Review

Minyak Argan BeNaturlich

Minyak Argan BeNaturlich adalah  minyak tumbuhan yang dihasilkan daripada biji pokok Argan, (Argania spinosa L.), yang berasal daripada negara Morocco.

Kelebihan Minyak Argan

1. Moisturizing Oil:

Ianya boleh dijadikan sebagai pelembap ataupun kegunaannya seperti lotion. Boleh digunakan di muka, kulit badan & mahupun di kuku [1,2]

2.Merawat Jerawat:

Ianya juga boleh merawat kulit yang berjerawat dan oily. Sehinggakan ada produk yang berasaskan argan oil dipatentkan untuk merawat jerawat. [1,2, 3]

3. Merawat penyakit kulit:

 Dikatakan argan oil mampu untuk merawat penyakit kulit seperti eczema & pyrolisis

4. Anti aging: 

Sebab argan oil mengandungi Vitamin E dan antioksidan [1,2,3]

5. Mengelakkan keguguran rambut & Menjaga kesihatan rambut [4]

 

Review Minyak Argan BeNaturlich

Yang paling best sekali ianya dapat  merawat eczema Dr. Jamu. Dari kecil ada allergic pada habuk dan sabun basuh. Ala2 anak orang kaya gitu.. Sebab sampai satu tahap ianya akan bernanah. Memang teruk.  Bila dah besar jarang kene, maybe dh immune. Tapi still kene dalam sebulan sekali. Selalunya bila kena Dr.Jamu akan repeat ubat dr pharmacy, sebab akan merebak ke satu tangan dan kaki. Nak pula, ianya gatal. Dan bila garu, biji-biji yang berisi cecair akan pecah & lagi cepat merebak.  Bila dah merebak memang malu, sampai satu tahap Dr. Jamu sorokkan tangan lagi2 kalau berjumpa dengan kawan-kawan. Yelah, tak semua orang paham kita ada eczema, sometimes orang lebih cenderung fikir kita tak jaga kebersihan. Sejak guna argan nie, kalau tumbuh pun sebiji dua dan ianya seperti menghalang eczema ini merebak. Sangat bersyukur jumpa minyak argan ini!!!!

https://www.healthline.com

Guna sebagai pelembap. Sebelum ini Dr. Jamu gunakan Bio Oil untuk badan dan moisturizer untuk muka. Sekarang nie Dr. Jamu guna minyak argan sahaja. Bukan nak kata Bio Oil tak bagus, tapi senang untuk Dr. Jamu boleh guna untuk eczema dan sebagai pelembap. Sarankan anda guna minyak argan ini sebagai lotion, kerana lebih selamat berbanding dengan lotion-lotion yang punyai harsh chemical seperti paraben. Still ingat tak riview produk Rosken ?Kalau dah ada bende2 harsh chemical nie, bagi Dr. Jamu xpe nak guna sekali sekala. Tapi jangan sampai bertahun lamanya. Takut memberi kesan kepada kesihatan.

Malah minyak argan ini dapat merawat keguguran rambut Dr. Jamu. Nampak kesan dari segi masa sapu sampah dan sikat rambut. Kurang rambut gugur. Tapi tak lah rambut Dr. Jamu makin lebat. Happy dapat jumpa minyak rambut, before ni tak ada pakai minyak rambut apa2 sebab tak suka baunya. Even minyak zaitun (olive oil), tak suka baunya.

Kalau untuk muka pula, jujurnya Dr. Jamu tak nampak perubahan ketara. Lebih kepada maintain kulit untuk kekal cantik & maintain kulit kekal lembap.  Tambahan pula kulit muka Dr. Jamu tiada masalah pun. Tiada masalah jerawat, kalau ada pun sebiji dua masa period. Cuma ada masalah pori2 terbuka terutama di hidung, tapi minyak argan bukan untuk pori-pori terbuka. Dan Dr. Jamu percaya minyak argan ini mampu melewatkan penuaan seperti yang dinyatakan dalam kajian. So, Dr. Jamu pakai hampir setiap malam, setitik dua sahaja dan sapu & massage. Mudah kan?

Mengapa Minyak Argan BeNaturlich?

1.Botol berwarna gelap

Selalunya bahan ekstrak ataupun minyak pati perlu dilindungi daripada cahaya untuk mengelakkan kemungkinan terdegradasi sebatian-sebatian yang terkandung didalamnya. Erti kata mudahnay untuk mengelakkan Argan oil daripada rosak.

2. Punyai sijil yang diiktiraf

Bagi Dr. Jamu ianya penting sebagai satu tanda ianya adalah argan oil  yang sebenar tanpa penipuan

3. Ciri fizikal oil yang menyakinkan

Dr. Jamu ada bertanya kepada rakan yang berasal dari Morrocco, katanya ianya asli. Ciri-ciri yang kawan Dr. Jamu maksudkan  ialah dari segi warnanya yang kekuningan, tidak melekit ataupun berminyak apabila disapu pada kulit. Ianya cepat diserap oleh kulit. Baunya pula”mild nutty aroma” dan cepat hilang apabila digunakan.

Kesimpulan

Rujukan 

[1]Charrouf et al. 2008.  Argan oil: occurrence: composition and impact on human health. European of Lipid Science and Technology: 110 (632-636)

[2]Guillaume & Charrouf. 2011. a. Argan oil and other argan products: use in dermocosmetology. European of Lipid Science and Technology: 113 (403-408)

[3]Henry et al. 2004. Use of an extract from the plant Argania spinosa. Patent EP1430900.

[4]Charrouf & Guillaume. 1999. Ethnoeconomical, ethnomedical, and phytochemical study of Argania spinosa (L.) Skeels. Ethnopharmacol: 67 (7-14)

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Hangat

To Top