Review

DayTrip Snokerling Di Pulau Redang

DayTrip Snokerling Di Pulau Redang, sehari tetapi sangat bermakna. Pulau Redang adalah di antara 10 buah pulau yang tercantik di Malaysia, pasirnya berwarna keputihan dan halus. Jauh bezanya dengan pantai di Pantai Barat seperti Port Dickson.

Pulau adalah di antara tempat kesukaan Min ialah bercuti dan snokerling di pulau. Bercuti di tempat indah,  adakalanya membuatkan kita sedar dan memuja betapa luar biasanya ciptaan Tuhan. Ketenangan di pulau boleh membuatkan kita hilang semua masalah.  Perkara yang dirasakan masalah, sebenarnya boleh diselesaikan gitu~.

Faktor yang utama untuk bercuti di sini, kerana Pulau Redang telah diwartakan sebagai Taman Laut pada tahun 1994 [1]. Pulau yang istimewa & mempunyai pelbagai khazanah laut yang berharga sahaja akan diwartakan. Selain itu, Pulau Redang juga adalah pusat bertelur (nesting) bagi penyu, yang terbesar di Semenanjung Malaysia [2]. Malah dikatakan terumbu karang di pulau ini adalah antara yang tercantik di dunia [3].

Tempat snokerling yang ditawarkan -dibulatkan

Untuk mereka yang mahu mencuba bercuti Pulau Redang, sama ada naik boat daripada jeti Merang ataupun jeti di Kuala Terengganu. Jika dari jeti Merang masa perjalanan hanya 30 minit, manakala dari jeti Kuala Terengganu perlu ambil masa satu jam. Jadi Dr. Jamu pilih dari jeti Merang. Cepat sikit nak sampai.

09:00 AM                Gathered & departed from Kg Merang Jetty or Any Jetty at Redang Island
 10:00 AM                 Arrive at Taman Laut Jetty (Snorkeling 1)
12:00 PM                 Long Beach (Lunch + Relax + Snorkeling 2)
02:00 PM                 Turtle Bay (Snorkeling 3 – See turtle)
03:00 PM               Pulau Lima (Snokerling 4)
03:45 PM                Pasir Akar (Snokerling 5-Nemo Fish)
04:45 PM                Depart from Redang Island To Merang Jetty
05:30 PM                Arrive at Merang Jetty

Kami sekeluarga hanya memilih pakej day trip snokerling (5 points) ke Pulau Redang seperti jadual diatas.  Sekarang ini semua di hujung jari. Boleh tempah pakej ini melalui website sahaja di

vigourmarine.com.my

Nak pula kalau tempah melalui website boleh dapatkan 5% discount. Jimatkan. Selesa sebab boat besar, bersih dan baru. Tiap pengunjung disediakan dengan life jacket dan life jacket bersaiz kecil juga ada (untuk kanak-kanak). Peralatan snokerling pun bersih dan nampak seperti baru. Dan yang paling penting tak lewat daripada jadual. Dalam 9.15 am dah naik boat ke Pulau Redang. Bawa anak kecil ni, tak boleh nak menunggu lama. Pengsan Dr. Jamu nak mengejar anak nanti. Staff boat juga sporting dan pandai berkomunikasi. Banyak maklumat yang boleh dapat daripada mereka.

Jadi ini pengalaman Min sekeluarga di Pulau Redang

1st snokerling point- Marine Park Redang (Taman Laut)

Taman laut ini mempunyai 149 spesies coral dan 209 jenis spesis ikan. Antara spesis ikan yang boleh dijumpai disini seperti ikan kepala (damselfish, family Pomacentridae), ikan ayam laut (triggerfish, family Balistidae),  parrotfish (family Labridae) dan pelbagai spesis ikan yang lain [4,5].

 

 

2nd snokerling point-Long Beach

 

Long beach Redang

Long beach ini memang sesuai untuk berehat dan makan. Tempatnya dilengkapi dengan restoran/kedai makan, tandas dan resort. Harga makanan dan minuman agak mahal disini, Min beli teh-O ais pun dah RM 5. Biasalah di tempat pulau memang harga makanan jauh bezanya. Sebab itu makanan Dr. Jamu beli dengan vigourmarine sahaja, jimat & sedap. Tengah hari  kena makan nasi lah. Mahu kebulur kalau tiada nasi. Sarankan juga bawa kudapan ringan yang lain sebab memang cepat lapar bila berenang.

