Review

Review Villaem II Coway

Review Villaem II Coway sebagai pengguna. Sudah 5 tahun, keluarga menggunakan Villaem Coway. Tahun ini keluarga Min, trade in Villaem I ini kepada Villaem II kerana kontrak sudah tamat.  Penapis air Villaem melengkapi keperluan seisi keluarga kerana suhu yang pelbagai dan tangki air yang besar.

Ini adalah pengalaman Min sendiri menggunakan penapis air Villaem di rumah keluarga. Bukan di rumah sendiri sebab Min sudah berkhawin. Dan berpindah ke rumah baru, yang jaraknya sangat dekat. Jalan kaki sahaja.  Praktikal kan untuk memberikan pendapat kerana hampir setiap hari akan pergi rumah keluarga, atas faktor rumah kami yang berdekatan. Boleh dikira rajin juga membantu tugas -tugas dapur. Malah, adik beradik yang lain juga turut tinggal berdekatan. Kiranya kami sekeluarga selalu berjumpa di rumah keluarga

Perubahan selepas menggunakan penapis air Villaem Coway

1. Hidup lebih mudah dan tenang

Dalam keluarga Min, ayah Min memang seorang yang sangat jimat. Level jimat ayah Min, kalau barang beza satu sen pun perlu dibuat perbezaan. Bukan mudah ibu, mendapatkan kelulusan daripada ayah, walaupun bayar pakai duit ibu Min sendiri. Hahah.

Tapi untuk trade in Villaem I ke Villaem II, ayah langsung tak kisah.. Kalau kita lihat benda-benda seperti ini memudahkan tugas seorang isteri, kalau tidak mahu support perbelanjaan penapis air ini. Yelah benda optional kan. Kita boleh support dari segi persetujuan dan sokongan. Memudahkan kerja isteri akan memberi manfaat pada suami juga. Kebanyakan perempuan selalunya akan beremosi dan ada kalanya boleh menjadi “singa jadian” sekiranya penat. Jadi apa lagi, mudahkan tugas bagi seorang wanita atau isteri.

Terang lagi bersuluh, penapis air memang memudahkan kehidupan kami sekeluarga. Memudahkan kerja rumah, rumah tak bersepah, tiada botol-botol air yang menyemakkan fikiran. Kalau kita mampu bayar benda yang boleh memudahkan kehidupan kita, bayar sahaja. Sebab hakikatnya kita dapat menjana lebih banyak pendapatan jika kehidupan tenang.

Sebab itu kebanyakkan nasihat orang berjaya dan stabil ialah :

STOP DOING LOWER VALUE TASK

Masak air, masukkan air, letak air dalam peti ais. Ini semua kerja lower value task. Bukannya perlu pengalaman pun. Kalau rajin pun, tak boleh letak dalam resume. Kerja-kerja sebegini dikira lower value task. Sekiranya ada extra budget. Why not? Memudahkan hidup sendiri dan keluarga yang lain.

2. Lebih harmoni, tiada drama tuduh menuduh

Ini antara manfaat yang paling Min suka, keluarga hidup lebih harmoni. Sebelum ini ada sahaja adegan drama seperti

Siapa yang tak reti tutup rapat air nie? Habis semut masuk

Siapa yang habiskan air sejuk aku dalam peti ais?

Korang nie, kalau habiskan air tak reti ya nk top up balik. Masak air balik…

Nie, sape yang ambik air tumpah-tumpah. Pastu tak reti nak lap.  Susun botol elok-elok lepas minum.

Sape yang ambik air mineral aku? Minum sampai habis. Satu kotak aku beli, aku guna satu botol je

Hah, ini adalah skrip drama sinetron yang biasa dalam keluarga Min, sebelum kehadiran penapis air. Kalau bab tak tutup air rapat tu memang Min lah selalu orangnya. Semut pun satu, air kosong pun dia nak bantai minum.

