Informasi

Cara mencegah kehamilan

Cara mencegah kehamilan yang selamat dan berkesan perlu di titik beratkan sekiranya anda ingin merancang keluarga dan mengelak kehamilan yang berisiko. Ramai yang tidak sedar risiko boleh terus mengandung walaupun baru melahirkan anak.  Ini sememangnya boleh berlaku walaupun sedang menyusukan anak.

Kehamilan yang terlalu cepat tanpa dirancang boleh  menjadi masalah sekiranya seseorang ibu tersebut tidak bersedia dengan kehamilan yang seterusnya. Masalah seperti emosi yang tidak stabil, masalah ekonomi mahupun risiko kepada penyakit.

Jangan terkejut sekiranya ada wanita yang boleh melahirkan dua anak (kandungan berbeza) pada tahun yang sama. Malah doktor dan jururawat juga akan menasihatkan anda, tentang kepentingan dan cara mencegah kehamilan justeru selepas selamat melahirkan anak.

Pengetahuan tentang mencegah kehamilan penting bagi mereka yang sudah berkhawin. Ini dapat membantu anda merancang keluarga dan mengelak kehamilan yang berisiko. Berikut adalah kaedah mencegah kehamilan atau boleh dikenali sebagai kontrasepsi:

Cara Mencegah Kehamilan

1. Jangka masa panjang dan berbalik

 

Kredit: www.theglobeandmail.com

Kontrasepsi ini menggunakan alat seperti alat kontraseptif dalam rahim (IUD) atau rod implan. Kaedah ini sesuai dilakukan untuk mencegah kehamilan untuk jangka masa yang panjang untuk 2-10 tahun dan ianya berbalik. Di mana anda, boleh hamil semula dengan segera selepas menanggalkan alat tersebut.

Kebaikan

  • IUD, berkesan 99%  untuk mencegah kehamilan
  • Tidak perlu lagi memikirkan tentang risiko untuk hamil atau merancang keluarga
  • Boleh memgandung dengan cepat selepas menanggalkan IUD atau rod implan
  • Tidak menganggu hubungan intim

Kelemahan

  • IUD:  tidak sesuai untuk anak dara (yang merancang untuk berkhawin dalam masa terdekat dan merancang untuk tidak mendapat anak untuk tempoh terdekat diatas faktor tertentu seperti masih belajar), memandangkan pemasangan IUD ini melalui vagina.
  • IUD: Kemungkinan sesetengah wanita malu atau gerun untuk untuk memakainya.
  • Rod implan: Kemungkinan menganggu kitaran haid

2. Cara mencegah kehamilan dengan  hormon

Kredit: https://buybulkmeds.com/index.php?route=product/product&product_id=584

Kaedah mencegah kehamilan dengan menggunakan hormon seks iaitu estrogen dan progesteron dalam dos tertentu. Ianya boleh didapati dalam bentuk pil ataupun dengan suntikan.

Kebaikan

  • Pil berkesan >99% jika anda mengambilnya dengan aturan yang betul
  • Pil hormon, mudah didapati di pasaran.
  • Suntikan hormon berkesan > 99% jika anda mengambil suntikan pada masa yang betul

Kelemahan

  • Perlu berdisiplin mengambil pil seperti yang ditentukan. Ini bermaksuda anda tidak boleh lupa mengambilnya, walaupun sehari.
  • Perlu membeli pil ini setiap bulan dan harga pil selalunya bergantung kepada jenama.
  • Jika melalui suntikan, kemungkinan menganggu kitaran haid anda.
  • Melalui suntikan juga, anda perlu memperbaharui temu janji dengan doktor setiap 3 bulan. Ini mungkin agak sukar bagi wanita yang sibuk dengan kerjayanya. Tambahan pula masa terbaik

3. Kaedah halangan

Kredit: https://www.alibaba.com/

Anda juga boleh menghalang kemasukan sperma, contohnya melalui kondom.

Kebaikan

  • Ianya murah dan mudah didapati di pasaran

Kelemahan

  • Kemungkinan pasangan rasa kurang selesa atau tidak merasa puas apabila melakukan hubungan intim
  • Kemungkinan berlaku kebocoran, lebih-lebih lagi jika suami tidak menggunakan kondom dengan cara yang betul

Istilah yang selalu didengari dan diaplikasi di kalangan masyarakat kita. Sesuai di amalkan untuk mereka yang sebenarnya tidak kisah untuk mendapatkan anak lagi. ataupun tiada faktor-faktor halangan lain seperti kesihatan.

Kebaikan

  • Tidak perlu sebarang peralatan, tiada kos mahupun perlu berjumpa dengan doktor.

Kelemahan

  • Susah untuk memberi jaminan kerana ianya bergantung kepada pihak suami dan ianya melibatkan faktor emosi. Adakalanya pastinya ada, yang melakukan kesilapan dan kecuaian.
  • Kemungkinan pasangan tidak merasa puas apabila melakukan hubungan intim

4. Cara Mencegah Kehamilan dengan Pengiraan waktu subur

Kredit: wikipedia

Kebaikan

  • Tidak perlu sebarang peralatan, tiada kos mahupun perlu berjumpa dengan doktor.