Aktiviti utama Min sekeluarga disini berlari di pesisiran pantai dan bagi ikan makan. Yang paling seronok anak-anak, langsung tiada perasan takut bila kena hurung dengan ikan. Aktiviti bagi ikan makan ini paling rileks dan seronok. Yang pentingnya jangan lupa bawa makanan ikan. Tabur sahaja, terus ikan datang. Tak payah lah kita susah-susah nak berenang, ikan yang datang. Kalau nak dekat dengan penyu, kita lah yang kene beriya berenang. Penat kot!

3rd snokerling point-Turtle Bay

Turtle bay ini terletaknya di Chagar Hutang, salah satu destinasi wajib jika ke Pulau Redang kerana inilah tempat utama penyu bertelur (turtle nesting). Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat penyu dari spesis penyu hijau (Chelonia mydas)  dan penyu hawksbill. Menurut kajian, penyu hijau bertelur sepanjang tahun tetapi paling tinggi pada April-September. Manakala penyu Hawksbill pula bertelur hanya bulan April-June [2].

Green turtle

Hawksbill turtle

 

Penyu hijau boleh berenang sejauh 600 km daripada tempat mencari makanan (foraging resident) ke tempat bersarang/bertelur.  Menurut kajian penyu-penyu akan datang tempat bersarang yang sama walaupun tempat mencari makanan boleh beratus-ratus kilometer jauhnya [6]. Gigih betul penyu berenang jauh semata-mata nak membiak. Faktor kesetiaan pada tempat bersarang juga adalah sebab penyu-penyu ini sanggup datang dari jauh. Jadi jangan lah kita mengkhianati kesetiaan penyu pada Pulau Redang dengan membuang sampah merata-rata.

Track of the sea turtle migratory journey in the South China Sea

4th snokerling point- Pulau Lima

Hampir 96 spesis coral dan 131 spesis ikan boleh dijumpai di kawasan ini.  Terumbu karang jenis  Catalaphyllia jardin dan Turbinaria fronden hanya boleh dijumpai di Pulau ini. Tawny Nurse Shark atau nama saintifiknya Nebrius ferrugineus juga boleh dijumpai di Pulau Lima [5].

Coral-Catalaphyllia jardini

Coral- Turbinaria frondens

Tawny nurse shark

 

5th snokerling point- Pasir Akar

Oleh kerana Min ni perenang cap ayam, hanya boleh fokus berenang. Susah lah pula nak bergambar. Sebaik ada video dari youtube untuk menceritakan pengalaman Min. Bagi peminat ikan Nemo ( Amphiprion ocellaris), boleh lah teruskan misi anda mencari ikan Nemo di Pasir Akar. Tak susah nak mencari ikan Nemo di Pasir Akar, sekejap sahaja   dah jumpa.

 

p/s: Bila ke bercuti di Pulau, antara benda wajib yang perlu dipakai terutama kaum wanita adalah sunblock

-Semoga bermanfaat-

 

Rujukan

[1] Joshua et al. 2008. Balancing water, religion and tourism on Redang Island, Malaysia. Environmental Research Letters;3

[2] Chan 2010. A 16-year record of green and hawsbill turtle nesting activity at Chagar Hutang Turtle Sanctuary, Redang Island. Indian Oceon Turtle Newsletter No.12

[3] MOSTE. (1998). National Policy on Biological Diversity. Kuala Lumpur, Malaysia, Ministry of Science, Technology and The Environment: 27

[4] Yusuf et al, 2001. Coral Reef Fish Of Some Selected Sites At Pulau Redang Marine Park, Terengganu: A Brief Study. Proceeding of National Symposium on Marine Park and Terengganu Islands. 12-13 Feb. 2001. Dept of Fisheries, Kuala Lumpur and KUSTEM, Kuala Terengganu. Malaysia

[5] Hosborne et al. 2000. Status Report On The Coral Reefs Of The East Coast Of Peninsular Malaysia. Report Prepared to Department of Fisheries Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia

[6] Papi et al. 1995. Long-range migratory travel of a green turtle tracked by satellite: evidence for navigational ability in the open sea. Marine Biology: 122, 171-175

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top