Review

Jus susu kurma yang sedap & berkhasiat

Banyak produk jus susu kurma ini di pasaran kerana khasiatnya, contoh yang popular seperti Farm Fresh Kurma Milk. Namun anda juga boleh lakukan sendiri di rumah kerana jus susu kurma ini sangat mudah disediakan, menjimatkan dan lebih sedap.  Apa yang paling penting ada simpanan kurma di rumah, jadi anda boleh menyediakannya bila-bila masa yang disukai. Untuk mereka yang tak tahan lapar dan tidak boleh lapar seperti Dr. Jamu, jus ini akan jadi penyelamat untuk anda. Ambil jus ini untuk mendapatkan tenaga sebelum menunggu makanan untuk dimakan 🙂

Farm Fresh Kurma Milk

Kredit: http://www.samsgroceria.com

Manfaat: Untuk mendapat tenaga dengan segera kerana kurma mengandungi karbohidrat ringkas seperti glucose, fructose dan sucrose yang lebih mudah dihadam.  Sesuai diambil untuk mereka yang hendak bersahur, berpuasa, ibu mengandung atau mengalami gastrik. Resepi ini juga sering diamalkan bagi wanita yang ingin menambahkan susu badannya. Malah kurma juga menunjukkan peranan yang positif dalam mengawal penyakit jantung, penyakit neurological,  gastric ulcer, hipertensi dan boleh merencat sel kanser seperti kanser buah dada [1-3].

Bahan-bahan

  • 1 cawan susu segar
  • 2-4 biji kurma jenis basah

Cara penyediaan

  1. Asingkan biji kurma.  (Dr. Jamu suka menggunakan kurma jenis basah, kerana tidak perlu direndam dengan air dan boleh terus digunakan. Yalah, jika dah kelaparan memang tidak boleh tunggu dah. hehe. Tapi jika anda menggunakan kurma jenis yang kering perlulah  direndam dahulu dengan air selama 15-20 minit)
  2. Campurkan kurma, susu dan dikisar sehingga halus.
  3. Siap untuk diminum.

Rujukan

1. Vayalili, P. K. 2012. Date fruits (Phoenix dactylifera Linn): an emerging medicinal food. Critical Reviews in Food Science and Nutrition. 52 (3); 249-271.

2. Al-Mamary, M. et al. 2010. The in vitro antioxidant activity of different types of palm dates (Phoenix dactylifera) syrups. Arab Journal Chemistry.

3. Khan et al. 2007. 2016. Ajwa date (Phoenix dactylifera L.) extract inhibits human breast adenocarcinoma (MCF7) cells in vitri by inducing apoptosis and cell cycle arrest. Plos one 11. 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top