blog

Tips kuruskan badan dengan cepat

Tips kuruskan badan dengan cepat ini boleh membuatkan anda turun  sebanyak 3 kg dalam masa seminggu. Sesuai untuk mereka yang semangatnya cepat pudar.  Tips ini boleh Untuk sesetengah yang nak diet, mereka mementingkan penurunan berat badan yang cepat. Hal ini kerana, ada kalanya pengambilan karbohidrat dengan kuantiti yang betul agak sukar untuk tempoh jangka masa yang lama. Malah, ada sesetengah daripada kita, seperti ketagih dengan gula putih. Untuk makan secara bersederhana gula putih agak sukar kerana bila bermula sukar untuk berhenti. Konsepnya “All or nothing gitu”. Ikuti tips ini juga untuk mengawal nafsu makan anda.

Kredit: www.stylecraze.com

Aku ini dah berdiet lebih seminggu, makan buah, makan oat, makan yogurt, makan kentang. Nasi dah makan portion sikit. Tapi mengapa ya, 1 kg sahaja turun. Itu pun sekejap turun sekejap naik. Minggu depan ada jamuan pula, tak tahan rasanya kalau tak makan dessert.  Rugi lah aku kalau tak sama-sama melantak. Hujung minggu, ini pula nak balik kampung. Mesti lah banyak makanan sedap-sedap.

 

Tips kuruskan badan dengan cepat

Tips kuruskan badan ini  sesuai untuk mereka, yang hendak mengawal berat badan secara cepat dan tuntas!!! Sebelum naik berkilo-kilo lebih baik buangkan segala lemak ini segera. Sebab apa ini penting? Sebab kalau anda biarkan berat anda naik tanpa terkawal. Naik 5 kg tak kisah. Naik 10 kg pun tak kisah. Sampai dah tak sedar berat sudah naik hampir 20-30 kg. Apabila dah sampai tahap kenaikan ini, sememangya seminggu tak mencukupi. Anda perlukan semangat yang kuat untuk sentiasa konsisten dan tidak berputus asa. Kita yang duduk Malaysia ini, memang di uji dengan makanan. Banyak sangat perayaan, jamuan banyak. Negara pula pembekal minyak sawit utama dunia, hah memang lah jadinya rakyat asyik nak menggoreng.

1. Minum air kosong secukupnya

Kuruskan badan cepat sekiranya, minum air kosong atau lebih tepat air yang zero kalorinya. Minum air kosong dengan kerap untuk mengelakkan anda berasa lapar dan penat. Sarankan anda mengambil sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari supaya badan tidak terasa lemah dan tidak bermaya. Air kosong juga akan membantu anda mendapatkan kulit yang lembap dan cantik.

2. Amalkan minuman detox dan jus sayuran 

Anda juga boleh menggantikan air kosong dengan air detox atau sayuran. Yang penting ianya tanpa gula dan minum secukupnya. Minuman detox seperti teh hijau boleh membantu anda menguruskan badan kerana teh hijau boleh bertindak sebagai anti-diabetik dan anti-obesiti [1,2]. Jus sayuran seperti pegaga dan tomato juga,  boleh membantu memberi kesegaran dan mengelak badan kekurangan zat kerana berdiet. Malah jus sayuran juga dapat menjaga kecantikan kulit anda.

3. Petua penting tapi sukar di lakukan ialah elakkan minuman bergula

Kalau boleh, jangan ambil sebarang minuman bergula untuk memastikan diet anda berjaya. Elakkan juga minuman seperti milo, ovaltine ataupun minuman berasaskan susu. Walaupun anda tidak meletakkan sebarang gula apabila menyediakannya. Senang cerita, minum sahaja air kosong ataupun air detox dan sayuran.

