Petua

Cara Berkesan Tingkatkan Hb Wanita Hamil

Hb anda sudah mula menurun? ataupun anda masih belum jumpa cara terbaik untuk tingkatkan Hb anda? Malahan, anda mula merasa perubahan ketara terutamanya seperti cepat penat, tidak bermaya dan pening kepala. Bukan sahaja masalah ini memberi kesan negatif pada anda, malah bayi dalam kandungan juga. Oleh itu, Dr. Jamu akan berkongsi tips yang berkesan untuk tingkatkan Hb anda. Semoga bermanfaat.

Kredit: momjunction.com

1. Makanan tambahan zat besi (supplement)

Kredit: dailyhealthclick.com

Kementerian Kesihatan Malaysia dan World Health Organization (WHO) mengesyorkan wanita hamil mengambil supplement zat besi untuk mengelakkan penyakit anemia dikalangan ibu mengandung [1-3]. Anda disyorkan untuk makan supplement ini, di waktu perut kosong dan diikuti [4]  dengan segelas jus buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C untuk penyerapan zat besi yang optimum. Walaubagaimanpun sesetengah wanita hamil mungkin mengalami kesukaran untuk mengambil supplement zat besi ini seperti mengalami loya, pening dan sembelit [5]. Jika anda mengalami masalah ini, anda boleh mencuba jenama lain atau mengurangkan dos zat besi yang diambil [6].

2. Banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi

Kredit: www.health.harvard.edu

Pastikan anda perbanyakkan makanan yang kaya dengan zat besi setiap hari seperti daging, ayam, hati ayam, makanan laut seperti kerang, ikan, sotong dan dari sumber tumbuhan seperti bayam, pegaga, pucuk paku,  kekacang dan lain-lain. Sarankan anda juga mengambil zat besi dari sumber haiwan pada setiap hari, hal ini kerana zat besi daripada haiwan (heme iron) lebih mudah diserap jika dibandingkan dengan zat besi daripada tumbuhan (non-heme iron)[7].

3. Tingkatkan pengambilan Vitamin C

Kredit: allaboutvision.com

Penyerapan zat besi dalam badan dapat ditingkatkan dengan medium perut yang berasid, ini boleh dilakukan dengan pengambilan asid askorbik (vitamin C). Pengambilan zat besi bersama vitamin C mampu meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan anda [8]. Kehadiran Vitamin C ini penting terutamanya jika anda mengambil zat besi daripada tumbuhan (non-heme). Pastikan pengambilan vitamin C dan zat besi dalam masa yang sama, atau jarak masa yang dekat. Jangan pula, pengambilan zat besi di waktu pagi, malam pula baru anda ingin mengambil vitamin C.  Contoh makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah citrus, sayuran hijau, kentang, jambu batu, betik, mangga,  buah kiwi, anggur dan lain-lain.

4. Elakkan makanan, yang boleh menghalang penyerapan zat besi

Kredit: whattoexpect.com

Elakkan makanan dan minuman seperti  teh, kopi, minuman berkola, minuman bercoklat dan susu boleh menghalang penyerapan zat besi dalam badan. Kalau boleh minuman berkafein seperti teh dan kopi tidak perlu langsung diambil ketika kehamilan. Jika sukar untuk dilakukan, syorkan anda hadkan pengambilan makanan ini.  Walaubagaimanapun minuman penting seperti susu masih perlu diambil kerana ianya sumber untuk mendapatkan kalsium. Disyorkan untuk pengambilan susu diantara makanan utama atau menjarakkan masa pengambilan zat besi dengan susu.

 

Kredit: woolworths.com.au

Ubatan yang boleh meningkatkan pH perut seperti antacids [9], yang mana selalu di ambil oleh wanita hamil untuk merawat pedih ulu hati juga, boleh menghalang penyerapan zat besi dalam badan. Bukannya tidak boleh diambil. Boleh, Dr. Jamu juga sering mengambil antacids seperti Gaviscon untuk kehamilan yang sebelum ini.  Namun perlulah dengan cara yang betul,  iaitu disyorkan untuk mengambil zat besi 2 jam sebelum atau 4 jam selepas anda mengambil antacids untuk mengelakkan gangguan penyerapan zat besi [10].

Rujukan

1. http://www.myhealth.gov.my/anemia-semasa-hamil/

2. UN Children’s Fund, WHO. 2001. Iron deficiency anemia. Assessment prevention and control. A guide for programme managers. Geneva (Switzerland)

3. WHO Guidelines Approved by the Guidelines Review Committee. 2012. Daily iron and folic acid supplementation in pregnant women.

4. Killip, S., Bennett, J.H. & Chambers, M. D. 2007. Iron deficiency Anemia. American Family Physician. 75(5): 671-678.

5. Hidalgoa, M., Manasanch, J. 2013. Tolerability of different oral iron supplements: a systematic review. Current Medical Research & Opinion. 29(4):291-303.

6. Khalafalah, A. A. & Dennis, A. E. 2012. Iron deficiency anaemia in pregnancy and postpartum: pathophysiology and effect of oral versus intravenous iron therapy. Journal of pregnancy.

7.  Mwangi, M. N. & Boonstra, A. M. 2016. What is causing anemia in young children and why is it so persistent? Journal de Pediatria

8. Hallberg, L., Brune, M. & Rossander, L. 1986. Effect of ascorbic acid on iron absorption from different types of meals. Studies with ascorbic-acid-rich foods and synthetic ascorbic acid given in different amounts with different meals. Human Nutrition. Applied Nutrition.

9. Sharma, V. R, Brannon, M. A, & Carloss, E. A. 2004. Effect of omeprazole on oral iron replacement in patients with iron deficiency anemia. South Med J. ;97:887–9.

10. http://americanpregnancy.org/naturally/treat-iron-deficiency-naturally-pregnancy/

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top