Kehidupan

Tips penting memilih pengasuh

Tips penting memilih pengasuh, sesuai bagi dipraktikan terutamanya pada mereka yang mempunyai anak pertama atau sulong. Anak kedua dan seterusnya  ini mudah sedikit, sebab selalunya akan di asuh oleh pengasuh yang sama  . Tips ini boleh membantu anda daripada tersilap langkah atau percaturan untuk memilih pengasuh yang bersesuaian untuk anak dan diri anda sendiri.

Memilih pengasuh yang sesuai untuk anak. Bukan lah perkara yang boleh dipandang remeh. Jika tersilap langkah, anak kecil boleh dijadikan mangsa penderaan fizikal atau seksual. Ramai yang masih  berkali-kali menukar pengasuh, untuk mencari yang paling sesuai untuk anak dan yang memudahkan diri kita. Yang paling penting perlu difikirkan keselamatan dan penyakit berjangkit. Ini tips penting memilih pengasuh untuk anda, dari pengalaman

Tips penting memilih pengasuh

1. Maklum balas dari jiran atau ibu bapa anak jagaan pengasuh

Yang ini super penting. Penting untuk kita dapatkan maklum balas untuk mengenali pengasuh. Kalau kurang dari segi jagaan pun, sekurang-kurangnya tidaklah sampai mendera. Kiranya bukan orang yang tidak baik atau beremosi. Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan pengasuh anak sekarang. Nak pula, di kawasan kejiranan sahaja. Ramai yang beri maklum balas yang “mak cik” nie anak-anak yang diasuh,  sampai tak kisah pun balik rumah atau tak. Sehinggakan anak jagaan yang sudah besar, (sekolah menengah kalau tak silap), masih akan datang bila cuti sekolah.

Susah untuk kita kenal orang tanpa maklum balas dari orang lain. Kalau nak tengok perwatakan, susah nak tentukan manusia yang kurang baik. Semua akan tersenyum dan mesra untuk hari pertama berjumpa. Lagi-lagi ini dikira punca pendapatan juga untuk pengasuh. Kebanyakkan kes penderaan oleh sehingga mengakibatkan kematian rata-ratanya memilih pengasuh yang kurang dikenali.  Mungkin ada yang betul ikhlas menjaga.

Teorinya kita selalu pesan pada anak,

“Jangan cakap  dengan orang tak kena ATAU Jangan ikut orang tak kenal”

Jadi kenapa kita hantar anak pada orang kita sendiri tak kenal

2. Tips penting pilih pengasuh- Pastikan  lebih berumur  

Sebolehnya, biarlah  35 tahun  ke atas. Mengapa? Sebab  wanita lingkungan umur ini, lebih matang untuk menguruskan emosi dan lebih stabil dalam pengurusan rumah tangga.

Pastinya dah berkhawin dan punyai anak sendiri. Bagi Ratu sebelum jaga anak orang, perlu  ada pengalaman jaga anak sendiri. Supaya naluri ibu itu semakin menebal.

Jujurnya kebanyakan  yang menjaga anak sendiri pun nak pitam dibuatnya, kekadang rasa nak mengamuk juga. Memang boleh jaga anak sendiri sahaja, bukan anak orang lain. Haha. Baru lah kita tahu betapa susahnya duduk dengan anak kecil 24 jam setiap hari. Kalau tak berkhawin lagi, tiada pengalaman jaga anak sendiri. Macam mana nak tahu perasaan yang anak-anak buat hal. Sebab kadang-kadang anak ini, bukan mudah diuruskan, ada hari asyik tak kena je. Menagis sahaja. Nak pula time, ada masalah keluarga, kewangan ataupun external factor yang lain. Tak ke akan jadi masalah penderaan? Anak sendiri tak pelah, kita sayang. Untuk pengasuh, bagaimana pula?

3. Pengalaman mengasuh boleh dijadikan rujukan 

Pengasuh yang berpengalaman lebih pandai mendidik. Ini akan membantu anak anda, untuk lebih cepat berjalan, bercakap atau untuk makan. Pengasuh yang lebih berpengalaman ini selalunya serba sedikit mengajar erti adab dan akhlak. Sebagai contoh sebelum makan, membaca doa dan sebagainya. Anda boleh dapati ada ilmu yang dapat dari pengasuh, di mana anda tidak pernah mengajar anak seperti itu. Dan adakalanya ada anak yang di antara kita lebih suka masakan pengasuh daripada masakan ibunya sendiri,

4. Keadaan rumah

Kredit: http://www.cleanhousehappyhouse.com/

Disyorkan untuk memilih rumah pengasuh yang kemas dan teratur. Ini penting  penyakit berjangkit seperti cirit birit boleh dielakkan. Malah rumah yang kemas mengambarkan personaliti tuan rumah yang lebih bersistematik dan terurus. Ciri bersistematik ini penting supaya tidak kelam kabut dan lebih bersedia untuk menerima kehadiran anak pengasuh. Anda dapat bezakan pengasuh berpengalaman walaupun banyak anak jagaan rumahnya tetap kemas dan terurus.

Malah, jika anak anda, ada alahan atau kulit sensitif, mungkin binatang peliharaan pengasuh seperti kucing akan membawa masalah kepada anak anda.

5. Jika lewat ambik anak?

Tanya pendapat atau perjanjian yang tak rasmi sekiranya lewat mengambil anak. Kalau yang nak punctual tak boleh nak lambat tu, lebih baik cari orang lain. Sebab sekali sekala pastinya kita akan balik lewat.  Macam Dr. Jamu, dipersetujui bersama dengan pengasuh. Sekiranya lewat mengambil anak, start jam 6.30pm Dr. jamu akan bayar overtime.

6. Tanya khabar anak adalah salah satu tips penting pilih pengasuh

Tanya khabar anak dan lihat perilaku mereka. Anak yang tidak selesa bersama pengasuh boleh dilihat dengan selalu mengelak atau menagis ke rumah pengasuh. Balik juga dalam keadaan yang muram dan sunggul. Adakalanya keadaan balik yang tidak menggembirakan sama ada dari pihak anak ataupun pengasuh sendiri

7. Syarat tambahan

Boleh dibincang bersama syarat tambahan atau permintaan dari pihak anda sendiri. Contohnya, berharap jika anak ada terjatuh ataupun kecederaan terus lapor. Senang untuk kita terus bawa ke hospital atau klinik. Ataupun berharap anak hanya tinggal di rumah bukan di bawa keluar  untuk mengelakkan risiko kemalangan.

_Semoga bermanfaat_

1 Comment

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top