Petua

Petua naikkan Hb wanita hamil yang mengalami alahan supplement zat besi

Jika anda sedang hamil dan mengalami masalah Hb (hemoglobin) yang rendah, perkara pertama yang dicadangkan oleh ahli profesional seperti World Health Organization (WHO) ialah pengambilan makanan tambahan zat besi (supplement) [1-2]. Namun, ada sesetengah wanita mengalami alahan terhadap supplement zat besi ini seperti muntah-muntah, pening, pedih ulu hati dan sembelit [3]. Oleh kerana masalah ini, hanya 36 % wanita hamil yang mengambil supplement ini secara tetap (setiap hari) [4]. Yang lain, boleh dikatakan sebagai ketegar walaupun sudah dinasihatkan oleh doktor dan diterang dengan lengkap akibat kekurangan zat besi pada anda dan bayi.

ibu mengandung dan ubatan

Image: www.momtricks.com

Dr. Jamu sendiri, sangat susah untuk mengambil supplement zat besi, bukan sahaja zat besi malah multivitamin (sesuai untuk wanita hamil dan masih mengandungi zat besi) yang lain kerana alah dengan bau vitamin disamping muntah dengan teruk dan pening yang berpanjangan setelah mengambilnya. Sampai sekarang Dr. Jamu tidak tahu puncanya, kerana sudah mengambil supplement ini dengan cara yang betul. Tetapi wanita hamil sememangnya susah untuk dijangka, ada yang alah dengan bau ikan, ada yang cita rasanya bertukar dan bermacam-macam lagi.  Hehe. Ini petua dari pengalaman Dr. Jamu sendiri, khusus untuk wanita hamil yang mempunyai banyak alahan, tiada selera makan, tidak suka makanan berkhasiat dan sibuk bekerja.

Petua naikkan Hb wanita hamil yang mengalami alahan supplement zat besi

1.Cuba produk supplement yang lain

Jika berlakunya kesan negatif seperti loya dan muntah, anda boleh cuba mengurangkan dos kandungan zat besi atau bertukar pada jenama yang lain [4-5], sehinggalah jumpa produk yang sesuai untuk anda. Cuba sedaya upaya untuk mengambil supplement ini setiap hari. Bagi Dr. Jamu yang ketegar ini, Hehe. Masih mengambilnya, cuma tidak konsisten. Mungkin 3-4 kali seminggu.

2. Makanan bayi

Bayi yang berusia 6 bulan ke atas juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami anemia (kekurangan zat besi). Oleh itu jika anda perhatikan banyak makanan bayi akan diperkuat atau ditambah nilai nutrisinya dengan zat besi. Jadi pilih makanan bayi yang tinggi dengan zat besi seperti bijirin atau biskut bayi, dan makan setiap hari. Walaupun tidak sesedap mana, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang mengalami Hb yang rendah. Syorkan anda membaca label terlebih dahulu, kerana ada makanan bayi yang terlalu rendah nilai zat besinya. Jadi elakkan. Cuba pilih yang mengandungi 40-50% nilai harian zat besi yang diperlukan oleh badan (bayi).

Image:healthyhabitshub.com

Walaubagaimanapun amalkan dahulu tip-tips naikkan Hb yang Dr. Jamu berikan sebelum ini, kemudian barulah amalkan tips yang baru ini sebagai sampingan. Pastikan anda, mengawasi Hb anda dengan ujian darah di klinik atau hospital supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Rujukan

1. UN Children’s Fund, WHO. 2001. Iron deficiency anemia. Assessment prevention and control. A guide for programme managers. Geneva (Switzerland)

2. WHO Guidelines Approved by the Guidelines Review Committee. 2012. Daily iron and folic acid supplementation in pregnant women.

3. Hidalgoa, M., Castelo-Branco, C. et al. 2013. Tolerability of different oral iron supplements: a systematic review. Current Medical Research & Opinion: 29(4):291-303.

4. Breymann, C. 2015. Iron deficiency in pregnancy. Seminars in Hematology 52 (4): 339-347

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top