4. Hanya nasi sebagai sumber karbohidrat

Sarankan anda hanya mengambil 2 kali hidangan nasi, iaitu makan tengah hari dan petang. Kuantitinya pula hanya segenggam nasi sekali hidangan. Elakkan makanan lain yang mengandungi karbohidrat seperti gula (sudah pasti). Malah gula tersembunyi ada pada segala jenis sos dan kicap. Makanan berasaskan tepung juga perlu dijauhi seperti mee, kuih -muih, segala jenis biskut dan kek. Elakkan juga sayuran berfiber dan berkabohidrat tinggi seperti kentang, lobak, tomato. Malah buah-buahan juga perlu dielakkan kerana masih mengandungi gula dan karbohidrat. Oleh itu perbanyakan sayuran hijau  dan ulam-ulaman untuk mendapatkan khasiat secukupnya. Contohnya jika ingin mendapatkan vitamin C, anda boleh menggantikan buah oren dengan pegaga. Hal ini kerana pegaga juga kaya dengan vitamin C.

5. Kunyah dengan lebih perlahan

Kunyah dengan perlahan sebenarnya membuat anda kenyang tanpa perlu makan dengan banyak. Hal ini sangat penting untuk diamalkan kerana apabila berdiet kita perlu mengurangkan kuantiti makanan yang diambil. Jadi kunyah dengan perlahan dapat membantu anda untuk mengelakkan rasa tidak puas ataupun tidak kenyang. Yang pentingnya jangan biarkan diri lapar, kerana selalunya diri akan cenderung untuk makan dengan laju dan banyak apabila kelaparan.

6. Elakkan daripada berlapar

Elakkan daripada menahan lapar dan skip makan, untuk mengelakkan daripada metabolisma badan menurun. Kesan negatif apabila metabolisma badan menurun ialah susah untuk menurunkan berat badan walaupun anda seharian tidak makan. Jadi makan dengan kerap dengan kuantiti yang sedikit. Jadikan makanan berasaskan protein sebagai snack anda.

6. Untuk kuruskan badan wajib bergerak aktif

Bergerak aktif selepas makan dapat membantu meningkatkan metabolisma badan. Hal ini kerana kita memberi signal kepada badan, bahawa makanan yang diambil untuk digunakan bukan untuk disimpan. Sekurang-kurangnya berjalanlah 30 langkah selepas makan, jangan duduk di kerusi sahaja.

7. Tips kuruskan badan dengan cepat ialah  Bersenam

Di sarankan bersenam sekurang-kurangnya 10-15 minit setiap hari.  Pilih lebih fokus kepada bahagian badan yang menpunyai lemak berlebihan. Contohnya di bahagian peha dan pinggul. Jika anda dapat meluangkan lebih masa untuk bersenam, pastinya ianya akan lebih membantu untuk mendapatkan ukuran tubuh yang di ingini. Jika anda tidak rajin dan tidak mempunyai masa untuk bersenam, sekurang-kurangnya bergerak dengan aktif. Contohnya memilih menggunakan lif daripada tangga dan berjalan pantas.

8. Diet bermula hari ini, bukan hari esok

Kebanyakkan mereka yang berniat berdiet akan berikrar mulakan diet pada hari esok dan selalunya akan makan dengan sepuasnya pada hari ini. Namun masalahnya ialah permulaan dietnya sentiasa hari esok. Tanpa disedari mungkin sudah bertahun hari esoknya. Jadi jangan berlengah lagi, diet anda bermula pada hari ini.

Kesimpulannya untuk tips kuruskan badan dengan cepat

Kuruskan badan dengan turun 3 kg dalam seminggu, amat mudah dilakukan sekiranya anda mengikuti tips-tips di atas. Yang paling penting ialah pengawalan makanan. Elakkan mengambil karbohidrat dan gula tersembunyi. Jadi tidak lah rasa syok sendiri bila berdiet. Jangan beranggapan menggantikan nasi dengan menu seperti kentang putar, pasta, makan oat tetapi dengan buah-buah kering, syrup  dianggap sudah berdiet. Sedangkan menu tersebut boleh jadi tinggi kalori berbanding nasi. Cuba semak apa kesilapan anda ketika berdiet

 

Rujukan

[1] Nam et al. 2017. Effect of green tea on hepatic lipid metabolism in mice fed a high fat diet. The Journal of Nutritional Biochemsitry.

[2] Suzuki et al. 2012. Health promoting effects of green tea. Procerding of The Japan Academy, 88: 88-101

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top