Yang pasal kebas air mineral tu pun Min juga sewaktu sebelum berkhawin. Hahah. Yelah, bila nak ke kampus senang. Benda dah tersedia. Nak pula air mineral memamg jauh lah sedapnya daripada air paip. Kalau berwarna karat sikit, Min dah tak lalu minum. Terus kena buat air Teh, kopi ke. Biar tak nampak karatnya. Nak beli air mineral nie pun bercinta juga. Berat!!!. Min jenis malas nak angkut-angkut benda besar. Beli satu botol mahal nau, kena beli sekotak terus. Lebih baik simpan budget beli makanan.

Setelah kehadiran penapis air Villaem, memang hidup kami sekeluarga aman damai. Lagi-lagi Min masa zaman bujang, memang seronok. Yang paling seronok sebab bukan kita yang bayar. Heheh. Selepas Min berkhawin  terus ambik penapis air di rumah sendiri. Walaupun, perlu bayar sendiri tapi kalau dah rasa memerlukan memanglah kena melabur.

3. Siap Siaga

Jangan ingat bencana alam sahaja yang perlu siap siaga. Nak terima kunjugan tetamu ini pun perlu siap siaga. Kalau dalam adik beradik Min, kalau tetamu datang masing-masing nak lari daripada tugas membuat air.

Lagi-lagi lah kalau musim perayaan atau ada keluarga yang sakit. Memang lah banyak tetamu yang datang. Dengan penapis air Villaem, tangki dapat menampung 11.3L air. Selalu satu juga air pun dalam 2Liter sahaja. Tetamu nak refill air pun, kami adik beradik tetap dalam keadaan tenang menjalankan tugas. Hahah. Ada apa hal kalau dah ada penapis air!!!.

4.Masing-masing layan diri sendiri

Adik beradik yang dah berkhawin atau belum, masing-masing layan diri sendiri. Siapa nak buat susu anak. Dipersilakan ke Villaem untuk ambil air suam. Siapa yang nak buat air sirap dipersilakan ambik cawan dan buat sendiri.

Sekali-sekala jika ada aktiviti makan-makan yang spesial selalunya barulah kami adik beradik akan membuat air dengan skala yang besar.

5. Review Villaem II Coway adalah  Dapur jadi  kemas

Rumah atau dapur yang kemas bagi Min adalah faktor yang akan memberi ketenangan jiwa dan fikiran pada kita. Min sendiri pun, tak suka tengok botol-botol air banyak yang tidak tersusun. Lagi-lagi botol yang bukan seragam. Min suka dengan gaya hidup minimalis, tak nak banyak-banyak barang. Bagi Min, banyak barang akan buat rumah cepat bersepah.

6. Penapis Air Villaem Coway sesuai untuk ibu bapa yang sudah berumur

Apabila ibu bapa kita sudah meningkat umurnya, kekekuatan tangan mereka sudah tidak seperti dahulu. Angkat cerek yang berisi air, sudah terlalu berat untuk mereka. Nak pula bagi mereka yang berpenyakit, seperti osteoarthritis  sakit sendi, penyakit strok, kencing manis dan pelbagai lagi. Pastinya dengan kehadiran penapis air ianya lebih memudahkan dan selamat untuk digunakan.

Setelah 5 tahun hidup dengan penapis air Villaem 1 Coway, banyak manfaatnya. Terus keluarga Min, trade in kepada Villaem 2.

Trade In Villaem 1 ke Villaem II

 

Mengapa masih memilih untuk menggunakan Coway

Keluarga Min, sudah menggunakan Villaem Coway selama 5 tahun. Ini bermakna, kami tidak lagi mempunyai kontrak dengan Coway dan penapis air tersebut menjadi hak milik kami sepenuhnya. Masalah dengan habis kontrak ini, Coway tidak lagi menawarkan servis secara berkala. Ini bermakna kami perlu memperbaharui membership bersama Coway, secara tahunan dan perlu dibayar secara langsam. Jika tidak silap anggaran dalam RM 650 setahun untuk produk penapis air Villaem ini. Jika tidak mahu renew membership ini tiada paksaan pun daripada pihak Coway ianya terpulang pada anda. Cumanya tiada lagi kehadiran Cody untuk servis penapis air di rumah anda (Setiap 2 bulan)

