from Punica granatum ( pomegranate ) peel induces apoptosis and impairs metastasis in prostate cancer cells. Biomedicine  & Pharmacotherapy, 93, 976–984.

[8] Gil et al. 2000. Antioxidant activity of pomegrante juice and its relationship with phenolic composition and processing. Journal of Agriculture and Food Chemistry. 48: 4581-4589.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top