Kelemahan

  • Tidak boleh cuai dalam pengiraan waktu subur anda
  • Risiko untuk dilakukan jika haid anda tidak teratur kerana sukar menentukan waktu kesuburan denagn tepat

5. Cara mencegah hamil secara darurat

Kredit: https://mypageyourhealth.com

Cara mencegah hamil secara darurat ini boleh diambi melalui pil “emergency contraceptive pill (ECP)” atau IUD kuprum. Ianya sesuai dilakukan jika anda melakukan hubungan intim tanpa sebarang perlindungan, kebocoran pada kondom, tidak mengambil pil perancang dengan aturan yang sepatutnya dan muntah ataupun cirit birit ketika mengambil pil perancang . Berbincang dahulu dengan doktor atau ahli farmasi profesional agar dapat membuat pilihan yang terbaik, sama ada menggunakan ECP ataupun IUD kuprum.

Kebaikan

  • Cara yang sesuai untuk mengelakkan daripada hamil selepas hubungan intim tanpa sebarang perlindungan
  • ECP- 98% berkesan untuk wanita yang mempunyai berat yang sesuai
  • IUD kuprum- 100% berkesan dan sesuai untuk wanita yang berlebihan berat badan

Kelemahan

  • Faktor berat memainkan peranan jika anda mengambil ECP. Hal ini kerana untuk wanita yang beratnya melebihi 70 kg digalakkan untuk mengambil IUD kuprum ataupun diberikan dos ECP yang berganda. Berbincanglah dengan ahli perubatan anda.

6.  Cara Mencegah secara kekal

Kredit: https://www.invitra.com/tubal-ligation/

Kontrasepsi secara kekal atau pemandulan ini sesuai dilakukan jika anda tidak lagi mahu hamil diatas faktor-faktor tertentu. Kaedah vasektomi  untuk lelaki, manakala untuk wanita ialah dengan mengikat kedua-dua saluran tiub fallopian (tubal ligation).

Kebaikan

  • Cara yang berkesan untuk tidak hamil lagi
  • Penjimatan kos, kerana ianya untuk jangka masa yang panjang
  • Tidak perlu lagi berfikir tentang kontrasepsi

Keburukan

  • Tidak boleh hamil lagi untuk selamanya

Kesimpulannya: Pilihlah kaedah kontraseptif yang sesuai dengan objektif dan cara hidup anda. Untuk jangka masa yang panjang (2-10 tahun), Dr. Jamu sarankan memilih kaedah IUD atau rod implan. Jika anda terlalu sibuk untuk berjumpa doktor boleh lah memilih pil hormon atau kondom buat sementara waktu kerana ianya lebih mudah diperolehi tetapi perlulah berdisiplin menggunakannya. Jika berlaku kesilapan atau melakukan hubungan tanpa perlindungan, jangan risau anda masih ada peluang untuk mengelakkan kehamilan dengan menggunakan kontraseptif darurat. Berbincanglah dengan doktor dan suami untuk memilih kaedah yang paling sesuai untuk anda.

 

Kredit: http://healthylnb.com

Mengapa perlu merancang keluarga?

Objektif utama merancang keluarga adalah untuk menjarakkan kehamilan atau mengehadkan bilangan anak sama ada secara sementara atau kekal. Ianya dilakukan diatas faktor seperti kesihatan, persediaan emosi dan faktor ekonomi. Jika tidak merancang, jangan terkejut jika anda boleh hamil kembali hanya beberapa bulan melahirkan anak. Contohnya, kawan Dr. Jamu sendiri bersalin 2 kali dalam jangka masa setahun. Satu di awal tahun dan keduanya di akhir tahun. Oleh itu,  bagi Dr. Jamu merancang keluarga adalah penting, lebih-lebih jika doktor sudah menasihati anda untuk melakukannya. Di antara faktor-faktor perlu merancang keluarga adalah seperti berikut:

Kesihatan

Kesihatan adalah faktor utama yang perlu difikirkan untuk kembali hamil terutamanya jika anda mempunyai penyakit seperti kanser, usia lewat, memiliki anak terlalu ramai dengan jarak yang rapat dan hamil berisiko.

Penyusuan eksklusif 2 tahun

Kehamilan boleh menganggu proses penyusuan, kerana ianya boleh menyebabkan keguguran bayi yang dikandung. Jadi jika anda berhajat untuk memberi penyusuan eksklusif kepada ank kecil anda sehinnga berumur dua tahun,  perlulah anda rancang kehamilan yang seterusnya.

Ekonomi

Dapat menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal, makan minum dan pendidikan untuk anak-anak.

Masih belajar

Jika anda masih belajar dan perlu menghabiskan pelajaran seperti yang dijadualkan.

Kemampuan menguruskan anak-anak

Bukannya tugas yang mudah untuk membesar dan menguruskan anak-anak, lebih-lebih lagi mempunyai anak yang ramai dengan jarak yang dekat. Jangan sampai anak-anak dijadikan tempat melepaskan kemarahan dan dianggap sebagai beban atau yang lebih teruk lagi menjadi mangsa penderaan ibu bapa sendiri.

Kasih sayang yang mencukupi 

Merancang keluarga juga dapat memastikan setiap anak-anak, bahkan suami anda juga mendapat kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya dari anda.

 

Rujukan

  1. http://www.familyplanning.org.nz
  2. klinikdrjuhaidah.com
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top