Walaupun seperti kami terikat dengan Coway untuk seumur hidup, bagi kami “Who Cares”. Dengan konsep duit boleh dicari asalkan jangan pening kepala. Hehe. Ala, kalau trade in, produk ini menjadi RM 99 sebulan. RM 99/3o hari, sekitar RM 3.30 sahaja sehari. Untuk sesetengah orang seperti Min, nilai ini sangat menjimatkan. Jika kita boleh beli air minuman setiap hari di luar. Mengapa kita tidak boleh simpan budget untuk sebulan terus? Min yakin, budget untuk minuman di luar adalah berganda tinggi daripada budget untuk penapis air.

a) Percaya

Untuk Ibu, mengapa dia masih memilih Coway ialah kerana Coway mempunyai lengkap pensijilan seperti HALAL, Water Quality Association (WQA). Untuk maklumat lanjut klik link ini. Ibu pula jenis yang suka memilih jenama yang terbaik di sesuatu pasaran dan beranggapan Coway terbaik berbanding jenama lain. Mungkin kerana iklan jenama Coway di merata-rata tempat juga. Seperti di billboard, iklan TV, berita surat khabar dan lain-lain.

b) Tiada masalah dengan servis atau warranty

Pihak keluarga Min juga tidak mempunyai masalah dengan servis. Pihak Coway akan datang setiap 2 bulan untuk proses sanitasi, penukaran filter mengikut jadual dan sebagainya. Penapis air Villaem ini pernah mengalami kebocoran, setelah laporan dibuat melalui ejen. Ianya tidak mengambil masa lama, dalam masa 24 jam. Pihak Coway terus menghantar teknikal untuk membaikinya.

c) Tiada masalah dengan suhu air

Dengan menggunakan penapis air Villaem, kami tidak mempunyai permasalahan dengan suhu air. Terutamanya air sejuk. Tidak seperti jenama air yang lain, sesetengah keadaan mempunyai masalah dengan air sejuk. Air sejuk yang dihasilkan tidak sejuk dengan betul

Mengapa masih memilih untuk menggunakan Penapis Air Villaem Coway

1. Penapis air Villaem mempunyai 4 suhu air

Villaem mempunyai empat suhu air seperti  Walaupun boleh dapat dengan harga yang lebih murah sekiranya menggunakan produk seperti penapis air  Neo Plus Coway. Namun Neo Plus mempunyai tiga suhu air sahaja. Kalau nak air suam perlu campur, air ambien dan air panas. Sampai sekarang Min buat susu anak, jarang sangat berjaya nak dapatkan suhu suam yang tepat. Kadang-kadang terlebih panas. Kadang kala terlebih sejuk. Kalau mampu tidak salah memilih Villaem Coway. Malah, tangki air Villaem juga adalah lebih besar daripada Neo Plus dalam anggaran 2x ganda. Ini menjadikan Villaem lebih sesuai digunakan.

2. Tangki yang besar

Coway juga mempunyai produk penapis air pelbagai suhu yang berkonsepkan paparan digital seperti Kecil dan Ombak. Penapis air Kecil mempunyai tangki yang kecil. Tangki air ini pula untuk air sejuk sahaja iaitu 1.35 L. Ianya sesuai untuk keluarga yang bersaiz kecil dan ruang yang kecil.

Manakala Ombak pula, mempunyai saiz tangki iaitu 13.5 L. Tak adalah jauh beza dengan Villaem iaitu hanya berlebih 2.2 L. Oleh kerana, saiz tangki paparan digital, design yang lebih eklusif dan mempunyai 50 tetapan air berbeza menjadikan penapis air Ombak, harganya lebih tinggi daripada Villaem. Namun untuk keluarga Min, atas faktor penjimatan cukuplah Villaem

3. Harga mampu milik

Harga Villaem adalah harga mampu milik. Ianya berkadaran dengan tangki air yang besar, punyai 4 suhu air dan tahan lasak.

Kesimpulan

Penapis air Villaem dapat mengubah kehidupan keluarga anda. Untuk hidup yang lebih mudah, teratur dan tenang. Sekiranya anda berfikir dengan mendalam dengan faktor pencemaran air sungai, air berkarat penapis air juga boleh membantu menjaga kesihatan keluarga. Dan ianya juga menjimatkan masa dan wang. Klik disini untuk review penapis udara Coway

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top