Informasi

Kelebihan & Cabaran Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan susu ibu sememangnya digalakkan  pemberiannya kerana memberi kesan positif bukan sahaja kepada bayi malah ibu bayi juga. Penyusuan susu ibu digalakkan oleh Islam seperti terkandung dalam ayat Al-Quran (2:233).  Malah kajian saintifik  menyarankan perkara yang sama iaitu penyusuan susu ibu seboleh-bolehnya sehingga bayi mencapai umur 2 tahun.

Kebaikan kepada bayi

1. Nutrisi yang lengkap: Susu ibu mengandungi nutrisi dan jumlah nutrisi yang lengkap. Ia mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral untuk pembesaran, penghadaman dan perkembangan mental anak anda. Malahan susu ibu sentiasa berubah komposisinya mengikut perubahan umur anak anda. Ini bermakna  nutrisinya sesuai untuk perkembangan anak anda.

2. Melindungi anak anda dari penyakit: Kajian menunjukkan susu ibu mengandungi antibodi yang boleh menolong anak anda untuk melawan penyakit normal kanak-kanak dan mengurangkan peratus anak anda untuk jatuh sakit. Contohnya seperti demam, jangkitan pada telinga, jangkitan pada saluran kencing (urinary tract infections). Malahan masalah seperti asma, alahan makanan/minuman (susu formula), kulit (eczema) dapat dikurangkan.  Penyusuan susu ibu juga berkemungkinan dapat mengelakkan kejadian bayi meninggal secara tiba-tiba (Sudden Infant Death Syndrome, SIDS) dan mengurangkan risiko menghidapi penyakit leukimia.

3. Susu ibu mudah dihadam: Susu ibu mudah dihadam berbanding susu formula. Susu ibu dapat mengurangkan risiko kembung perut dan masalah sembelit. Masalah cirit birit juga daoat diatasi memandangkan susu ibu boleh membunuh germs yang menyebabkan cirit birit. Malahan susu ibu dapat menolong bayi anda untuk sistem penghadamnya berkembang dan berfungsi.

Kebaikan untuk ibu

1.Cepat sembuh daripada kesan melahirkan anak : Penyusuan menolong badan anda untuk merembeskan hormon oxytocin yang mana menyebabkan uterus anda mengecut dengan lebih cepat berbanding ibu yang menggunakan susu formula.

2.Melambatkan pengovulan: Penyusuan boleh melambatkan proses pengovulan semula. Ini mungkin boleh melambatkan proses kehamilan yang seterusnya. Walaubagaimanapun penyusuan bukanlah jaminan untuk tidak mengandung. Anda masih berpeluang untuk mengandung. Pastikan anda mengambil langkah perancangan yang sewajarnya.

3.Kesihatan: Penyusuan akan merendahkan risiko untuk mendapatkan kanser payu dara sebelum menapous. Juga mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan uterus.

Penyusuan ibu juga bermanfaat dari segi:

1.Kemudahan: Kebanyakkan ibu menyukainya keranan lebih mudah berbanding menggunakan botol susu. Anda boleh lakukan di mana jua, atau bila-bila sahaja bayi anda inginkan susu. Tambahan pula, anda tidak memerlukan apa-apa peralatan. Tidak perlu air panas, tidak perlu membasuh botol susu. Mudah!!

2.Jimat: Sememangnya susu ibu lebih menjimatkan berbanding susu formula. Selalunya susu formula lebih mahal untuk bayi berumur kurang dari satu tahun.

Cabaran/ kekurangan penyusuan ibu

1.Hanya anda: Hanya anda yang bayi perlukan. Agak sukar untuk permulaan, sudah tentunya agak memenatkan kerana anda tidak dapat meminta pertolongan dari keluarga ataupun pasangan. Walaubagaimanapun anda boleh menggunakan pam (breast pump) untuk mengumpulkan susu anda dan menyimpannya. Mungkin mengambil masa sebulan untuk pengeluaran susu anda stabil. Saat ini, anda bolehlah meminta pertolangan pasangan atau keluarga untuk menolong dalam penyusuan bayi.

2.Pantang larang untuk ibu: Anda tidak digalakkan minuman beralkohol dan disarankan hadkan pengambilan kafein

3.Puting luka: Sesetengah wanita mungkin mengalami putingnya luka dan infeksi. Perkara ini boleh dielakkan dengan mempelajari teknik penyusuan yang betul.

4.Kesan fizikal: Vagina anda mungkin kering. Gunakan pelincir (water-based lubricant) untuk mengatasi masalah ini. Juga mungkin anda memerlukan masa untuk kitaran haid kembali normal

Rujukan

H. K. Esther., V. J. Robert. & J. C. Walter. Mayo Clinic Guide to Your Baby’s First Year. Good Books. 1st Edition, 45-46. (Kecuali mengenai kaitan agama)

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top